Andai
kita tidak lagi berpaling
bukanlah kerana perasaan mu keliru
atau sukar mengimbangi hakikat hari ini
dan mimpi masa lalu
Andai juga kau terpaksa pergi
bukanlah
kerana kau takuti
tidak
dapat memenuhi
harapan
dan impian
Tetapi adalah kerana aku
merasakan
dirimu memang tidak bisa melupakan
atau mungkin tidak dapat membezakan
takdir dan ketentuan Tuhan
dan masih merasakan
betapa kejamnya hati dan perasaan
yang telah di robekkan
oleh kenangan masa silam
Sebenarnya
usah mentafsir jawapan
kerana jawapan yang di cari
ada didalam diri..
dari
sarah kepada dotsolo
7 Februari 2003.
|
Sajak
Seruling Nelayan Solo
Pengalaman yang menggetarkan
Meniti Kehidupan
Nikmat keinsanan
Sekeping potret lama
Suatu Hari nanti
Cerita
Seorang Anak Kampung
Jodoh Bujang Solo
Matinya sekeping hati
Rencana
Faster Microprocessor
virus control
|