Kesepian
Pada tahun 1984, seorang graduan universiti memulakan kerjayanya sebagai seorang guru.
Pemuda berkenaan di tempatkan di sebuah sekolah menengah di Sandakan Sabah.
Guru muda ini bernama Adi dan dia adalah seorang yang suka menyendiri. Mungkin juga
kerana sejak di bangku sekolah lagi dia telah kehilangan ibu dan ayah dan hidupnya banyak di habiskan dengan usaha mencari sesuap nasi disamping memenuhi keperluan pengajiannya di universiti.
Sebenarnya Adi telah lama kesepian. Setelah berfikir dengan mendalam dia pun
mengumpulkan sedikit wang dan mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya.
Masalahnya ialah Adi tidak mempunyai seseorang yang boleh di anggap sebagai teman
istemewa. Ini adalah kerana, semasa di universiti dan di sekolah dia tidak pernah
berpeluang untuk memikirkan tentang teman hidup. Lagi pula fikirnya dia sebagai seorang
lelaki, tentu tidak sukar untuk mencari seorang yang sesuai bagi di jadikan teman hidup.
Lagi pun dia bukanlah seorang yang terlalu memilih. Apa yang penting baginya ialah calon
isterinya cukuplah setakat seorang yang sederhana perwatakannya, tahu menulis dan membaca,
tidak terlalu kaya, berumur antara 20-25 tahun dan pernah bersekolah sekurang-kurangnya
sehingga tingkatan 3. Seboleh-bolehnya calon isterinya hendaklah seorang yang tidak
bekerja. Walau bagaimanapun, dia sanggup mengenepikan syarat ini jika ada yang berkenan
di hatinya.
Memilih teman hidup
Apabila Adi memikirkan calon isteri, dia mula jadi bingung. Pergaulan nya di sekolah
terbatas dengan murid-murid dan rakan-rakan guru. Dia tidak sekali-kali akan mengahwini
murid sekolah kerana pada pendapatnya mereka belum cukup dewasa dan kebanyakkannya masih
kebudak-budakkan. Kebanyakkan rakan setugasnya pula sudah berumur dan sudah berumah
tangga. Yang baru di tempatkan di sekolah itu pula kebanyakan nya sudah bertunang atau
sekurang-kurang nya sedang dalam proses menjalin pertunangan. Sebagai guru , dia tidak
ada masa untuk keluar merisik di mana ada gadis yang berkenan di hatinya. Tambahan pula
dia tinggal di perantauan, tempat yang agak asing bagi dirinya. Jadi tidak ramai orang
yang di kenalinya di sana. Jika ibu nya masih ada, dia tentu tidak teragak-agak
menyerahkan segala-galanya kepada ibunya.
Walaupun begitu, Adi telah bertekat akan berkahwin. Jadi pada cuti akhir tahun 1985, dia
telah pulang ke kampung halamannya yang telah lama di tinggalkan. Dalam penerbangan dari
Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur, dia duduk di tepi tingkap memangdang awan di luar.
Excuse me sir, you want coffee or tea ?
Lamunannya terganggu. Adi berpaling dan matanya bertentang dengan paramugari yang
tersenyum manis menunggu jawapannya.
Coffee….. Thank You .
Sambil menikmati kopi yang dihidangkan, matanya melirik mengikuti perjalanan paramugari
tadi yang beredar melayan penumpang lain.
Sejarah Silam
Tiba-tiba Adi teringat seseorang yang pernah di kenalinya semasa dia bekerja sebagai
nelayan sementara menunggu penggumuman keputusan peperiksaan MCE nya. Walau pun dia telah
berusaha melupakan kan gadis itu, namun entah kenapa wajah paramugari yang hitam manis
itu telah mengembalikan ingatannya kepada kenangan yang ingin di lupakan itu. Kenangan
itu terus menerus mengusik fikirannya sepanjang tempoh penerbangan nya. Dan apabila
kapal terbang mendarat di lapangan terbang antara bangsa Subang, dia pun mengambil
keputusan untuk merisik gadis berkenaan, biarpun hatinya terasa berat.
