visitor counter


Video Puisi

Seorang Kawan Yang Sudi

Seruling Nelayan Solo

Pengalaman yang menggetarkan

Meniti Kehidupan

Nikmat keinsanan

Sekeping potret lama

Suatu Hari nanti

Mengapa aku tidak dapat melupakan

Andainya Kita Tidak Lagi Berpaling 2

Keinginan Ku


Surat-Surat Lama

Surat Cinta Lepas Kawin

Kemesraan

Seorang Dot

Tidak dapat
melupakan mu


Terlerai Kasih

Mentafsir
Kehidupan


Benih-Benih Kasih


Matinya Sekeping Hati

Pada tahun 1974 ada seorang murid sekolah yang baru tamat menduduki peperiksaan Malaysia Certificate of Education (MCE). Bagi seorang calon peperiksaan, tempoh menunngu keputusan di isytiharkan di anggap lama. Peperiksaan itu tamat di sekitar pertengahan bulan Desember dan keputusannya di janggka di umumkan pada penghujung bulan April atau awal bulan Mei tahun berikutnya. Lagi pula pada masa itu, penggunaan komputer adalah satu perkara yang asing bagi kebanyakan urusan. Semua proses mengumpul maklumat dan perhubungan adalah secara manual.

Sejak kecil lagi pemuda ini terkenal dengan tingkahnya yang lasak dan cergas. Dia adalah seorang yang tidak boleh berdiam diri tanpa melakukan sesuatu. Dia pun berfikir hendak mencari seuatu pekerjaan yang boleh memberikannya sedikit pendapatan. Oleh kerana minatnya terhadap laut, dia pun pergi lah ke sebuah perkampungan nelayan dan bekerja dalam sebuah bot nelayan di bawah pengawasan seorang tekong.

Dia tidak pun memohon pekerjaan itu secara rasmi. Pada mulanya dia hanya memberitahu tekong bot itu bahawa dia ingin ikut bersama pergi ke laut untuk suka-suka sahaja. Setelah diberikan jaminan bahawa dia tidak akan menyusahkan kerja mereka, dia pun di benarkan ikut bersama. Adi seorang yang rajin dan tangkas. Dia cepat memahami selok belok pekerjaan dalam bot itu. Dia kelihatan tidak mempunyai masalah menyesuaikan diri dengan tugas-tugas dalam bot itu. Yang pentingnya dia tidak mabok laut. Biar betapa ganas sekali pun keadaan laut, dia tetap tangkas menarik pukat dan bergerak dari satu bahagian ke satu bahagian lain dalam bot itu. Selepas beberapa hari sahaja , dia sudah dianggap salah seorang awak dalam bot itu sama seperti orang lain.

Bot yang di ikuti nya itu di kenali sebagai bot pukat jerut, iaitu satu kaedah mengangkap ikan dengan cara memerangkap kumpulan ikan dalam lengkongan pukat. Masa keluar ke laut bergantung pada keadaan bulan. Ideanya ialah untuk tiba di kawasan menangkap ikan semasa malam gelap tanpa cahaya bulan. Ini adalah kerana kaedah ini memerlukan nelayan mencari kumpulan ikan. Dan kumpulan ikan di laut hanya dapat di lihat dengan jelas dalam gelap sahaja. Orang yang tidak biasa dengan laut mungkin merasakan saya bergurau.

Air laut mengandungi kandungan garam yang tinggi. Garam pula ialah sejenis hablur yang mempunyai struktur atom yang teratur. Apabila air laut di kocak, struktur hablur garam dalam air laut itu menyebabkan ianya bersinar seperti kelip-kelip. Sinar ini sangat lemah. Jadi ianya hanya dapat di lihat dalam gelap yang pekat sahaja, sama seperti kita melihat kelip-kelip di waktu malam, atau menonton filem dalam pangong wayang.

Ikan yang berenang dalam laut juga akan menyebabkan air laut itu besinar. Sekumpulan ikan yang besar akan menerangi kawasan yang luas. Bagi pelaut yang berpengalaman pula, mereka dapat mengenal pasti jenis dan saiz ikan dengan hanya melihat sinar yang yang hasilkan oleh gerakan ikan berkenaan.

