Video Puisi
Seorang Kawan Yang Sudi
Seruling Nelayan Solo
Pengalaman yang menggetarkan
Meniti Kehidupan
Nikmat keinsanan
Sekeping potret lama
Suatu Hari nanti
Mengapa aku tidak dapat melupakan
Andainya Kita Tidak Lagi Berpaling 2
Keinginan Ku
Surat-Surat Lama
Surat Cinta Lepas Kawin
Kemesraan
Seorang Dot
Tidak dapat melupakan mu
|
Rawatan Perasaan
Pada tahun 1981 aku pernah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.
Kejadian itu berlaku pada hari rabu lebih kurang jam 11.00 pagi.
Aku menunggang motorsikal , jenis suzuki cub, dalam perjalanan dari
pusat bandar Alor Setar ke Hospital Alor Setar.
Dalam perjalanan itu aku melalui jalan stadium. Apabila tiba di bulatan
berhadapan dengan komplek belia bersebelahan kuil hindu, aku membelok
ke kiri. Semasa aku membelok ke kiri itu lah kejadian itu berlaku.
Aku rasa jalan di situ berpasir dan motorsikal yang aku pacu terbabas.
Bila aku sedar aku dapati diriku sedang terbaring dan di kiri kanan ku
terdapat beberapa lembaga berpakaian serba putih.
Selepas beberapa saat, pandangan aku semakin jelas dan aku mengenali mereka sebagai manusia yang berpakaian seragam putih. Seorang dari mereka ku kenali sebagai lelaki dari potongan pakaian yang di pakainya dan dari raut wajahnya dengan rambut yang pendek. Yang lain nya semuanya gadis-gadis muda yang kelihatan kemas dan cantik. Seorang dari mereka berdiri hujung kaki ku sebelah kanan. Aku memandang tepat ke arahnya kerana tertarik dengan kayuan wajahnya yang mungil itu. Bibir merahnya seakan-akan mengukir senyum yang ku andaikan istimewa untuk tatapan ku.
“ Saya ada di mana ? “
Itu lah soalan pertama yang ku tanya. Aku sendiri tidak tahu kepada
siapa soalan itu ku tujukan. Tetapi pandangan ku tetap kepada gadis
di hujung kaki ku itu.
“ Di hospital. “
Aku terdengar satu suara menjawab pertanyaan ku.
Aku tidak tahu dari mana suara itu. Tapi apa yang jelas ianya
bukan dari gadis yang menjadi perhatian ku.
“Di Alor Setar atau di Penang ? “
Aku bertanya lagi meminta penjelasan.
“ Alor Setar “ Suara yang sama juga yang menjawab.
Pada masa ini aku sudah dapat membezakan yang mana doktor dan
yang mana jururawat di anatara mereka itu. Bahkan aku dapat
membaca nama jururawat yang sejak tadi menjadi perhatian ku.
Sebelum aku sempat bertanya lagi, doktor yang berada di situ berusara,
“Emak dan ayah tinggal di mana ? “
“Dah mati. “ Itu jawapan yang aku berikan tanpa teragak-agak.
Pada masa itu doktor dan jururawat kelihatan berpandangan antara
satu sama lain. Kecuali Azizah, jururawat yang sejak tadi menjadi
perhatian ku. Dia kelihatan memandang ku dengan pandangan yang
mencurigakan. Mukanya kelihatan sedikit terangkat manakala matanya
yang sejak tadi kelihatan lembut terbuka dengan lebih luas.
“Adi, awak jatuh motor seorang diri. Bagaimana pula emak dan ayah awak
boleh meninggal. “ Kata doktor tadi.
“Saya tahu doktor, saya jatuh motor seorang . Emak saya mati pada tahun
1978 dan ayah saya pula pada tahun 1976“.
Tak sangka pula jawapan ku itu membuat kan doktor yang tadi kelihatan
risau tersenyum sehingga menampakkan giginya yang tersusun rapi
sementara jururawat di kelilingku pula ketawa perlahan.
Tapi jururawat yang ku perhatikan sejak tadi kelihatan tersenyum
malu-malu. Dia menundukkan mukanya sambil mengadang bibirnya yang nipis
itu dengan tapak tangan kanannya.
Sementara itu mata nya kelihatan mencuri pandang ke arah aku dengan
jelingannya yang sungguh mengusik.
“ Hari ni hari apa ? “ Aku bertanya pula.
“ Khamis. “ Kata seorang jururawat di sebelah kiri ku. Suaranya
kedengaran seperti orang yang mahu marah saja.
Aku memandang tepat kepada Azizah. Kelihatan dia tersipu-sipu.