Dalam perjalanannya menaiki bas dari Kuala Lumpur ke utara , dia tidak banyak berfikir.
Sebaik saja tiba di rumah kakaknya, dia terus meminta kakaknya merisik gadis tersebut
secepat mungkin.
Pada keesokkan harinya , Adi telah pergi ke Pulau Pinang untuk membeli beberapa buah
buku sementara kakaknya ke rumah gadis berkenaan. Dia hanya pulang ke rumah kakaknya
pada hari berikutnya. Berita yang di sampaikan oleh kakaknya agak mengecewakan.
Kata kakaknya, baru dua minggu yang lepas, keluarga tersebut telah menerima pinangan
seseorang.
Bagi Adi kelewatan dua minggu itu sungguh aneh. Sehingga ke hari itu,
masih segar dalam ingatannya, setiap tahun hari lahir mereka berdua
jatuh pada hari dan bulan yang sama, meskipun berlainan tarikh.
Hari lahir Adi sendiri dua minggu selepas hari lahir gadis tersebut.
Agaknya kelewatan hari lahirnya itu merupakan petanda awal kegagalan
risikkan nya.
Selepas Risikan yang mengecewakan itu Adi pulang ke Sandakan
dengan penerbangan yang terawal yang dapat di capainya.
Di Sandakan Adi banyak menghabiskan masanya di rumah sewanya. Masih ada beberapa
minggu sebelum sekolah di buka semula. Apabila dia bosan, dia keluar berjalan jalan
di bandar Sandakan. Tempat yang sering di kunjunginya ialah perpustakaan awam.
Di sana Adi dapat mengenali ramai pelajar sekolah di sekitar Sandakan yang seringkali
meminta tunjuk ajar darinya. Adi sendiri tidak keberatan membantu dan memberi nasihat kepada mereka di mana yang perlu.
Suatu hari ketika dia bejalan-jalan di Bandar Sandakan melihat deretan kedai-kedai dari
jarak dekat, Adi tertarik dengan sebuah kedai yang mempamerkan peralatan komputer.
Apabila dia masuk ke dalam kedai tersebut, jurujual nya menceritakan tentang komputer
yang di jual di situ. Dia tertarik dengan perisian wordstar dan dbase. Dalam fikirannya
dia memikirkan kegunaan perisian tersebut untuk menaip soalan peperiksaan dan juga
memproses markah murid-muridnya.
Setelah berunding dengan pembekal komputer di kedai tersebut dan bersetuju dengan
harganya dia terus pergi ke bank yang tidak jauh dari situ dan mengeluarkan wang
simpanan nya, yang sepatutnya digunakannya untuk berkahwin. Wang itu digunakan untuk
membayar harga komputer tersebut. Komputer itu ialah komputer Lingo, Apple II-E
compatible dengan RAM 64 kilobyte. Hard disk tidak ada. Yang ada ialah dua disk drive
yang memacu single sided disket 5¼ inci dengan muatan 180 kb tiap satu.
Sejak itu Adi banyak menghabiskan masa mempelajari dan mengkaji penggunaan komputer
tersebut. Apabila sekolah di buka semula, dia sudah menguasai selok belok penggunaan
komputer tersebut yang digunakan sepenuhnya dalam kerja-kerja perguruannya.
Adik manja
Semasa dia berkunjung ke perpustakaan awam Sandakan, salah seorang murid sekolah
yang di kenali nya ialah Yanti. Yanti ialah seorang pelajar tingkatan 3 di sebuah
sekolah menegah perempuan di Sandakan. Yanti boleh dikatakan sangat akrab dengan
guru muda ini. Hubungan mereka boleh di katakana seperti adik dengan abang. Yanti
sendiri jarang membahasakan guru itu dengan panggillan cikgu seperti kebanyakan murid
lain sebaliknya memanggilnya abang. Guru itu sendiri melayan Yanti seperti adik nya.