Jika kumpulan ikan di temui dan tekong nya (Ketua) mengambil keputusan untuk menangkap kumpulan ikan berkenaan, isyarat di berikan kepada awak-awak bot (biasanya dengan membunyikan horn) untuk bersiap sedia. Semua orang akan mengambil tempat masaing-masing dan bersiap sedia untuk melabuhkan pukat. Pada masa yang sama, pengemudi bot akan mengejar kumpulan ikan berkenaan berpandukan isyarat dari tekong yang berada di atas tiang. Apabila tiba pada kedudukan yang dianggap strategik dengan arah pergerakkan kumpulan ikan, kodek (sebuah sampan besar yang di bawa bersama di atas bot) di lepaskan bersama dua orang awak di dalamnya dengan satu daripada hujung pukat yang sedia terikat pada kodek itu. Seterusnya bot di pandu mengelilingi kumpulan ikan itu sementara pada masa yang sama pukat di lepaskan ke laut. Apabila bot itu bertemu kembali dengan kodek tadi, kumpulan ikan pun terkepong di dalam pukat. Pukat pun di tarik naik semula ke dalam bot sehinggalah kumpulan ikan itu terperangkap di bahagian tengah pukat yang berbentuk seperti kelongsong. Ikan itu kemudian di sauk dengan penyauk dan di masukan ke dalam petak simpan ikan yang terletak di perut bot di bahagian tengah.

Semasa bekerja sebagai nelayan itu, Adi tinggal di dalam bot di mana dia bekerja. Semasa tidak ke laut, bot itu di tambat di pengkalan nya di tepi sungai yang menghala ke laut. Di sepanjang sungai itu terdapat barisan rumah nelayan. Semasa tidak ke laut Adi gemar duduk di atas bumbung bot memandang ke tengah laut. Sambil menikmati keindahan pemandangan kaki langit di waktu senja, Adi meniup seruling bambu kesayangannya, memainkan lagu-lagu yang lemah gemalai. Tiupan seruling nya bergema ke seluruh perkampungan nelayan itu membawa irama yang mendayu-dayu dan mampu meruntun hati dan perasaan pendengarnya.


Adi paling suka duduk di atas bumbung bot tempat dia tinggal di waktu malam bulan terang kerana pada waktu itu nelayan pukat jerut tidak turun ke laut. Biasanya dia duduk meniup serulingnya sehingga larut malam. Adi gemar merasai kedinginan tiupan angin laut yang mengusap tubuhnya. Sambil berbaring memandang bintang-bintang di langit, Adi menikmati ayunan bot yang di buai oleh ombak-ombak kecil arus sungai sehingga dia terlena.

Suatu malam ketika Adi meniup serulingnya, dia terpandang ke arah cahaya pelita dari sebuah rumah nelayan. Api pelita itu kelihatan melintuk-lintuk menembusi celahan daun tingkap yang sedikit terkuak. Di sebelahnya duduk seorang yang berambut pangjang melepasi bahu seolah-olah memandang ke arah Adi. Entah kenapa pada malam itu Adi tertarik untuk terus melihat dan meneliti susuk tubuh yang berada di sebalik daun tingkap rumah itu. Adi terus memandang ke arah tingkap rumah itu sehingga dia mengantuk dan berhenti meniup serulingnya. Tidak lama selepas Adi berhenti, kelihatan tingkap itu di tutup perlahan-lahan. Dalam samar-samar cahaya pelita itu Adi dapat melihat susuk tubuh yang berdiri menutup tingkap itu perlahan-lahan seolah-olah tingkap itu ingin terus di buka.