Aku meneliti raut wajahnya dan dengan perlahan-lahan mata ku menatap
Azizah dari atas ke bawah dan kemudian terhenti pada tangan nya yang
kelihata halus dan dilengkari oleh seutas jam.
“Azizah, sekarang pukul berapa ? “
Aku memanggil namanya dan bertanyakan masa ketika itu.
Dia keihatan sedikit terperajnjat. Agaknya dia tidak menyangka yang
aku akan memanggilnya dengan nama nya. Matanya menjeling ke arah
jam yang melingkari lengannya yang keilhatan halus.
Setelah beberapa detik dia pun menjawab, “Sekarang pukul 5 petang.
Kenapa ?“
Aku terdiam sejenak sambil meneliti keadaan diriku.
“Dah hampir 30 jam saya tidak sedar. “ Dalam keadaan terbaring itu
aku dapati dada kiriku telah di masukkan satu saluran plastik lutsinar
sebesar pensil dan di hujungnya di ikatkan satu karung plastik kecil.
Saluran itu di lekatkan di dada ku dengan tampalan plaster putih.
Aku tidak merasa sebarang kesakitan.
Selepas jururawat mengambil tekanan darah dan suhu badan ku,
seorang demi seorang dari mereka meninggalkan aku untuk merawat
pesakit lain. Akhir sekali tinggal lah Azizah yang masih terpegun
di hujung kaki ku.
“Bagaimana rasa sekarang ? “ Aku menikmati sepenuhnya senyuman
manis yang terukir di bibirnya serta kelunakan suara yang kedengaran
sangat manja di telinga ku.
“Saya rasa cukup selesa. Tapi jika Azizah duduk dekat saya,
saya akan rasa lebih selesa dan selamat.“ Aku cuba mengusiknya.
Sekali lagi dia kelihatan tersipu. Sungguhpun begitu, Azizah berjalan
kesebelah kanan ku dan berdiri rapat ke katil tempat aku dibaringkan.
“Ada apa-apa yang saya boleh bantu? Saya ada kerja ni. “
Dia menawarkan khidmatynya. Semenmtara itu jari jarinya sibuk mengemas
cadar dan bantal yang menampong kepala ku. Dia seolah olah tidak
puashati dengan kedudukan bantal dan selimut yang menutupi tubuh ku.
“Saya nak minum air. “ Aku menjawab ringkas.
“Nanti saya ambilkan. “
Azizah berlalu pergi. Sebentar kemudian dia kembali dengan segelas
air di tangannya. Kali ini dia berdiri lebih hampir kepada ku.
Aku cuba hendak mencapai gelas di tangannya.
Tetapi dia menolak tangan ku dengan lembut dan perlahan-lahan
meletakkan tangan ku di atas dada ku.
“Jangan banyak bergerak. Adi perlu berehat. “ Katanya sambil
menyuapkan gelas ke bibir ku. Aku minum perlahan lahan supaya
lebih lama dapat menikmati saat saat indah itu. Sementara itu
aku merenung kedua matanya. Bibirnya tetap mengukir senyuman.
Tetapi anak matanya dilarikan memandang ke arah gelas air yang sedang
di suapkannya ke pada ku.
Sebelum air itu habis ku minum aku melarikan bibir ku dari gelas
di tangannya. Dia memahami maksud ku lalu meletakkan gelas itu di atas
meja kecil di sebelah katil ku.
“Azizah. “ Aku memangil namanya perlahan.
“Ya. Adi nak apa lagi ? “ Dia bertanya sambil memandang ke arah ku.
“Jika dapat minum susu tentu lebih sedap.
Lebih-lebih lagi susu yang boleh di hisap “
Aku berkata perlahan seperti berbisik. Takut kalau-kalau di dengar
oleh pesakit lain.
Azizah menarik muka masam. Pada masa yang sama ku rasakan satu cubitan
keras di rusuk sebelah kanan ku. Azizah bingkas bangun dan
terus berjalan pergi. Belum pun jauh dia meninggalkan ku,
dia berhenti sebentar dan berpaling ke belakang sambil melemparkan
senyuman mengodanya.
Hari hari berikut nya Azizah semakin mesra dengan ku.
Kami bergurau senda seperti kawan lama. Setiap empat jam dia akan
membawa empat biji pil yang perlu aku telan bersama segelas air.
Aku lebih suka Azizah yang membawa pil itu untuk aku telan.
Apabila giliran dia yang bertugas, dan memberikan aku pil,
aku akan berusaha untuk melengah lengahkannya supaya aku
dapat mengusiknya lebih lama.
Suatu hari Azizah membawa jarum suntikan bersama nya.