Yanti berdarah kacukkan. Emaknya Dari suku kaum khadazan dan ayahnya orang cina. Nama
rasminya ialah Soo Nyuk Tow. Dia menganggap dirinya seorang Islam dan menamakan
dirinya Surianty binti Abdullah. Yanti ialah nama panggillannya.
Yanti tinggal dengan ibunya bersama dengan seorang kakak, seorang abang dan seorang
adik perempuan. Ayahnya pula telah lama menghilangkan diri entah ke mana. Tempat
tinggal mereka ialah rumah panjang yang di dirikan ditepi laut. Rumah panjang itu
mempunyai banyak bilik dan mereka sekeluarga tinggal dalam salah satu dari bilik itu.
Pada hari-hari minggu, Adi dan Yanti sering bertemu di setesen bas Sandakan. Dari situ
mereka sama-sama berjalan ke pasar yang tidak jauh dari setesen bas tersebut.
Masing-masing
membeli barang-barang dapur mengikut keperluan mereka. Harga hasil laut dan sayuran di
Sandakan adalah murah jka di bandingkan dengan di Kuala Lumpur atau di Bandar-bandar lain
di semenanjung Malaysia. Harga udang harimau yang panjangnya 10 cm setiap seekor, biasanya
RM 7.00 sekilo. Kadangkala lebih murah lagi. Kebanyakkan jenis ikan pula berharga tidak
lebih dari RM 3.00 sekilo. Ikannya pula masih segar dan besar.
Yanti selalunya membeli sedikit ikan dan sayur. Jika dia membeli ayam, dia membeli ayam
yang disembelih secara Islam. Katanya, Dia dan kakaknya telah bersetuju untuk mengawal
masakan dan makanan di rumah mereka supaya mereka boleh memastikan semuanya halal
mengikut cara Islam.
Hati yang terusik
Suatu hari minggu, Adi menunggu Yanti seperti biasa. Dia sudah arif benar dengan bas yang
membawa Yanti ke Bandar itu. Apabila bas itu tiba dan berhenti di tempatnya, mata Adi
memandang seorang demi seorang penumpang yang turun. Malangnya Yanti yang di tunggunya
tidak ada. Sebaliknya kakaknya pula yang muncul. Kakak yanti bernama Shally.
“ Shally, mana Yanti ? “ Adi menyapa .
Shally tersipu-sipu. Dia agak pemalu orangnya. Sunguh pun Adi dan Shally saling
mengenali,
namun mereka jarang berbual.
“Yanti tidak datang hari ni. Katanya malas” . Shally menjawab sambil tunduk sehingga
rambutnya yang separas bahu itu menutupi sebelah matanya yang galak.
Adi tersenyum. Dia terus merenung Shally sehingga gadis itu merasakan segala tingkah nya
tidak kena. “ Jadi hari ni, Shally yang akan ke pasar ? “ .
Shally tidak menjawab. Sebaliknya dia melemparkan senyum dan mengangguk. Seterusnya
Adi dan Shally berjalan bergandingan menuju ke pasar yang tidak jauh dari situ.
Sepanjang tempoh mereka membeli belah di pasar, Adi banyak bercerita. Shally pula lebih
banyak tersenyum dan mengiyakan saja cerita Adi. Mungkin kerana dia masih rasa kekok bersama Adi. Pada hari itu, Adi menemani Shally sehingga shally menaiki bas untuk pulang ke rumahnya. Adi sendiri tidak membeli apa-apa untuk di masak. Sebaliknya dia singgah di sebuah kedai makan untuk memenuhi keperluannya.
Sejak dari hari itu, Adi semakin mengambil berat tentang Shally. Setiap kali dia bertemu
dengan Yanti, dia tidak pernah lupa bertanyakan tentang Shally. Hanya sebulan dua
selepas itu, Yanti yang sedang meningkat remaja itu dapat mencium apa yang tersirat
di sebalik pertanyaan-pertanyaan Adi tentang kakaknya.
