Video Puisi
Seorang Kawan Yang Sudi
Seruling Nelayan Solo
Pengalaman yang menggetarkan
Meniti Kehidupan
Nikmat keinsanan
Sekeping potret lama
Suatu Hari nanti
Mengapa aku tidak dapat melupakan
Andainya Kita Tidak Lagi Berpaling 2
Keinginan Ku
Surat-Surat Lama
Surat Cinta Lepas Kawin
Kemesraan
Seorang Dot
Tidak dapat melupakan mu
|
DiGanggu Kenangan
Lagu “Di Ganggu Kenangan” persembahan Black Dog Bone berkumandang dari
kotak suara di kantin. Suasana kantin sibuk sekali. Pekerja-pekerja dan
pelayan kelihatan sibuk menyediakan masakan untuk petang itu.
Sekali sekala terdengar pinggan terjatuh ke atas lantai.
Menambahkan lagi keriuhan suasana.
Adi menuangkan air coca-cola ke dalam gelas yang penuh dengan
ketulan ais. Dia menunggu suhu air itu jatuh ke paras kosong darjah
Celsius. Matanya tepat memandang ke hadapan. Pohon pohon hijau yang
membukit di Pulau Jerjak memberikannya satu kedamaian yang sukar
hendak ditafsirkan.
“Tak lama lagi cuti. Ke mana aku nak pergi, “ begitu bisik hatinya.
Adi menegok air coca cola nya. Dua butang bajunya yang paling atas
di tanggalkan. Terserlah dadanya yang di penuhi titik titik peluh.
“kalau dapat kerja dalam masa cuti ni, dapat juga buat lapek perut.
Tapi mana nak cari kerja. Kilang kilang di sini nak orang perempuan
sahaja. Hai, permepuan, kenapa perempuan saja ? Tidak lelaki sama?
Atau lelaki semuanya ? Ah! Zalim. Zalim! Manusia zalim. Majikan kejam!
Tak bertimbang rasa ! Nak suruh lelaki jadi penggangur.
Jadi pencuri. Jadi penyamun ! jadi pembunuh!! Semuanya kerana perempuan.
Lebih baik duduk di rumah. Terperuk di dapur. Lagi baik“
Hatinya gelabah dan memberontak tiba-tiba .
Adi melepaskan geram dalam benaknya sendiri. Perasaannya resah.
Dia sudah dapat mencium bau-bau kecewa jika dia cuba juga mencari
kerja masa cuti nanti. Dia masih ingat lagi pada masa cuti pengal
yang lepas. Hingga lemah seluruh urat saraf anggotanya menjelajah
dari satu kilang ke satu kilang, dari satu kedai ke satu kedai minta
di berikan apa saja kerja. Tapi tak ada satu tempat pun yang sanggup
menerimanya. Akhirnya dia terpaksa menjelajah dari satu masjid ke satu
masjid sehingga cuti tamat.
“Sampai bila aku harus menumpang? Sampai bila aku harus jadi musafir,
merempat dari satu masjid ke satu masjid ? Sampai bila aku harus terus
bergantung hidup pada wang biasiswa ? Sampai tamat pengajian ku ?
Ah ! Itu terlalu lama untuk aku tunggu“ .
"kalau lah kedua orang tua ku masih ada, tentu aku tak jadi begini.
Tentu aku boleh bersenang melapangkan fikiran semasa cuti.
Alangkah seronoknya sesekali balik ke kampung, bercerita pada
kawan kawan tentang suasana hidup di kampus “ .
Adi melepaskan keluhan kosong. Lagi sekali dia menyuakan gelas
ke bibirnya. Air hitam dalam gelas itu dihirupnya dengan penuh rakus.
Kemudian isi gelas itu ditambah. Membuak buih buih air naik.
Sedikit demi sedikit buih buih itu hilang meninggalkan air hitam.
Dan sedikit demi sedikit Adi kembali kepada dirinya.
Anak matanya tiba-tiba menjojol keluar. Dia seolah olah terpukau
melihat lenggang lenggok seorang siswi yang sedang berjalan menuju
arahnya.
“Ah! Kau datang lagi. Mangapa kau mesti datang?
Kenapa kau tidak pergi saja ke tempat lain?