Kejadian yang sama berlaku di malam-malam berikutnya dan setiap malam Adi meniup seruling. Tidak berapa lama kemudian, Adi dapat tahu bahawa di rumah berkenaan, ada seorang gadis hitam manis bernama Ida yang baru saja mendapat keputusan peperiksaan SRP dan sekarang sedang bersekolah dalam tingkatan 4. Dan tidak berapa lama kemudian Adi mula berkawan dengan Ida. Hubungan mereka tidak pernah menimbulkan sebarang rasa sangsi oleh ibu bapa Ida. Keluarga Ida bukan saja mengenali Adi, tetapi juga mengenali ibu bapa Adi yang memang suatu ketika dulu pernah tinggal di perkampungan nelayan itu. Jadi mereka tidak memandang serong terhadap hubungan Adi dan Ida. Lagi pun ketika itu Adi dan Ida masih lagi memiliki sifat keanak-anakkan. Tambahan pula pada pandangan ibu bapa Ida, Adi merupakan seorang yang berbudi bahasa dan rajin berusaha.

Apabila keputusan peperiksaan MCE di umum kan, Adi berjaya melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam. Adi pun pulang ke kampungnya dan meneruskan pelajarannya. Semasa Adi dalam tingkatan enam, dia tidak pernah berkesempatan bertemu dengan Ida. Namun sekali sekala Adi menulis surat kepada Ida bertanyakan kabar. Ida pula tidak keberatan menjawab surat dari Adi.

Semasa mereka berbalas-balas surat itulah perasaan tertarik antara satu sama lain di antara mereka berputik. Dari hanya mengunakan perkataan-perkataan biasa, bertukar menjadi bahasa yang indah di mana setiap perkataan dan ungkapan yang di tulis tersembunyi maksud yang tersirat di sebalik apa yang tersurat.

Masa terus berlalu mengiringi hubungan mereka yang penuh tertib itu. Semasa Adi berada dalam tingkatan 6 atas pada tahun 1976, ayahnya meninggal. Adi terpaksa bertungkus lumus beriktiar menyara keluarganya di samping berusaha menghadapi peperiksaan HSC yang bakal di tempuhi nya di hujung tahun. Sungguh pun begitu dia tetap juga berutus surat dengan Ida sekali pun kekerapannya tidak lagi seperti dulu.

Hubungan mereka menjadi bertambah matang dengan meningkatnya usia remaja. Ida menduduki peperiksaan SPM sementara Adi menduduki peperiksaan HSC pada hujung tahun tersebut. Seterunya Adi berjaya memasuki sebuah universiti sementara Ida mengikuti kursus perguruan di sebuah maktab perguruan di negeri yang satu ketika dulu terkenal dengan hasil bijih timahnya. Meskipun berjauhan, mereka tetap juga berutus surat. Selain dari menceritakan kehidupan di kampus masing-masing, mereka tidak lupa mengiringi setiap surat dengan kata-kata romantis yang mengusik dan membelai berperasaan. Antara kata-kata indah yang teguh terpahat di minda Adi dalam salah satu surat Ida ialah,

“Sekali pun aku gembira berada di sini, namun aku tidak mungkin akan kabur dengan neon-neon di MPSI ini. “ Kata-kata ini lah yang menjadi peransang kepada Adi untuk terus memelihara hubungan baiknya dengan Ida dan menutup terus pintu hatinya terhadap rakan-rakan siswinya yang ramai di kampus tempat dia belajar.