“ Jika abang ada pesanan istemewa tertentu untuk kakak, cakap lah”. Kata Yanti pada
suatu hari. Bibirnya tidak berhenti mengikir senyum menampakkan lesung pipitnya yang
menarik di pipi.
“Pesanan istimewa yang bagaimana maksud Yanti ? “. Adi cuba menyembunyikan riak
terperanjat di wajahnya.
“Eeee. Abang ni . Purak-purak pula. “ Kata Yanti dengan telo Indonesia. “Jika abang nak
Yanti jadi orang tengah, cakap saja lah. Yanti tak sabar nak dapat abang ipar “.
Adi hanya tersenyum mendengar tawaran Yanti itu. Ketika itu dia baru sedar gadis sunti
itu sudah meningkat remaja dan semakin dewasa. Dia membiarkan adik angkatnya yang
nakal itu menunggu sambil merenung matanya yang galak itu.
“Boleh kan bang”. Yanti mendesak.
“Nantilah. Abang akan cakap sendiri padanya bila tiba masanya ”.
Yanti kelihatan sungguh gembira mendengar jawapan itu. “Abang janji tau “ .
“Ya lah, abang janji”.
Jinak merpati Sejak dari hari itu Adi bersungguh-sunguh memikirkan kemungkinan memperisterikan
Shally. Segala baik buruk nya di pertimbangkan dengan teliti. Akhirnya dia berazam untuk
melalui apa saja kemungkinan yang akan berlaku dan membuat keputusan untuk memenuhi
janjinya dengan Yanti. Lalu dia menyampaikan pesanan melalui Yanti untuk bertemu dengan
Shally. Pertemuan itu berlaku di sebuah taman di belakang bangunan dewan masyarakat
Sandakan. Mereka duduk di atas sebuah bangku batu. Sambil menikmati hembusan angin petang dari laut Sulu, Adi menceritakan sedikit sebanyak tentang dirinya. Akhirnya, dengan penuh harapan Adi menyampaikan hasrat di hatinya.
“ Shally, mahu kah Shally jadi isteri saya ? “
Setelah beberapa lama Shally mendiamkan diri, dia pun berkata, “ Cikgu, sebenarnya,
saya bukan hendak menghampakan cikgu. Cuma saya rasa saya masih terlalu muda dan belum
bersedia untuk kawin. Lagi pun cikgu, saya masih ingin belajar. “
Adi diam seketika mendengar jawapan Shally yang berterus terang itu. Fikirnya betul
juga apa yang di katakan oleh gadis kacukan cina khadazan di sisinya itu. Sebentar
kemudian Adi memandang Shally sambil tersenyum. “Baguslah jika Shally berfikir begitu.
Saya harap Shally akan terus menjadi kawan saya. “
Selepas hari itu, Adi membeli sebuah kereta terpakai. Dia Adi tidak lagi menaruh
harapan terhadap Shally. Walau bagaimana pun persahabatan Adi dengan keluarga Yanti
semakin erat dan mesra. Seringkali Adi membawa Yanti atau Shally untuk menjadi pemandu
pelancongnya bersiar-siar di sekitar daerah Sandakan. Kadang kala adik mereka yang
bongsu , Azila ikut bersama. Anehnya hubungan mereka semakin mesra. Shally tidak lagi
kekok ketika bersama dengan Adi. Namun dia tetap menolak dengan baik setiap kali Adi
cuba memujuknya untuk menerima lamaran. Walau pun hanya untuk bertunang dahulu.
Salah Pendekatan
Walaupun Adi tidak lagi mengharapkan Shally untuk menjadi isterinya, dia terus juga
memikirkan hasratnya untuk berkahwin. Pada pertengahan tahun 1986, ada dua orang guru
baru di tempatkan di sekolah tempat Adi mengajar. Adi tertarik dengan salah seorang
daripada guru itu. Mengenali rakan setugas adalah satu perkara biasa dalam mana-mana
organisasi. Setelah beberapa bulan guru itu bertugas di sekolahnya, Adi berterus terang
menyatakan hasratnya untuk memperisterikan guru tersebut. Guru itu tidak memberikan
jawapan segera. Sebaliknya dia menyampaikan pesanannya melalui rakannya beberapa hari
selepas itu. Kata rakannya guru tersebut tidak mahu berkahwin dengan Adi kerana Adi
tidak sopan. Penilaian ini berdasarkan tindakan Adi yang menyatakan sendiri hasratnya.
