Video Puisi
Seorang Kawan Yang Sudi
Seruling Nelayan Solo
Pengalaman yang menggetarkan
Meniti Kehidupan
Nikmat keinsanan
Sekeping potret lama
Suatu Hari nanti
Mengapa aku tidak dapat melupakan
Andainya Kita Tidak Lagi Berpaling 2
Keinginan Ku
Surat-Surat Lama
Surat Cinta Lepas Kawin
Kemesraan
Seorang Dot
Tidak dapat melupakan mu
Terlerai Kasih
Mentafsir Kehidupan
Benih-Benih Kasih
|
Seorang Pemuda Kampung
Kemarin aku terima email dari seorang kawan. Ceritanya agak menyedihkan.
Tidak pula terlalu sedih.Tapi aku tetap menitiskan air mata.
Mungkin kerana aku ni terlalu sensitive dan prasaan ku mudah tersentuh.
Sebenarnya aku baru mula belajar untuk menikmati perasaan suka dan duka.
Baru hendak mula mengerti apa itu simpati.
Sebelum ini aku ni seperti robot. Menerima sesuatu hanya sebagai
ransangan gelombang bunyi dan cahaya yang langsung tiada hubungan
dengan rohani. Aku tidak mengerti apa itu kecantikan, sedih atau suka.
Pada aku apa saja yang ku pandang hanyalah pantulan gelombang cahaya
dari suatu objek yang menembusi kanta mata ku dan jatuh ke atas retina.
Dari sana saraf optik menyalurkan isyaratnya ke otak lalu
di terjemahkan menjadi objek yang ku pandang. Dan objek itu pada ku
tiada makna apa-apa, kerana yang ku pandang hanyalah cahaya berwarna.
Begitu juga jika aku mendengar orang berbicara. Yang ku dengar tidak
lebih dari hanya gelombang bunyi yang di sebabkan oleh perubahan
tekanan udara ke atas gegendang telinga ku. Isyarat itu di salurkan
ke otak ku melalui saraf auditori dan seterusnya di terjemahan oleh
otak ku sebagai bunyi. Sungguh pun begitu, minda tetap mengatakan
suara itu hanyalah gelombang hasil dari perubahan tekanan udara.
Tapi setelah aku membaca cerita dari kawan ku ini, entah mengapa
perasaan ku tersentuh. Baru ku tahu rupanya aku ini berjiwa sentimental.
Sebagai menjawab email teman ku itu, aku ceritakan pada nya cerita ini.
Mudah mudahan cerita ini meringankan tekanan perasaan yang di alami
oleh teman ku itu.
Suatu waktu dulu ada seorang pemuda kampung. Dia adalah anak kedua
dalam keluarga yang mempunyai 5 adik beradik. Kakak nya ketika itu
sudah berkahwin dan hidup bersama suaminya sementara adik-adiknya yang
lain masih bersekolah. Ibu nya pula mengidap sejenis penyakit sawan.
Apabila terkena sawan itu, dia tidak sadarkan diri.
Ayahnya yang sudah tua mengerjakan sedikit tanah sawah untuk menampung
hidup dan memberi pelajaran kepada dia dan adik-adik nya.
Pendapatan pesawah sekitar tahun 1970 han bukan lah lumayan.
Untuk menambah pendapatan , ayahnya sering kelaut menangkap ikan
sementara menungu hasil padi di tuai.
Semasa pemuda itu dalam Form Six Upper, pada 28 februari 1976,
hari sabtu , ayahnya meninggal dunia. Hilanglah tempat brgantung
hidup mereka sekeluarga. Tahun itu adalah tahun yang mmerlukan
banyak wang . Dia akan menduduki pperiksaan HSC (aliran sains),
adik perempuannya akan mengambil peperiksaan SPM dan seorang lagi
adik perempuan nya menduduki peperiksan SRP. Yuran peperiksaan untuk
ketiga-tiga peperiksaan itu boleh menjangkau ratusan ringgit.
Dan dia tidak tahu di mana dia boleh dapat wang sebanyak itu.
Pada ketika itu tidak ada PIBG untuk merayu dan tidak ada badan
kebajikan di sekolah. Jika ada pun murid sekolah tidak tahu menahu
mengenainya.
Mulanya di berfikir untuk berhenti saja sekolah dan bekerja untuk
meneruskan kehidupan mereka sekeluarga. Tapi adik perempuannya,
yang sedang beljar dalan tingkatan 5 tidak setuju. Katanya,
sekarang ini kita susah. Jika berhenti sekolah pun belum tentu kita
dapat mengubah keadaan.
Memikirkan kata-kata adiknya itu, pemuda itu pun bertekat untuk terus
bersekolah. Untuk menampong keperluan hidup seharian, dia melakukan
apa saja kerja yang mampu seperti membaiki radio, buat wiring di rumah
orang-orang kampung. Pulang dari sekolah, dia turun ke laut menggunakan
perahu peninggalan aruah ayahnya. Pulang sebelum subuh .
Jika dia sempat tidur, dia tidur lah sekejap. Jika tidak dia terus
mandi dan bersiap terus ke sekolah. Sekolah nya terletak kira-kira 15
batu(24 km) dari rumah. (Sekolah berhampiran rumah nya tidak ada form
six science). Dia terpaksa mngayuh basikal sejauh itu untuk sampai
ke sekolah.
