Video Puisi
Seorang Kawan Yang Sudi
Seruling Nelayan Solo
Pengalaman yang menggetarkan
Meniti Kehidupan
Nikmat keinsanan
Sekeping potret lama
Suatu Hari nanti
Mengapa aku tidak dapat melupakan
Andainya Kita Tidak Lagi Berpaling 2
Keinginan Ku
Surat-Surat Lama
Surat Cinta Lepas Kawin
Kemesraan
Seorang Dot
Tidak dapat melupakan mu
Terlerai Kasih
Mentafsir Kehidupan
Benih-Benih Kasih
|
DI PASAR SANDAKAN. 1985
"Mari mari. Dua ringgit satu kilo. Dua ringgit satu kilo".
“Boss udang boss. Lima ringgit satu kati".
“Ha! Ini dia! Ikan kayu. Ikan kayu ikan batu. Beli dulu baru tahu.
Yeee..aahh! Mari! Mari! Ikan kayu proton saga. Satu lapan satu kilo".
Begitulah meriahnya keadaan di pasar ikan. Penjual ikan, udang, ketam
tidak putus‑putus berteriak‑teriak untuk menarik perhatian.
Lepas seorang penjual berhenti, penjual lain menyambung pula dengan
suara yang lebih kuat. Sebaik saja penjual itu berhenti yang lain pula
menyambung. Suara lebih lantang lagi.
Begitulah seterusnya hinggakan makin lama suasana menjadi semakin
bising dengan suara penjual ikan mengiklankan ikan mereka.
Akhirnya suara yang berpekik‑pekik itu tidak lagi tentu buah butirnya.
"Pakcik, bahai besar Pakcik." Aku agak terperanjat juga.
Seorang budak laki‑laki bermuka comot menadah satu bekas plastik
merah di hadapanku. Aku menjengok ke dalam bekas merah itu hendak
melihat apa yang hendak ditunjukkannya. Aku tidak nampak apa‑apa pun
di dalamnya.
"Pakcik, bahai besar pakcik," Budak comot itu mengulang lagi
kata‑katanya tadi. Nampaknya ia begitu beria‑ia benar memberitahu
aku bahawa bahainya besar. Mungkin kerana dia masih kecil,
maka dianggapnya bekas plastik yang dibawanya itu besar.
"Ya, Bahai kau besar," Aku menyokong pendapatnya agar dia tidak
berkecil hati. Harapanku biarlah dia segera berlalu dan tidak
terus mengganggu perjalananku.
Harapan ku hampa. Budak comot itu terus menadah bekas kosong itu
di hadapan ku sambil mendongak memandang ku. Matanya yang bulat
besar itu menjadikan mukanya kelihatan lucu. Apatah lagi mata itu
lebih banyak putih dari hitamnya. Aku merenung jauh ke dalam matanya.
Dua pasang mata kini bertemu. Aku mengharapkan satu sinar jernih
terpancar dari mata bulat itu. Tapi sekali lagi harapan ku hampa.
Sebaliknya timbul satu pertanyaan dalam benakku. Apakah kanak‑kanak
sebaya ini sudah melakukan sebegitu banyak dosa hinggakan tidak ada
lagi sinar kesucian terpancar dari dalam matanya? Setahu aku,
kanak‑kanak yang masih belum mencapai akal baligh, yang belum mengerti
akan dosa pahala, mempunyai anak mata yang jernih dan bersinar.
SubhanAllah.
Aku mengatur langkah meninggalkan budak comot itu tercengang sendirian.
Aku menyusup penuh hati‑hati di celah‑celah orang ramai.
Lantai simen dalam pasar itu basah dengan air lumpur.
Perjalanan ku tergendala tiba‑tiba. Dua orang budak penjual bahai
di hadapanku berjalan lambat‑lambat. Lebih kurang sepuluh langkah
di hadapanku seorang gadis manis berbaju kurung biru nampaknya begitu
berhati‑hati melangkah. Dia teliti sekali memilih tempat yang sesuai
untuk meletakkan kakinya. Aku merenung jari‑jari halusnya menggenggam
kain sarong yang dipakainya sambil berusaha menghalang kain itu
daripada mencecah simen.
“Aduh! Cantiknya! " Entah bagaimana kata‑kata itu terkeluar dari bibirku.
Gadis berbaju kurung biru itu terhenti tiba‑tiba.
Mukanya terangkat ke atas. Mata kami bertemu. Lemah seluruh anggota ku.
Semangat ku terbang ke puncak Gunung Kinabalu. Seketika itu juga kami
sama‑sama tersenyum. Gadis berbaju kurung biru itu meneruskan
langkahnya perlahan‑lahan. Aku terus mengamati tiap lenggang lenggoknya.
Jalannya menjadi kekok dan tidak begitu teratur lagi.
Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Sambil dia berselisih di sebelah ku,
dia berpaling sambil melemparkan sebuah senyuman yang disertakan
dengan sebuah jelingan romantik. Aduh! Tersirap darah ku.
"Siapa namamu? Di mana rumahmu?" Pertanyaan itu bermain dalam
kepala ku yang kini sudah tidak menentu.
Tiba‑tiba,"Pakcik ! Limpas!"
Aku berpaling ke belakang. Seorang kanak‑kanak membawa sebuah
kotak besar meminta aku memberi jalan. Nampaknya kotak itu sangat
membebankannya. Aku mengelak ke tepi memberi jalan padanya.