Sepatutnya dia menghantar kan wakil untuk mewakilinya bagi menyatakan hal tersebut.
Adi tidak berkata apa-apa. Dia tahu, jika hendak di berikan alasan, seseorang itu boleh
mencipta seribu satu alasan untuk tidak menerima sesuatu. Dan alasan itu sudah
semestinya sesuatu yang akan menyinggong perasaan dan menjurus ke arah persengketaan.
Dan dia mempunyai sebab nya tersendiri untuk bersyukur di atas penolakkan lamaran nya
itu.
Beberapa hari selepas itu, Adi membeli sebuah lagi komputer. Komputer ini adalah IBM
compatible dengan processor 8088 dan RAM 640 kb. Sistem ini jauh lebih laju dibandingkan
dengan Lingo .
Serba Salah
Pada tahun 1987, Adi menjual keretanya dan bertukar ke Kota Kinabalu. Di sana dia
bertugas di sebuah sekolah Berasrama Penuh. Di sekolah tersebut dia tertarik dengan
seorang guru yang sama-sama bertugas dengan nya di sekolah itu. Setelah mengenalinya
beberapa lama, pada awal tahun 1989, melalui seorang wakil yang boleh di percayai,
Adi melamar guru berkenaan. Namun jawapan yang di terimanya juga adalah negetif.
Apa yang menyedihkannya ialah penolakkan itu di sertakan dengan alasan bahawa dia
seorang yang penakut kerana di katakan tidak berani menyatakan sendiri kehendaknya.
Sama seperti kes-kes terdahulu, Adi tidak memberi apa-apa respond terhadap komen yang
di berikan. Dia pergi ke pasar Kota Kinabalu, membeli udang harimau, sedikit sayuran
dan cili padi. Di sebuah kedai menjual alat letrik Adi membeli sebuah blender jenis
Philips. Pulang ke tempat tingalnya, (Bilik warden di asrama sekolah) Adi memasak beras,
menggoreng udang (satu-satunya masakan yang dia tahu buat) dan menghancurkan cili padi
dengan blender yang di beli nya itu. Apabila semuanya siap, dia makan sepuas-puasnya
sehingga kenyang. Kemudian dia tidur dengan nyenyak hingga keesokkannya.
Baca Buku
Satu tabiat Adi yang sukar ditinggalkannya ialah membaca buku. Dia tidak membaca
sebarang buku. Mungkin juga disebabkan dia guru fizik, dia banyak membaca buku buku
fizik. Antara tajuk-tajuk yang menjadi perhatiannya ialah berkaitan dengan Atomic
Physics, Quantum Machanics, Electricity, Electronics, Laser Physics, Nuclear Physics.
Mungkin juga di sebabkan ketika itu tidak ada universiti di sabah, maka sukar baginya
untuk membeli buku-buku berkenaan di kedai kedai buku di Kota Kinabalu. Hanya di kedai
buku Rahmat ada menjual sedikit buku-buku sains dan technology. Itu pun hanya terdapat
buku-buku yang sudah lama dan agak ketinggalan.
Pada suatu hari jumaat 19 mei 1989, cuti hari wesak, Adi menaiki kapal terbang ke Subang.
Tujuannya ialah untuk pergi ke kedai buku di universiti Malaya dan membeli beberapa
buah buku. Di Kuala Lumpur, dia tumpang bermalam di rumah seorang kenalannya semasa di
universiti bernama Jani. Pada malam itu, selepas makan malam, ketika dia dan Jani sedang
berbual sambil menonton TV, Jani menerima satu panggilan telefon. Selepas bercakap
beberapa minit Jani mengajak dia pergi ke rumah seorang kawannya. Dalam perjalanan ,
Jani menceritakan bahawa kawannya ada sedikit masalah dengan komputer nya.