Pada tahun 1978, semasa minggu peperiksaan akhir semester bagi kursus ASASI SAINS itu sedang berlangsung, dia menerima berita kematian ibunya. Adi terdiam buat seketika menerima berita sedih itu dari pengawal keselamatan universiti. Ketika dia sedang bersiap-siap hendak pulang, Isma, seorang rakan kuliahnya datang ke biliknya. Isma terperanjat melihat Adi tergopoh gapah memasukkan beberapa helai pakaiannya ke dalam sebuah beg seperti orang yang hendak pergi kesuatu tempat.
“ Kau nak kemana ni Adi ? “ Isma bertanya penuh kehairanan .
“Aku nak pulang. “ Adi menjawab tanpa menoleh .
Isma duduk di pinggir katil sambil tersenyum. Padanya adalah tidak menasabah sesiapa pun yang satu kursus dengan mereka akan pulang kampung pada ketika itu memandangkan hanya satu kertas peperiksaan saja lagi yang tinggal untuk diduduki lusa. “ Eh ! kau ni jangan bergurau Adi. Kalau ia pun nanti lah lusa. Lepas exam.” “Betul Isma, aku nak pulang sekarang. “ kata Adi sambil memeriksa dompet nya. “Pinjamkan aku sepuluh ringgit Is. Nak buat tambang bas. ” Isma memandang ke arah Adi sambil mengeluarkan wang dari saku nya dan menghulurkan kepada Adi. Dia mula dapat merasakan kelainan pada air muka dan suara rakannya itu. Isma menyoal lagi dengan nada yang lebih bersungguh-sungguh.
“Tapi kenapa ? “
“Emak aku meninggal. “ Eh. Betul kah ni Adi. Kau…kau tak menangis pun . “
Adi tersenyum mendengar telahan rakannya itu. Ketika itu dia sedar orang dari selatan seperti Isma sangat sensitive dan mudah tersentuh. Mereka boleh menangis dengan hanya mendengar laungan takbir pada hari raya. “Kalau aku menangis pun tak mungkin emak aku boleh hidup kembali. “ Kata Adi bersahaja. “Maaflah Is. Aku nak pergi sekarang. Besok aku akan balik ke sini .“ Adi bangun sambil membawa beg kecilnya dan berjalan keluar bilik di ikuti oleh Isma. “Betul ke ni Adi ? “ Isma bertanya lagi bila melihat Adi mengunci pintu biliknya. “Betul. “ Kata Adi sambil berjalan ke lounge dan seterusnya menuruni anak tangga bangunan asrama. “Ni Adi. Aku Tanya last ni. Kau cakap betul-betul. Kalau tak aku tak mahu kawan lagi dengan kau. Betul ke emak kau meninggal ? “ Isma mendesak untuk mendapat kepastian. Adi tetap bertenang. Dia terus berjalan sementara isma mengekori nya. Agak sukar juga bagi Isma untuk berjalan beriringan dengan Adi yang terkenal pantas berjalan itu. “Betul Isma. Tadi sebelum kau datang guard datang memberi tahu aku di bilik. Mereka dapat panggilan telefon dari kampung. Tak kan aku nak bergurau dalam hal seperti ini . “

Isma terdiam. Dia tidak tahu samada hendak percaya atau tidak kata-kata Adi kali ini. Adi memang selalu bergurau. Tapi tidak pernah seserius ini. Sungguh pun begitu Isma mengeluarkan sehelai lagi wang kertas 10 ringgit dan memasukkanya ke dalam saku baju Adi. Dia tahu benar kedudukan kewangan rakannya itu. Walaupun dia sendiri sering keputusan wang belanja, tapi tidak seteruk Adi. “O.K lah Adi. Jumpa lagi esok. Aku harap kau berhati-hati . “

Isma mengekori pemergian kawannya itu dengan anak matanya. Dia masih terpegun dengan berita yang baru di dengarnya dari mulut Adi sendiri. Apa yang menghairankannya ialah Adi sendiri kelihatan begitu tenang, seolah-olah berita itu hanyalah satu berita biasa yang tiada kesan dalam hatinya.



Selepas kematian ibunya, Adi menjadi lebih pendiam. Dia lebih banyak menyendiri. Lebih-lebih lagi pengkhususan Fizik pilihannya hanya di ikuti oleh beberapa orang sahaja. Selain dari Isma, Adi tidak mempunyai rakan rapat yang lain. Namun begitu dia terus juga mengutus surat kepada Ida bila ada masa terluang, menceritakan perkembangan dirinya dan bertanyakan kabar, walau pun Adi jarang-jarang menerima balasan. Di kampus tidak ada sesiapa yang tahu tentang hubungannya dengan Ida, termasuk Isma.