Dalam hati aku menyumpah, " Panggillah aku abang! "
Aku meneruskan perjalanan ku. Aku masuk ke bahagian orang menjual
sayur‑sayuran. Di sini keadaan lebih selesa dari pasar ikan.
Lantai simennya kering. Sebaik saja aku masuk ke ruang itu,
kakak yang menjual kelapa dan bahan‑bahan dapur lain di sebelah kiriku
berdiri sambil mengikut langkah ku dengan matanya.
Aku melemparkan senyuman biasa kepadanya smabil menganggukkan kepala.
Biasanya aku singgah di situ membeli kalapa parut atau bawang.
Tapi kini aku tidak singgah di gerainya kerana aku tidak berminat
membeli apa‑apa dari situ. Aku berjalan terus. Seorang gadis penjual
sayur yang masih jauh di hadapan sana memberikan perhatiannya pada ku.
Bibirnya menyukir senyum. Aku membalas senyumannya itu dengan
mengenyitkan mata kiriku.
"Cikgu, Kobis." Gadis penjual sayur itu mempelawa aku membeli kobis
jualannya bila aku hampir dengannya.
"Ya". Aku menjawab sepatah.
"Kacang?" Dia menambah lagi.
"Ya." Aku memberi jawapan yang sama.
"Terong, sawi, tomato."
"Ya. Aku tahu. Itu kobis, itu kacang, yang ini sawi,
yang dalam plastik itu tomato". Aku membalas sambil menunjukkan
sayur‑sayuran yang berkenaan.
"Beli ya! " Sahutnya separuh menjerit.
"Aku tak pandai mamasak ba."
"Adik cikgu ada. Dia boleh masak." Gadis itu cuba memujuk aku membeli
sayurnya.
"Adik ku tak ada. Dia pergi K.K." Aku cuba mengelak.
"Cikgu. Telur. " Tiba‑tiba adik kecil yang membantu ibunya bersuara.
Aku berpaling kepadanya.
"Ya. Satu bungkus." Aku meminta sambil mengeluarkan wang dari sakuku.
“Ada berapa biji telur dalam plastik ini ? “ Aku sengaja bertanya
adik kecil itu.
Adik kecil itu tersenyum menampakkan giginya yang tersusun rapi.
“ Ada sepuluh “ Katanya sambil mengikat bungkusan plastik itu dengan
rapi.
“Tahu tak berapa yang akan tinggal bila sampai di rumah nanti ?
“ Aku mengajukan pertanyaan kepada adik kecil itu.
“Tentulah lah sepuluh juga. “ Katanya separuh menjerit.
Ibu nya kelihatan tersenyum memandang ku.
“Salah. Bila saya sampai di rumah nanti , telur ini akan tinggal
sembilan sahaja. “ Kata ku sambil memandang jauh ke dalam matanya
yang comel itu.
Dia menyerahkan bungkusan telur itu kepadaku dan aku membayar harganya.
Sementara itu mukanya kelihatan tercengang dan hairan.
"Kenapa cikgu?"
"Pecah!". Aku menjawab sambil merenung matanya.
Adik berkulit hitam manis itu ketawa, jelas menampakkan lesung pipitnya.
Aku teringat lesung pipit adikku."
Ah! Lesung pipit adikku lebih cantik. " Bisik hati kecilku.
“Hish ! Cikgu ni. Masakan boleh pecah jika cikgu yang membawanya.
Orang lelaki kan pandai membawa telur.“
Gadis penjual sayur mencelah sambil tersenyum penuh makna.
Mulanya aku ingin bertanya apa bezanya lelaki dan
perempuan mambawa telur. Melihatkan gelagat ibu adik kecil yang
menjual telur seolah-olah ada sesuatu disebalik komen gadis sayur itu,
aku terdiam.
"Cikgu, ambillah kobis cikgu." Gadis penjual sayur di sebalah terus
juga memujuk ku membeli sayurnya. Kobis yang sudah dimasukkan dalam
bekas plastik itu diunjukkan kepada ku.
Aku ambil juga kobis itu untuk tidak menghampakan harapannya.
Kobis dan telur yang telah aku beli itu ku masukkan ke dalam bekas
plastik besar yang telah sedia menungguku di sebelah.
Budak penjual bahai di sebelah ku terkebil‑kebil matanya menunggu aku
menjelaskan harga bahainya. Dia seperti tidak sabar menunggu.
Aku menyerahkan wang syiling dua puluh sen kepadanya,
mengambil bekas plastik yang sudah berisi dari tangannya dan terus
berlalu dari situ. Dalam perjalanan ke setesen bas,
baru aku dapat fikirkan apa maksud komen gadis tadi yang mengatakan
orang lelaki pandai membawa telur. Aku jadi seperti orang sewel
tersenyum sendirian mengenangkan maksudnya.
“Nakal juga gadis ini ya. “
|
Seorang Anak Kampung
Jodoh Bujang Solo
Matinya sekeping hati
Bertemu Kekasih
Surat Kekasih 1
Surat Kekasih 2
DI Pasar Sandakan 1985
Di Ganggu Kenangan
Baju Berbintik-Bintik
Kenduri Arwah
Di Bangsal Usang
Selepas Risikan
Rawatan Perasaan
Seruling Bambu
Yanti dan Kawan Kawan
Lembaran Kasih
Video
Mahligai Impian
|