Sampai di rumah kawan Jani, Adi membantu jani memeriksa komputer kawannya dan memulihkan
system operasinya. Setelah siap mereka duduk berbual sambil bercerita tentang kerja
masing-masing. Sedang mereka berbual-bual , tiba-tiba dari arah dapur, muncul seorang
gadis menatang sebuah dulang berisi minuman. Mata Adi terpaku ke arah gadis tersebut
tanpa berkedip. Renungan matanya mengikuti setiap langkah gadis tersebut dengan penuh
minat. Ketika gadis itu berada di hadapannya, kelihatan tangannya yang putih bersih itu
sedikit menggeletar mengangkat cawan minuman dan meletakkan di atas meja. Sebelum
beredar, matanya sempat melirik , membuatkan Adi tersentak.
“Jemput minum. Hanya kopi kosong saja” . Tuan rumah mempelawa.
Adi mencapai cawan di hadapannya sambil tergagap-gagap berterima kasih. Dalam perjalanan
pulang ke rumah Jani, Adi tidak banyak bercakap sehinggakan Jani rasa pelik.
“ Kenapa kau ni Adi? Sejak tadi aku nampak kau ni seperti hilang akal saja . “
“Tak ada apa-apa. Cuma aku tertinggal sesuatu dirumah kawan kau tadi. “ Kata Adi memberi
alasan.
“Jangan risau, esok kita pergi ambil. Sekarang ni dah malam. Orang nak tidur. “
Jani cuba menenangkan Adi.
Nekat
Pagi esoknya, hari sabtu, Jani membawa Adi ke rumah kawannya semalam. Apabila sampai
mereka di jemput masuk dan duduk. Jani menyatakan maksud kedatangan mereka pada pagi itu.
Apabila ditanyakan kepada Adi tentang barangnya yang di katakan tertinggal itu, Adi
pun menceritakan sedikit tentang latar belakang dirinya. Dan menyatakan hasratnya ingin
berbual dengan ayah atau waris gadis yang membawa minuman semalam. Kebetulan ayah kepada
gadis tersebut ada bersama di rumah itu lalu dia di panggil keluar. Setelah Adi
memperkenalkan dirinya, dia pun berkata,
“Jika pakcik dan keluarga pakcik tidak keberatan, saya sukalah handak menjadi ahli
keluarga. Saya sangat berharaplah untuk mengetahui keputusannya hari ini juga kerana
malam ini saya terpaksa balik ke Kota Kinabalu sebab saya ada kerja.“
Mendengar kata-kata Adi yang disampaikan dengan penuh yakin itu, fahamlah mereka
apa maksudnya. Lantas mereka pun minta izin untuk membincangkan perkara tersebut dengan
ahli keluarga mereka.
Sementara keluarga itu berbincang di dalam, tinggal lah Adi dan Jani di ruang tamu rumah
itu. Mereka sama-sama mendiamkan diri. Disamping diam, Adi menanti dengan penuh
debaran. Selepas hampir dua jam, yang di rasakan Adi seperti sangat lama, kawan Jani
dan ayah gadis tersebut pun muncul di ruang tamu bersama dengan beberapa orang lagi yang
belum pernah Adi jumpa, termasuk gadis semalam yang kelihatan tersipu-sipu melirik ke
arah anya. Mereka kelihatan memandang Adi dari atas ke bawah dengan penuh minat. Adi
pula rasa seperti seorang banduan yang menanti hukuman.
“Beginilah cikgu. Kami sekeluarga telah berbincang dan memahami tujuan cikgu. Kami
percaya cikgu benar-benar ikhlas hendak merapatkan hubungan siratulrahim dengan keluarga
kami. “ Begitulah ayah gadis semalam mengatur kata-kata. Seterusnya ayah gadis tersebut
memperkenalkan ahli keluarga mereka seorang demi seorang. Dan akhir sekali,
ayah gadis tersebut menyatakan persetujuan mereka untuk menerima lamaran Adi.
