Video Puisi

Seorang Kawan Yang Sudi

Seruling Nelayan Solo

Pengalaman yang menggetarkan

Meniti Kehidupan

Nikmat keinsanan

Sekeping potret lama

Suatu Hari nanti

Mengapa aku tidak dapat melupakan

Andainya Kita Tidak Lagi Berpaling 2

Surat-Surat Lama

Surat Cinta Lepas Kawin

Kemesraan

Seorang Dot

Tidak dapat
melupakan mu


Keinginan Ku

Di Bangsal Usang

Cerpen ini disiarkan di Berita Minggu pada 9 Mac 1980. Penulisnya menggunakan nama pena Bardot Hadi.



Id Deris resah. Dia tak tahu apa yang hendak dilakukannya. Buku-bukunya bersepah-sepah di atas meja. Sudah sebulan buku-buku itu dibiarkan begitu saja, tidak disentuhnya.

Id Deris menarik kerusi ke tingkap. Dia duduk sambil memandang kederaan-kenderaan yang lalu lalang di seberang sana. Kereta, lori, bas tak putus-putus. Entah macam mana pandangannya tertumpu ke sebuah bangsal yang terletak di tepi jalan. Bangnsal itu sudah uzur benar. Atap gentingnya sudah berkarat. Dindingnya dah habis tercabut. Di bawahnya terdapat bangku kayu tempat meletakkan ponggong.

Di situlah dia dan rakan-rakannya selalu duduk di waktu petang sambil berceloteh di samping mengusik anak dara yang lalu lalang di jalan. Bagi mereka setakat mengusik itu tidak menjadi kesalahan, sebab mereka ada undang-undang, ada peraturan. Mereka tidak mengusik adik atau kakak kawan, tak kacau buah hati kawan. Isteri orang langsung mereka tak ganggu.

Id Deris bangun dan menggulung kain pelikat nya dengan lebih kemas. Baju yang sedia dipakainya dibutangkan dengan betul. Kemudian dia berjalan turun ke tanah dan terus berjalan pergi ke bangsal usang itu. Tangannya menepuk-nepuk bangku kayu yang ada di situ beberapa kali.

Kemudian dia duduk di atasnya. Dia begitu berhati-hati mengankat kaki kanannya dsn meletakkan tapak kaki itu di atas bangku. Kedua-dua tangan nya memeluk betis sementara dagunya berehat di atas kepala lutut. Sudah sebulan lebih dia menganggur. Sudah sebulan lebih jugalah dia menjadi penunggu bangsal usang itu setiap petang.

Md.Zain masih lagi termenung di muka tingkap di rumahnya. Bila dia nampak Id Deris mencangkong di bawah bangsal, dia pun menyambar baju lusuh abangnya dan pergi ke situ. Dia ambil masa beberapa minit untuk menyeberang jalan yang sedang sibuk itu. Md Zain duduk debelah kiri Id sambil berkata,
�Apa macam Id? � :�Kita ni macam ni jugalah.�

Id Deris menjawab sambil menjatuhkan kaki kanannya ke bawah. Kedua-dua tangannya didepakan memegang kayu penyamdar di belakang.

Kini mereka sama-sama diam. Mereka seperti malas handak bercakap. Hanya pandangan mereka tertumpu pada kenderaan-kenderaan yang melintas di hadapan mereka. Sebuah kereta tiba-tiba melintas dengan laju. Serentak dengan itu Md. Zain berkata;

�Tengok tu Id. Kalau kita dapat kereta macam tu, hai tak tau la.� �Bila nak boleh beli?� Balas Id Deris selamba.

�Mana tau kalau kena loteri.� �Beli pun tak pernah, mana nak kena ?� Id Deris membidas dengan senyum sumbing. Kemudian mereka sama-sama ketawa, ketawa biasa yang tawar.

Tiba-tiba Mat Cen yang entah yang masa mana sampai ke situ menyampuk, �hai hampa gelak apa? Seronok sangat aku tengok.� Lantas duduk di sebelah kanan Id Deris.

�Tak apa, saja. � Id Deris menjawab.

�Kita ni sampai bila nak dok melapok tang ni ? � Mat Cen bersuara lagi.

�Sampai dapat keputusan periksa. � Jawab Id Deris.

�Mana hang tau? Kalau tak pas sak ni? Tak melapok tang ni juga? � Sampuk Md.Zain. �Kalau dulu boleh juga ambil upah pukui padi. La semua orang pakai enjin.�

�Sungguh juga Md. Zain nu. Dulu boleh juga curi gerek buruk buat tarik padi. La orang sewa lori. � Mat Cen menambah. Id Deris diam, Md. Zain diam. Mat Cen juga diam. Mereka melayan fikiran masiong-masing. Mereka seperti sudah bosan dengan percakapan-percakapan seperti itu. Sering kali mereka bercakap hal itu, mereka hanya boleh bercakap. Mereka hanya boleh komen. Tapi penyelesaiannya tidak ada. Mereka tetap juga melapok di situ. Mereka tetap juga menjadi penunggu setia bangsal usang.

Tiba-tiba Md, Zain berkata separuh memekik, � Tengok, Cot dengan Abang aku. Depa nak mai sini apa? � Tangannya menunjukkan ke arah datang nya kedua orang itu. Ramalan Md.Zain memang tepat. Cot dan Ripin, abang md.Zain pergi ke bangsal itu. Mereka sama-sama berborak dalam kumpulan itu.