Di samping itu dia ada juga menerima biasiswa prsekutuan sebanyak
RM 55 sebulan. Dengan wang itu dan pendapatan dari pelbagai usahanya,
dia membiayai kehidupan keluarga yang daif itu. Akhirnya degan segala
susah payah, dia berjaya juga mengumpul wang untuk membayar yuran
peperiksaan di samping perbelanjaan lain. Dan diakhir tahun itu,
dia pun menduduki peperiksaan HSCnya.
Selepas peperiksaan tamat, dia bekerja di sebuah kilang membuat kasut.
Kilang itu terletak kira-kira 10 batu (16 km) dari rumahnya.
Gajiya ialah RM 3 sehari. Dia mengayuh basikal untuk pergi dan
balik ari kerja. Kerja di kilang ini di lakukannya pada waktu malam.
Pada waktu siangnya dia mengambil upah melakukan berbagai kerja kampong
untuk menambah pendapatan.
Apabila keputusan periksaan di umumkan, dia hanya lulus dua mata
pelajaran sahaja. Iaitu matematik (Subsidary) dan Physics
(Odinary level). Adiknya pula mendapat gred 3 (35 agregat,
Jika aggregat nya 34, gred 2, dan boleh melanjutkan pelajaran
ke tingkatan 6).
Walaupun dia tidak mendapat sijil penuh, namun pencapaiannya itu
melayakkannya memohon mengikuti kursus sains Asas di Universiti
Sains Malaysia. Kursus ini setaraf dengan matrikulasi.
Dia diterima masuk ke universiti untuk kursus tersebut.
Lagi sekali dia berhadapan dengan dilemma sama ada hendak meniggalkan
ibu dan adik-adiknya berusaha menyambung hidup sendiri atau melupakan
peluang itu. Sekali lagi adiknya memberi perangsang. Dan dengan berat
hati dia pun meninggalkan kampung dan mula belajar di USM.
Kehidupannya di Universiti terpaksa melalui banyak ringtangan.
Pada masa itu tidak ada skim bantuan seperti sekarang di mana setiap
tawaran memasuki insitusi pengajian tinggi di sertakan dengan
cek berilai RM 1500 dan boleh di tunaikan serta merta.
Walaupun dia mendapat dermasiswa, namun wang dermasiswa itu seringkali
lewat di terima. Sementara menunggu bayaran wang biasiswa itu,
terpaksalah dia beriktiar sendiri untuk memenuhi keperluan harian dan
keperluan pelajarannya. Dia tidak mahu meminta apa-apa dari adiknya
di kampung kerana tidak mahu menyusahkan nya.
Pada tahun 1978, ketika peperiksaan akhir tahun bagi kursus ASASI SAINS
itu sedang berlangsung, dia menerima berita kematian ibunya.
Kebetulan pada hari dia mnerima berita sedih itu, tidak ada peperiksaan
bagi kursus yang dia ambil, dia pulang untuk menatap wajah ibunya buat
kali terakhir. Kepulangannya hanya sebentar kerana dia harus segera
kembali untuk menduduki peperiksaan.
Kehidupan nya selepas itu sudah tidak menentu lagi. Adiknya yang baru
berumur 18 tahun berkahwin. Sementara yang gagal SRP bekerja sebagai
pembantu di rumah seorang pengusaha kantin. Adiknya yang bongsu belajar
dalam tingkatan 6 dan tinggal di asrama di sebuah sekolah.
Dia tidak begitu jelas tentang pembiayaan persekolahan adik bongsunya itu. Dia jadi bingung seperti orang hilang akal.
Dia pernah menjadikan sebuah stor tukang sapu (dengan kerjasama tukang
sapu) untuk menyimpan pakaian serta barang-barang nya dan tidur
di bilik sembahyang di asrama untuk menjimatkan perbelanjaan sewa
bilik di universiti. Pernah dia tidak makan selama dua hari kerana
tiada wang untuk membeli makanan. Sering kali dia mengintai dalam
tong sampah untuk mendapatkan kertas yang di cetak sebelah muka sahaja.
Muka yang kosong itu di gunakannya untuk menulis nota.
Jika dia terjumpa wang siling di masjid, dia akan ambil secara
diam-diam dan dikumpulkan sehingga cukup untuk membeli sepinggan nasi
goreng kosong di waktu pagi. Semasa cuti universiti, dia bekerja
mencuci pingan mangkuk di kantin untuk mendapatkan sedikit wang dan
makanan.
Kerana dia lebih banyak memikirkan bagaimna hendak meneruskan kehidupan
daripada bagaimana hendak menamatkan pengajian, banyak kali dia gagal
dalam peperiksaan. Dia hampir berputus asa. Namun bila mengingatkan
pengorbanan adik-adiknya, dia terus juga berusaha dengan segala
kemampuan yang ada . Dan akhirnya dia berjaya juga mendapat Ijazah
sekali pun terpaksa melanjutkan tempoh pengajian nya selama 2 tahun.
Ijazah itu lah yang telah banyak mengubah nasibnya hingga kini.
DotSolo
19 November 2002
|
Seorang Anak Kampung
Jodoh Bujang Solo
Matinya sekeping hati
Bertemu Kekasih
DI Pasar Sandakan 1985
Di Ganggu Kenangan
Baju Berbintik-Bintik
Kenduri Arwah
Di Bangsal Usang
Selepas Risikan
Rawatan Perasaan
Seruling Bambu
Video
Mahligai Impian
|