Adi menerima keputusan itu dengan cukup gembira. Namun dia masih tetap bertenang dan
tidak terlalu menonjolkan kegembiraannya. Sungguh pun begitu, Adi tidak dapat mengelak
dari merenung dan menikmati kecantikan calon isterinya yang sepanjang masa menundukkan
muka kerana malu. Sungguhpun begitu, senyumannya tetap sentiassa bermain di bibirnya yang
mungil itu.
Setelah menetapkan syarat-syarat perkahwinan nya, Jani membawa Adi ke bank dan
seterusnya ke kedai emas. Dalam perjalanan, Jani sempat bertanya Adi, “Kau kata kau
tertinggal barang di rumah tu ? Barang apa “ Jani cuba menempelak .
“Hati aku. “ Adi menjawab pertanyaan jani, walaupun Jani tahu jawapanya sekali pun
tidak di beritahu.
Adi membeli sebentuk cincin emas dan di hantar kepada keluarga berkenaan sebagai
tanda pertunangan seperti mana kebiasaannya orang bertunang.
Resah di Hati
Pada malam itu Adi pun berangkat pulang ke Kota Kinabalu. Hasratnya hendak membeli buku
di lupakan terus. Dalam penerbangan, Adi hanya duduk di kerusi sambil tersenyum
sendirian. Dia seperti tidak percaya yang akhirnya dia akan berkahwin juga meski pun
ketika itu umurnya sudah agak lanjut (32 tahun). Dia terfikir kenapa sebelum ini tiada
seorang pun yang sudi menerima pinangannya. Apa kah ada sesuatu yang tidak kena dengan
dirinya.
Tiba-tiba Adi berubah wajah. Persoalannya kenapa. Kenapa pula sekarang ianya begitu
mudah ? Jika sebelum ini Adi mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya,
sekarang apa pula yang tidak kena dengan gadis itu. Persoalan itu terus menerus bermain
dalam benak nya. Keriangan yang sebelum ini bermain di hatinya bertukar menjadi cemas.
Untuk berpatah balik sudah terlambat. Dia telah berjanji. Dan janji itu menuntut di
tunaikan. Dan dia bukanlah orang yang tidak menepati janji. Lebih-lebih lagi dalam
perkara yang besar ini. Dia tidak akan sekali-kali memalukan dirinya dan orang lain
dengan mempersoalkan perkara-perkara yang telah di janjikan. Setibanya di Kota Kinabalu,
dia telah bulat tekat untuk meneruskan hasratnya berkahwin dengan gadis tunangannya
biar bagaimana sekali pun keadaan gadis itu. Dan dia bertekat akan menempuh apa juga
dugaan yang mungkin akan datang. Biar apa pun yang bakal terjadi, dia akan tetap berusaha
untuk memberikan sepenuh kasih saying kepada isterinya dan membahagiakan rumah tangga
yang bakal di dirikan itu nanti. Begitulah fikirnya.
Perkahwinannya telah di tetapkan akan berlangsung pada 1 hb. Ogos 1989, iaitu semasa
cuti persekolahan selama seminggu. Sementara itu Adi perlu membuat beberapa persediaan
tertentu. Yang paling penting ialah mendapatkan surat pengesahan dari pejabat kadi Kota
Kinabalu. Sebelum kadi mengeluarkan surat pengesahan bujang tersebut, Adi di kehendaki
menunjukkan surat mpengesahan dari pengetua sekolah menyatakan dia adalah seorang yang
masih bujang dan belum pernah berkahwin. Pada mulanya Adi tidak ingin menghebahkan
perkahwinannya. Namun, dia terpaksa memberi tahu pengetua sekolah nya tentang
perkahwinannya kerana keperluan menunjukkan surat pengesahan berkenaan kepada kadi.