Hinggalah tiba di suatu ketika, Adi langsung tidak menerima berita dari Ida untuk satu jangka masa yang sangat lama. Sungguh pun begitu, dia tidak pernah nerasa sangsi terhadap perkara itu. Adi mengandaikan Ida sibuk dengan kuliahnya seperti mana dirinya sendiri. Namun Adi tidak juga jemu mengutus surat buat Ida yang sudah di anggap kekasih itu di samping mengharap akan mendapat balasan juga suatu hari nanti. Suatu hari, sekitar pertengahan tahun 1979, Adi menerima sepucuk surat dari Ida. Tapi surat Ida kali ini agak berlainan dari surat-suratnya yang lepas. Sampul nya adalah sampul surat rasmi. Hanya tulisan alamat berdakwat hitam yang penuh seni itu saja menyakinkan Adi bahawa surat itu dari Ida. Entah mengapa hatinya berdebar-debar semasa membuka sampul surat tersebut. Adi tergamam membaca kata-kata dalam surat itu. Satu demi satu ungkapan-ungkapan indah dalam surat itu mengikis sedikit demi sedikit harapannya yang telah sekian lama di bina dengan penuh teliti dan waspada.

Adi bukanlah seorang yang mudah di pengaruhi oleh kekecewaan dan kegagalan. Segala-galanya di terima dengan tenang sebagaimana tenangnya dia menerima pemergian ayah dan ibu nya. Dia tetap tabah menghadapi sisa-sisa waktu yang tinggal dan berusaha bersungguh-sungguh dalam segala kepayaan mengatasi seribu satu cabaran dengan caranya yang tersendiri.

Sekalipun Ida telah mengecewakannya, Adi tetap menganggap Ida sebagai kawan tempat mengadu. Apabila kesepian mencengkam jiwanya, Adi tetap juga menulis surat kepada Ida sekadar bertanyakan kabar, biar pun tiada jawapan yang pernah di terimanya.

Di sekitar awal tahun 1980, Adi tiba-tiba saja menerima surat dari Ida. Pada mulanya kiriman dari Ida diterima lebih kurang setiap sebulan sekali. Lama kelamaan surta-surat dari Ida bertambah kerap di terima. Adi menjadi semakin hairan. Namun dia hanya menganggapnya sebagai tindakan seorang kawan yang hanya ingin menjaga hubungan siratul rahim yang telah terjalin sejak sekian lama. Pun begitu, tulisan-tulisan Ida semakin hari semakin menggambarkan kekesalan di atas tindakan nya memutuskan hubungan istimewa antara mereka yang lalu dan tak kurang juga dengan kata-kata pujuk rayu yang minta simpati. Setelah beberapa kali Adi menduga Ida dengan sindiran dan usikan melalui surat-suratnya, akhirnya jelaslah Ida ingin kembali mengikat hubungan kasih seperti dulu. Adi yang tidak pernah menyimpan secebis pun perasaan dendam terhadap sesiapa, menerima smeula Ida dengan tangan terbuka, meski pun hatinya sedikit terluka. Bagi Adi, dia lebih mementingkan hubungan kekeluargaan dengan keluarga Ida yang memang telah lama di kenalinya sejak dia bekerja di perkampungan nelayan tempat tinggal Ida. Padanya, mendampingi keluarga yang telah lama mengenali dirinya akan lebih memudahkan lagi dia menyesuaikan diri dalam keluarga itu apabila tiba masanya kelak.

