Video Puisi

Seorang Kawan Yang Sudi

Seruling Nelayan Solo

Pengalaman yang menggetarkan

Meniti Kehidupan

Nikmat keinsanan

Sekeping potret lama

Suatu Hari nanti

Mengapa aku tidak dapat melupakan

Andainya Kita Tidak Lagi Berpaling 2

Keinginan Ku


Surat-Surat Lama

Surat Cinta Lepas Kawin

Kemesraan

Seorang Dot

Tidak dapat
melupakan mu


Lembaran Kasih dan Satu Pemberian



Suatu masa dulu aku ada seorang kawan yang ku anggap sangat istimewa. Bagi ku dia bukan hanya setakat kawan, tetapi juga ku anggap sebagai kekasih. Walaupun perkataan kekasih itu tidak pernah di ungkapkan dengan kata kata, sepertinya kami sama sama mengerti akan perasaan masing masing terhadap satu sama lain.

Aku pernah memberikannya sesuatu sebagai tanda kesungguhan dan keinginan ku meneruskan hubungan sehingga menjadi satu hubungan yang lebih bermakna.

Namun ianya tidak mudah. Persekitaran dan resam budaya diwaktu itu kurang memberi kami peluang untuk sering bertemu dan mengenali satu sama lain dengan lebih akrab. Ditambah pula dengan kekangan kehidupan aku sendiri yang terumbang ambing di perantauan, meniti liku liku hidup demi mimpi masa depan yang belum tentu.

Untuk kelangsungan persahabatan itu aku hanya mampu berutus surat dengan harapan hubungan itu terus terpelihara sehingga aku cukup bersedia mengorak langkah seterusnya. Dan sering kali juga aku menerima lembaran lembaran biru dengan tulisan bertinta hitam penuh seni sebagai jawapan. Hinggalah suatu ketika, tiba tiba hubungan kami menjadi sedikit tegang.

Mungkin disebabkan himpitan hidup yang ku hadapi ketika itu, aku telah menulis sesuatu yang kurang wajar di dalam Surat Kekasih 1 dan Surat Kekasih 2. Ditambah pula kegagalan ku mengerti daripada keengganannya menjawab surat surat itu, maka putuslah satu percintaan yang di pupuk sekian lama. Kami pun menuju haluan masing masing tanpa sebarang ucap selamat satu sama lain. Mulai detik itu, tiadalah lagi lembaran lembaran yang memujuk ketabahan dan kegigihan kehidupan ku.

Setelah bertahun lamanya, takdir membawa aku menyeberangi Laut China Selatan, berkelana di negeri Bawah Bayu. Meski pun pemergian ku bukan dengan kehendak ku sepenuhnya, aku tetap bersyukur meninggalkan tanah semenanjung dengan harapan dapat melupakan sejarah silam.

Melupakan sejarah silam bukanlah mudah, Setiap kali Azan berkumandang , pasti ingatan ku pada nya kembali, lebih lebih lagi apabila azan itu aku sendiri yang melaungkannya. Di celah celah kalimah azan itu terselit uangkapan tertentu yang mengembalikan ingtan ku pada nama nya.

Selepas lebih dari 30 tahun, hampir 40 tahun, keadaan telah menemukan kami kembali. Sebenarnya dalam pertemuan itu banyak yang ingin aku bicarakan dengan nya. Namun debaran jantungku memjadikan aku bisu ketika itu. Kini banyak yang telah berubah. Meskipun budaya dan adat resam masih mengekang pertemuan bersemuka, teknologi telah menjadikan pertemuan bersemuka tidak lagi diperlukan. Walau pun bualan kami hanya dengan ungkapan yang ringkas dan tidak terlalu sering, ianya cukup bagi ku untuk lebih memahami sejarah masa lalu .

Aku sungguh terharu bila mengetahui pemberian ku lebih 30 tahun lalu masih tepelihara dengan sempurna, Aku sebak, hampir menangis, mengenangkan betapa tabah dan cekalnya pemberian itu dijaga. Tak dapat tidak sesuatu yang dipelihara dengan penuh kesunugguhan, tentunya menimbulkan pelbagai persoalan dari orang yang dekat disekeliling. Entah alasan apakah yang diberikan bila persoalan itu di ajukan. Sedangkan aku sendiri gagal mengekalkan lambaran lambaran kasih itu hingga menyebabkan semuanya lenyap dari simpanan.

Aku tidak bimbang tentang aktiviti ber WhatsApp itu tiba kepengetahuan mereka mereka yang hampir di sekeliling ku.

Usia remaja ku telah lama berlalu. Aku fikir tiada sebab sesiapa pun harus berburuk sangka dengan ungkapan ungkapan ringkas antara aku dan dia.


Seorang Anak Kampung

Jodoh Bujang Solo

Matinya sekeping hati

Bertemu Kekasih

DI Pasar Sandakan 1985

Di Ganggu Kenangan

Baju Berbintik-Bintik

Kenduri Arwah

Di Bangsal Usang

Merawat Perasaan

Video Nyanyian

Mahligai Impian