Seperti kebiasaannya pengetua tidak menaip sendiri surat tersebut. Ianya di serahkan
kepada jurutaip sekolah. Mula-mula berita itu heboh dalam pejabat sahaja. Tak lama
kemudian sampai dalam bilik guru. Akhirnya heboh dalam satu sekolah. Maka ramailah
rakan-rakan setugas dan murid-muridnya mengucapkan tahniah.
Dugaan
Adi hanya mampu mengucapkan terima kasih di atas keperhatinan rakank-rakan setugas dan
murid-muridnya. Di sebalik wajah nya yang ceria melayan teguran dan usikan rakan setugas,
dia tetap berasa bimbang tentang tunang nya yang bakal menjadi isteri. Sekali pun dia
berusaha memujuk hatinya menolak kemungkinan-kemungkinan yang tidak baik tentang
tunangnya itu, persoalan yang bermain di benak nya sejak dalam penerbangan pulang dari
Kuala Lumpur terus menerus mengusik ketenangan hidupnya.
Dalam keadaan yang sedemikian, ada seorang rakan setugasnya yang tiba-tiba merayunya
supaya membatalkan pertunangannya dengan gadis di KL itu. Rakan setugasnya ini dengan
berani memujuk Adi supaya berkahwin dengan nya sahaja. Namun Adi yang selama ini hanya
mengangap reakan tersebut hanya rakan setugas seperti guru-guru lain, menolak
mentah-mentah rayuan itu. Ini menyebabkan hubungan nya dengan guru tersebut agak
renggang.
Tibalah hari yang di nantikan dengan penuh debaran. Adi pulang ke kampungnya di utara.
Dia hanya membuat persiapan yang ala kadar. Membawa bersamanya tiga orang pengiring
menaiki bas ke Kota Bahru sehari sebelum tarikh pernikahan yang telah di janjikan.
Di Kota Bahru mereka berehat di sebuah rumah rehat dan setelah membuat persiapan
sewajarnya, rombongan mereka yang kecil itu bertolak ke Pasir Putih dengan menyewa
sebuah Teksi berpandukan panduan yang di berikan oleh keluarga tunangnya sebelum itu.
Dan pada petang 1 hb. Ogos 1989 itu selamat lah Adi di ijabkabulkan oleh kadi jajahan
pasir putih.
Malam Pertama
Adi di jadual bermalam di rumah mentuanya pada malam itu sementara pengiring-pengiring
nya balik ke rumah tumpangan di kota Bahru dan akan pulang keesokkannya dengan menaiki
bas. Menjelang kemunculan malam pertama, Adi semakin cemas. Pada malam itu Adi
bersembahyang magrib di dalam bilik pengantin. Selepas sembahyang, dia duduk berdoa
memohon menegohkan Imannya dan memberikan nya kesabaran untuk menempoh kehidupan
berumah tangga yang mulai di laluinya. Selepas berdoa, Adi terus duduk berteleku
di atas sejadah, dengan berbagai persoalan berkisar dalam mindanya. Tiba-tiba ,
“Cikgu, marilah keluar ke dapur, kita makan. “
suara lunak itu mengejutkan Adi. Dia agak tergejut. Namun wajahnya yang sejak tadi tidak menentu mula menampakan kecerian. Perlahan-lahan dia berpaling memandang ke arah suara itu sambil berdiri. Gadis berkulit bersih di hadapannya tunduk malu-malu sambil memainkan jari-jarinya yang halus itu. Gadis itu tidak berganjak dari tempatnya apabila Adi mendekatinya dan dengan lembut memeluk gadis itu sambil mengusap rambutnya perlahan. Adi tidak tahu apa yang hendak di katakan kepada isterinya itu. Dia hanya membisik kan ucapan terima kasih kerana kesudian isterinya menerima nya sebagai suami. Ketika itu Adi sudah menjadi tenang. Segala keraguan di benaknya selama ini lenyap tiba-tiba. Dan dia merasa sungguh gembira dan bahagia kerana pada saat itu tahulah dia bahawa isterinya seorang yang sempurna anggota tubuh badannya, tidak bisu dan tidak pekak.