… dengan itu berlalulah sebuah sejarah yang telah bernokhtah …
Bagi aku sejarah itu telah pun tamat selepas mnerima sepucuk surat
dari kawan ku itu semasa aku di Sandakan.
Dan surat itu aku jawab beberapa hari kemudian.
...... Sepatutnya dilenyapkan semua sekali bukan sj.surat
malah apa2 saja yg.berkaitan dng aku ....
Meskipun rentetan riwayat itu tamat di situ tanpa ada kesinambungan,
namun aku tak terfikir untuk melenyapkan sisa sisa peninggalan
sejarah itu. Biar pun terdapat cebisan cebisan tertentu dalam
sisa sisa runtuhan sejarah itu yang menguris hati dan perasaan,
namun ada juga diantaranya menginsafkan aku tentang budi yang
ku terima .
Dan aku tidak mahu menjadi seorang yang tidak mengenang budi dengan
melupakan doa iklas untuk kesejahteraan dan kegigihan ku mengharungi
hidup berkelana di kampus.
Pisang emas di bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh di bayar
Hutang budi dibawa mati
Pada hari aku diberitahu bahawa risikan ku terlewat dua minggu,
aku segera kembali ke Sandakan walaupun cuti persekolahan masih
tersisa beberapa minggu. Aku kembali untuk menenangkan diri ku.
Aku menghabiskan masa cuti di Sandakan dengan mengulang baca
surat-surat lama yang ku pelihara dengan sempurna.
Buku buku elektronik dan quantum physics yang ku beli di USM
ku biarkan tidak terusik. Aku tidak jemu mengulang baca Lembaran
Lembaran Kasih itu berkali kali. Setiap kali aku selesai membaca semuanya,
ku susun mengikut urutan tarikh nya dan ku simpan dalam sebuah kotak
yang ku khususkan untuk tujuan itu.
Kadang kala aku ke sekolah , duduk di meja ku dalam bilik guru ,
sambil menyusun atur bahan bahan pengajaran bagi persediaan
persekolahan tahun berikutnya. Menjadi kebiasaan guru guru dari
semenanjung bersantai di sekolah masa cuti ,terutamanya guru guru bujang.
Bila aku rasa bosan di sekolah , aku ke pusat bandar Sandakan yang
jaraknya kira kira lima belas minit berjalan kaki dari sekolah tempat
aku bertugas.
Biasanya aku naik bas pulang ke rumah sewa ku di Sri Taman,
batu empat jalan labuk sekitar jam sebelas pagi setelah membeli
sedikit keperluan dapur. Aku lebih suka masak sendiri daripada makan di kedai. Biarpun masakan ku ringkas, aku lebih yakin dengan kebersihannya. Biasanya selepas zohor, aku bersantai di rumah sambil membaca buku atau meniup seruling .
Suatu pagi, ketika aku tiba di sekolah, aku tertegun melihat sampul
surat bersetem di atas meja ku di bilik guru. Aku tertegun melihat
tulisan nama ku dan alamat sekolah di atas sampul itu. Aku kenal
benar tulisan bertinta hitam itu. Bertahun lamanya aku merindui
tulisan penuh seni itu dan sangat berharap untuk menatapnya,
walau pun aku tahu harapan ku akan hanya tetap tinggal harapan.
Lama aku menatap tulisan di atas sampul itu. Aku tidak pernah menduga
akan dapat menatap semula tulisan itu setelah sekian lama.
Tetapi bagaimana mungkin. Bagaimana mungkin surat itu boleh sampai
di sana. Aku tidak pernah meninggalkan alamat ku kepada sesiapa di
kampung jauh sekali pada tuan punya jari jari halus yang menarikan
pena di atas sampul itu. Tak mungkin tuan punya jari itu mengetahui
alamat ku di Sandakan. Hanya setelah debaran jantung ku mengiringi
bacaan surat itu, menyedarkan aku akan kelalaian ku yang telah
tertinggal Quran kecil semasa aku ke Pulau Pinang. Quran itu sering
menemani ku ke mana mana. Sesungguhnya perancangan Allah mengatasi
segala galanya.
Surat itu aku simpan bersama dengan surat surat lain dengan baik.
Aku menulis jawapan beberapa hari kemudian , bagi melenyapkan keraguan
penulis surat itu tentang status tulisannya. Aku hanya berharap dapat
meringankan bebanan penulis surat itu dengan mengetahui tulisannya
telah di baca dan difahami.
Semua surat yang diberi
Disimpan sempurna di dalam peti
Selepas kawin beberapa hari
Semuanya hilang tak jumpa dicari
Suatu hari semasa aku berjalan jalan di pekan Sandakan, aku
tertarik dengan perkakasan komputer yang dipamerkan dalam sebuah kedai.
Aku singgah di kedai itu dan setelah diberi sedikit taklimat oleh juru
jualya, aku buat keputusan ntuk membelinya. Untuk tujuan itu aku
menggunakan simpanan perkahwinan yang tak kesampaian itu.
Hari hari selepas membeli komputer waktu ku banyak dihabiskan dengan
mempelajari selok belok perkakasan dan pengunaan komputer itu.
Ketika itulah aku mula berkenalan dengan CPU, RAM, DOS, disket,
serta lain lain istilah pengkomputeran yang kebanyakannya baru bagi ku ,
walaupun tidak begitu asing. Mungkin juga kerana aku mahir berbahasa
inggeris dan penguasaan pengetahuan elektronik ku banyak membantu aku menguasai
pengunaan komputer dengan pantas bagi seorang yang tak pernah terdedah
dengan pengkomputeran sebelumnya.
Aku semakin jarang mengulang baca surat surat lama itu.
Sungguhpun begitu, surat surat itu tetap ku pelihara dengan baik.
Sekali sekala aku pasti mengulang membacanya, terutamanya ketika
kesepian mencengkam perasaan.