Petang beransur-ansur diganti dengan malam. Mereka terus juga berborak. Macam-macam hal yang dibualkan. Mula-mula bercakap tentang perkara-perkara biasa mengenai kampung mereka. Kemudian cerita pasal kemarau. Meleret pula tentang Rancangan Malaysia Ke Tiga dan Keempat. Maka tersebutlah pasal keadaan ekonomi negara, pasal Dasar Ekonomi Baru, dan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Akhirnya bila malam menguasai suasana, bangssal usang itu jadi seperti sebuah dewan parlimen tempat tokoh-tokoh politik bersidang.

Bukan setakat polotik dalam negeri, tapi juga politik antara bangsa diperdebatkan. Sungguh hebat. Cukup rancak. Sungguh hangat. Hinggakan mereka tak terasa dingin malam yang mencengkam tulang hitam.

Suara Ripin lantang mengutuk Israel, membantah pencerobohan Rusia di Aghanistan, menentang Amerika. Id Deris pula asyik membantah cakap Ripin. Bukan kerana dia menyokong Israel, Rusia atau Amerika, tapi hanya hendak memeriahkan suasana. Supaya perbualan tidak mati. Supaya mereka tidak bosan menunggu bangsal itu lebih lama.

Cot dengan Md. Zain tidak banyak bercakap. Mereka hanya jadi penonton. Cuma sekali sekala mereka mencelah, menyokong atau membantah cakap Ripin atau Id Deris. Mat Cen pula mengambil sikap berkecuali. Dia tidak menyokong atau membantah hujah sesiapa. Dia Cuma mendengar hujah-hujah yang diberikan, memberi komen dan sebab-sebab mengapa perang dan pencerohan berlaku. Maka terbitlah sejarah Israel, cita-cita Rusia dan kepentingan ekonomi Amerika.

Usia malam bertambah tua. Tapi tidak terdapat tanda-tanda bahawa persidangan itu akan tamat. Penunggu-penunggu bangsal usang itu tidak peduli udara dingin yang mengcengkam tubuh mereka. Mereka tidak peduli manusia lain yang sedang enak diuilt mimpi. Bahkan mereka tidak peduli satu apa pun.

Di dalam malam yang semnakin tua itu suara mereka tetap lantang, tetap bersemangat. Hingakan Lebai Nok terjaga beberapa kali. Pak Ngah Penoh jugaterjaga beberapa kali. Begitu juga Mak Cik Nab dan Mak Ngah Jah.

Tiba-tiba lampu di hadapan rumah tok Penghulu yang terletak di seberang sana terpasang secara mengejut. Bangsal usang sepi seketika. Malaikat lalu. Mereka mengerti, itu satu amaran. Amaran pertama. Hampir tiap-tiap malam mereka terima amaran itu. Tapi mereka semua sudah maklum. Amaran pertama tidak merbahaya. Jadi perbincangan yang terganggu tadi disambung lagi.

Tapi kali ini suara mereka direndahkan sedikit. Mereka terlalu asyik berbahas. Lama kelamaan suara mereka tinggi lagi. Kadang-kadang lebih tinggi daripada sebelum lampu di hadapan rumah Tok Penghulu terpasang. Dalam mereka asyik berbual itu lampu di hadapan rumah Tok Penghulu terpadan sebentar, kemudian bernyala lagi. Itu amaran kedua. Amaran kedua mesti dipatuhi. Mereka semua mengerti hal itu. Kalau mereka enggan juga, Tok Penghulu akan keluar dengan tongkat semambunya. Tiga minggu lalu mereka terpaksa lari lintang pukang kerana tidak mengendahkan amaran kedua. Sebenarnya mereka lari bukan kerana takut dengan Tok Penghulu, tapi kerana menghormatinya sebagai orang lama dan ketua kampung.

Suasana di bangsal usang sepi lagi. Tapi hanya untuk beberapa ketika. Kemudian kedengaran suara Md. Zain berbisik,
�Oi. Tok Penghulu dah meradang tu. Baik ita balik. �
�Balik apa lagi? Dok la dulu. Kita bersembang pelan-pelan tak pa, dia tak marah. � Mat Cen cuba menahan Md. Zain.

Suasana kembali lengang. Tak siapa pun diantara mereka bercakap. Masing-masing memandang ke dalam gelap dengan pandangan kosong. Id Deris membuka gulung kain sambil berdiri. Badannya diselimutkan dengan kain pelikat lusuh itu hingga keparas leher. Kemudian dia duduk mengcangkong di tempatnya tadi.

Dalam gelap yang samar-samar itu Cot Hassan tiba-tiba saja ternampak satu lembaga berbasikal melintas di hadapan bangsal usang itu. Cot rasa dia dapat mengenaliu orangnya.

� Oi! Curi ka ? � Cot Hassan menjerkah dengan niat bergurau.

� Kreek.. Gedebab!� Bunyi seperti basikal terbalik dan diikuti oleh sesuatu yang padat jatuh. Serentak dengan itu juga kedengaran bunyi tapak kaki berlari dengan pantas. Sementara itu penunggu-penunggu bangsal usang ketawa terkekah-kekah. Kemudian berhenti dengan tiba-tiba. Mereka sama-sama bangun dan berjalan ke arah bunyi benda jatuh tadi. Sebuah basikal buruk dan sebiji guni yang padat berisi tergolek di tepi jalan.


DotSolo- Physics Teacher

The Challange Towards Faster Microprocessor

Virus Control

Seorang Anak Kampung

Jodoh Bujang Solo

Matinya sekeping hati

Bertemu Kekasih

DI Pasar Sandakan 1985

Di Ganggu Kenangan

Rawatan Perasaan

Baju Berbintik-Bintik

Kenduri Arwah

Di Bangsal Usang

Video Nyanyian

Mahligai Impian