Bukankah di antara kia sudah tidak wujud lagi apa apa hubungan ?
Apakah kau tidak mengerti? Setiap kali kau muncul, setiap kali itu
juga ku rasa keliru. Mungkin kau tidak mengerti dengan kekeliruan
dan keseppian yang ku rasakan. Tapi bagi orang yang hidup sendirian
seperti ku, kesepian di saat saat begini amat mengusik perasaan.
Lebih lebih lagi bila mata ku terpandang pasangan-pasangan
“merpati kampus” berjalan jalan nun jauh di sana dekat gelanggang
tenis, sambil bergurauan. Alangkah gembiranya mereka?
Sesungguhnya kesepian yang ku rasakan ini amat sukar untuk di fahami
dan sukar pula untuk di ubati. Kerana ianya melibatkan hati dan
perasaan manusia yang tentunya lebih kompleks dari komponen-komponen
unit komputer kita.
Andainya ketika ini aku berada di dalam bot yang di tambat
di tepi sungai, nescaya aku mencapai seruling bambu ku dan ku mainkan
lagu yang sering ku mainkan dulu. Ketika kita sama sama berbual dan
bergurau setiap kali bertemu. Ah! Alangkah indahnya ketika itu?
Tapi sayang. Keindahan itu kini lenyap dan hilang begitu sahaja.
Jika dulu, bila seruling ku mengalunkan irama nya di waktu petang,
kau tentu akan muncul menemani ku. Tapi kini…… mungkin ular
tedung pun tak sudi mendengarnya.
Kau tahu, seringkali aku merintih, sehingga mengalirkan air mata.
Entah lah mengapa aku harus menitiskan air mata sebagaiman aku
tidak tahu mengapa aku harus bersendirian hingga kini.
Mungkin kau tidak percaya. Tapi itu lah hakikatnya.
Ini bukanlah berarti aku tidak ingin mempunyai kekasih.
Aku juga manusia. Manusia yang mempunyai beranika macam perasaan
termasuklah perasaan cinta yang maha kompleks itu.
Malangnya perasaan cinta yang dulunya begitu menggebu gebu
kini sudah tawar setawarnya. Tidak tinggal lagi walau
sedikit pun sisa sisa gula atau garam untuk memberikan
rasa manis atau masin. Aku sendiri tidak tahu mengapa.
Mungkin garam atau gula itu sudah habis larut dalam cecair
pengalaman ku dan kering dialirkan oleh aliran hidup ku yang
terubang ambing. Kau hairan? Tapi itu lah hakikatnya.
Ah! Kadang kadang ku rasakan lebih baik aku mati dari hidup begini.
Tapi mujurlah. Sungguhpun benteng kesabaran ku telah banyak retak
dan pecah pecah, tapi tiang asasnya masih kukuh dan tegak berdiri,
ditegakkan oleh sisa sisa iman yang bertapak dalam jiwa ku.”
“Aaa……aaa….ya, …. Ya…. Apa ?
Tiba tiba saja Adi tersentak dari lamunannya.
“Aku tanya kau mengapa menangis ?”
Seorang gadis comel menarik kerusi dan duduk di hadapan nya.
“Tak ada apa-apa, Cuma… Cuma….”
“Cuma apa? “
“Tak ada apa-apa. Tak ada apa-apa.”
Adi cepat cepat menghabiskan minumannya dan terus berlalu dari situ.
Ida memandangnya dengan hairan sambil menggeleng gelengkan kepala.
Ida bertekad, cuti antara semester nanti dia akan pujuk Adi
tinggal di rumah nya. Hatinya tidak rela membiarkan Adi terus berkelana. Memusafirkan diri dan hatinya yang kosong dan sepi.
DotSolo
September 1980
Dari kampus USM
|
Seorang Anak Kampung
Jodoh Bujang Solo
Matinya sekeping hati
Bertemu Kekasih
DI Pasar Sandakan 1985
Di Ganggu Kenangan
Baju Berbintik-Bintik
Kenduri Arwah
Di Bangsal Usang
Merawat Perasaan
Video Nyanyian
Mahligai Impian
Seruling Bambu
Yanti dan Kawan Kawan
Lembaran Kasih
|