Setelah menarik tirai pengadang mengelilingi katil ku,
dia menyuruh aku mengiring. “Saya hendak Injeck Adi ni. “
“Kenapa pula nak injek Zah ? “ Aku pura-pura tidak faham .
“Denda. Sebab Adi nakal. “
Sebaik saja ku rasa jari-jari halusnya menyentuh bahagian belakang ku,
aku terus menjerit perlahan. “Aduh.. aduh sakit Zah. Sakit. “
“Hai ! belum injek lagi dah sakit. Diam lah.
Tak malu . macam budak kecik. “ Katanya separuh mengejek.
Aku ketawa perlahan. “ Saya memang begitu Izah. Belum kenal orangnya,
dah berkenan. “
Azizah diam. Tapi tugasnya tetap di teruskan. Aku tidak dapat melihat
wajahnya ketika itu kerana dia berada di belakang ku,
sedang membuat persediaaan untuk menyuntik aku dengan jarum suntikan.
“Sudah “ .
Mendengar suara itu, aku berpaling , membaringkan diri sambil terus
menerus menatap wajahnya yang kelihatan serius seolah olah sedang
menyembunyikan senuyuman. Dia kelihatan menarik sekali dalam keadaan
begitu.
“Adi, bangun. “ Dia memerintah sambil menarik sebuah kerusi dan duduk
di tepi katil di sebelah kanan ku. Aku pun bangun dan duduk menyandarkan
belakang ke bantal yang di letakan oleh Azizah. Selepas itu, jari jari
halus nya lincah sekali menanggalkan baju hospital yang ku pakai dan
melepaskannya ke sisi.
“Izah nak buat apa ni ?” Aku bertanya ragu ragu. Malu juga aku rasa
di bogelkan seperti itu. Dalam wad tu bukan aku seorang saja yang ada.
Beberapa pesakit lain juga sedang terbaring di atas katil masing masing.
“Mandi “ . Suara Azizah keras seperti memerintah.
Agaknya dia sengaja mengeraskan suaranya supaya tidak menampakan
kemesraannya pada ku kepada pesakit lain.
Aku tergamam. Baru aku sedar sudah beberapa hari aku tidak mandi.
Saluran plastik yang melekat di dada ku menghalang aku dari mandi.
Lagi pun, aku tidak ada tuala dan kain untuk tujuan itu.
Bagaimana pula aku akan di mandikan kali ini.
Azizah bangun dan pergi. Dia kembali beberapa ketika kemudian
dengan membawa sehelai tuala yang putih bersih di tangannya.
Dengan tuala itu muka, kepala, tangan dada dan perut aku di lap.
Geli geleman juga aku di buatnya. Sungguhpun begitu aku hanya bertahan,
sambil cuba menikmati sentuhan sentuhan kecil tangannya yang kadang
kadang terkena kulit ku.
“Terima kasih Izah. Izah ni bukan saja cantik, tapi juga baik hati.“
Aku mengusik. Sebuah senyuman terukir juga di bibirnya meski pun
senyuman itu cuba di sembunyikan. Sebentar kemudian Azizah
mengeluarkan baju hospital yang bersih dan memakaikan nya pada ku.
“Terima kasih Izah. Sekarang saya rasa lebih selesa “.
Sekali lagi aku berterima kasih setelah baju itu siap di pakaikan.
Azizah pergi lagi tanpa berkata apa apa dan datang semula sebentar
kemudian dengan segelas minuman di tangannya.
“Nah. Minum ni. “ katanya sambil duduk di atas kerusi sebelah katil ku.
“Apa ni Izah ? “ Aku bertanya, walaupun aku dapat mengangak isi gelas
itu dari warna minuman di dalamnya.
“Kata nak susu. “ Katanya sambil menyuakan gelas itu ke bibir ku.
“Susu ini saja yang ada. Botol tidak ada di wad orang dewasa ni.
“ Katanya mengingatkan usikan ku ketika pertama kali aku minta
minuman dari nya. Aku mengambil peluang menghirup minuman itu
sambil merenung matanya. Walau pun anak matanya memandang gelas
minuman ditangannya, aku tetap dapat menikmati keayuan wajah jururawat
yang manis itu.
Aku memegang tangan nya setelah puas minum. Jari jari halus itu ku usap
perlahan lahan sambil menolak tangan nya ke samping.
Izah tak berkata apa apa . Dia juga tidak cuba melarikan tangan nya
dari gengaman ku.
Suatu petang Azizah datang melawat ku pada waktu rehat.
Dia memakai baju kurung berwarna biru lembut, warna kegemaran ku.
Dia kelihatan lebih anggun dari masa ketika dia bertugas.
Aku memandangnya. Kami berbual sepanjang tempoh waktu lawatan itu.