Di sekitar pertengahan tahun 1980, Ida tamat latihan di MPSI, dan dia mula berkhidmat sebagai seorang guru di sebuah sekolah. Adi pula dijangka akan hanya tamat pengajian pada tahun 1982. Mereka terus juga berutus surat. Apabila ada kesempatan, Adi pulang juga menziarahi keluarga Ida semasa cuti. Masalah kewangan Adi menghalang dia dari membuang masa dengan ke sana sini. Sebaliknya dia lebih banyak berusaha melakukan berbagai kerja sambilan, terutamanya semasa cuti penggal, untuk menampung keperluan hidupnya. Kerana ketiadaan wang untuk tambang bas, Adi pernah secara sembunyi-sembunyi tinggal dalam salah satu bilik di asrama ketika cuti hari raya. Dia tidak pernah menyangka bahawa suasana hari raya di kampus sangat sunyi. Tiada bunyi tapak kaki berjalan atau bunyi kenderaan lalu lalang di jalan dalam kampus. Bahkan suara burung-burng yang sering berkicau di waktu pagi pun tidak kedengaran. Seolah-olah burung-burung juga pulang ke kampung halaman masing-masing untuk berhari raya. Mulai awal tahun 1981, Adi jarang sekali menerima surat dari Ida. Fikir Adi Ida tentu sibuk dengan tugasnya sebagai guru. Dia sendiri tidak mahu mengganggu Ida dengan tugas-tugasnya. Adi tetap juga menulis untuk Ida sekali sekala biar pun dia jarang terima jawapan. Bahkan sehingga bulan oktober 1981, Adi langsung tidak menerima sebarang surat dari Ida. Adi tidak menaruh sebarang prasangka terhadap Ida tentang perkara itu. Semasa cuti penggal bulan oktober itu, Adi pergi ke rumah seorang kenalannya dengan menonggang sebuah motorsikal yang dipinjamnya dari seorang kawan. Dalam perjalanan itu, dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan terpaksa di rawat di hospital selama lebih kurang dua minggu.

Tidak berapa lama selepas kemalangan itu, setelah Adi kemabli ke kampus untuk menyambung pengajianya, dia mula menerima semula surat dari Ida. Namun kandungan surat dari Ida kali ini lebih merupakan racun dari penawar suka duka nya. Lebih banyak kata-kata sindiran yang menghina daripada usikan-usikan manja yang memberi simpati. Surat-surat Ida yang semakin kerap di terima dipenuhi dengan kata-kata yang menggambarkan kedaifan dirinya. Lama kelamaan Adi tidak lagi memperdulikan surat-surat dari Ida. Bahkan dia tidak lagi tahu samada ada surat untuk nya atau tidak. Adi sedar, adalah terlalu sukar bagi orang seperti nya hendak mencari seseorang yang sangguh terima hakikat kehidupan tentang dirinya pada ketika itu. Jika ada pun hanyalah mereka yang ingin mengharapkan masa depannya yang belum tentu dari menerima keadaannya pada masa itu. Sejak itulah Adi menutup pintu hatinya terhadap cinta. Dia hanya memikirkan bagaimana hidupnya dan pengajian nya harus di teruskan. Sejak itu hatinya menjadi mati. Perasaannya menjadi kaku. Tidak ada apa lagi yang dapat mencuit perasaannya. Tidak ada lagi nikmat dalam kehidupannya. Tiada lagi keindahan dalam pandangan nya. Tiada lagi keceriaan dalam gurauannya. Padanya tiada beza lagi gurauan dan persengketaan, cacian dan pujian, keburukan dan keindahan. Apa yang dipandang hanyalah pantulan cahaya dari sesuatu objek. Apa yang di dengar hanyalah tekanan berubah-ubah ke atas gegendang telinganya. Apa yang di rasa hanyalah tindakan bahan kimia tertentu ke atas sel-sel di atas lidahnya. Dan apa yang dihidu hanyalah tindak balas molekul-molekul ke atas deria hidungnya. Jadilah dia seperti robot. Tiada jenaka yang dapat membuat dia ketawa. Tiada malang yang boleh membuat nya menangis. Tiada berita yang dapat menjadikannya sedih atau suka. Hanya sesuatu yang dapat diukur dengan tepat memberi makna padanya

Kenapa Dibiarkan


Seorang Anak Kampung

Jodoh Bujang Solo

Matinya sekeping hati

Bertemu Kekasih

Surat Kekasih 1

Surat Kekasih 2

DI Pasar Sandakan 1985

Di Ganggu Kenangan

Baju Berbintik-Bintik

Kenduri Arwah

Di Bangsal Usang

Selepas Risikan

Rawatan Perasaan

Seruling Bambu

Yanti dan Kawan Kawan

Lembaran Kasih

Video

Mahligai Impian