Dia banyak bertanya tentang diri ku. Mula mula aku ceritakan
bagaimana aku boleh terlibat dengan kemalangan yang membawa aku
berada di situ.
“Lain kali naik motor kena lah berhati hati. Jangan sampai kemalangan
lagi. “ Katanya memberi nasihat selesai aku bercerita.
“Kan bagus kemalangan. Dapat jumpa Izah selalu. “ Kata ku menduga
perasaannya.
“Hish ! Adi ni, orang minta selamat, dia pula minta bala.“
Tingkahnya seperti orang merajuk.
Seterusnya aku menceritakan tentang beberapa kisah kehidupan.
Mula mula kuceritakan pengalaman ku bekerja dengan bot nelayan.
Kemudian ku ceritakan kisah aku bekerja di sebuah kilang kasut
di Alor Setar. Seterusnya ku ceritakan bagaimana aku melakukan
beberapa jenis pekerjaan lain sehingga aku masuk ke Universiti.
Aku juga tidak lupa menceritakan bagaimana kehidupan ku di Unviersiti.
Azizah seolah olah tenggelam menghayati cerita ku yang tidak putus putus. Aku terlalu asyik bercerita hingga aku tak sedar waktu mana air mata nya tergenang dan mengalir di pipi.
“Izah, maafkan saya Izah. Saya telah membuatkan Izah sedih.“
Aku menyatakan kekesalan ku.
“Tidak Adi, Adi tak perlu minta maaf. Cuma Izah yang tak dapat
menahan sebak. Aku terdiam melihat keadaan itu.
Azizah juga diam. Aku lah yang memecahkan kesunyian setelah beberapa
ketika kami sama sama membisu.
“Izah, Nak tanya sikit boleh tak ? “ kata ku separuh berbisik.
Azizah menggerakan badannya supaya lebih dekat ke katil tempat aku
terbaring.
“Semasa saya pengsan, siapa yang tanggal kan pakaian saya ? “
Azizah yang tadi kelihatan sedih tertawa mengikik, tetapi tidak
terlalu kuat. Sungguh pun begitu, kedua bahunya bergoncang sementara
kedua tapak tangannya menutup bibirnya seperti tidak ingin
gigi putihnya yang tersusun rapi itu di lihat orang.
Badannya bergoyang kedepan dan kebalakang silih berganti hinggakan
rambut nya yang panjang terjuntai itu sesekali menyentuh bahu ku.
Tiba-tiba, “Aduh ! Sakit ni Izah. “ Aku terjerit kerana merasakan
kesakitan pada peha kanan ku.
“Tu la. Adi ni nakal sangat. Rasakan. “ Katanya manja.
“Janganlah cubit Izah. Sakit. Kalau nak cubit pun , cubit la tempat
luka tu. Boleh lah saya tinggal di sini lebih lama lagi.“
Aku mengusik nya.
Azizah terdiam. Perlahan lahan di mengusap peha kanan ku di bahagian
yang masih bertampal dengan plaster menutupi jahitan luka.
Wajahnya kelihatan seperti dalam keadaan rissau. “Izah harap Adi
cepat baik. Bila Adi keluar dari sini, kita kan masih boleh berjumpa. “
Aku terdiam. Fikiran ku bercelaru. Banyak yang ku fikirkan tentang
kata kata Azizah itu. Mungkin kah aku akan dapat bertemu dengannya
selepas ini. Izah terlalu mengharap Izah. Buat masa ini,
aku bukanlah orang yang sesuai untuk di buat teman.
Aku tidak mahu membawa orang lain menempuh kerenah hidup yang tidak
menentu bersama ku. Biar lah aku sendiri Izah.
Izah terlalu baik untuk menemani ku.
“Adi, kenapa Adi. Kenapa Adi menangis ? “
Tiba-tiba aku merasakan ada jari halus yang mengusap pipi ku dengan tisu. Dan bila aku berpaling mataku terpandang wajah Izah di sebelah ku. Aku tidak sedar waktu mana air mata ku mengalir.
“Tak apa-apa Izah. Cuma mata ku terasa pedih. “
Aku cuba juga mengukir sebuah senyuman sambil menjeling ke arahnya
untuk cuba menyembunyi kan gelora yang bermain dalam fikiran ku.
|
Seorang Anak Kampung
Jodoh Bujang Solo
Matinya sekeping hati
Bertemu Kekasih
DI Pasar Sandakan 1985
Di Ganggu Kenangan
Baju Berbintik-Bintik
Kenduri Arwah
Di Bangsal Usang
Merawat Perasaan
Video Nyanyian
Mahligai Impian
Seruling Bambu
Yanti dan Kawan Kawan
Lembaran Kasih
|