Video Puisi

Seorang Kawan Yang Sudi

Seruling Nelayan Solo

Pengalaman yang menggetarkan

Meniti Kehidupan

Nikmat keinsanan

Sekeping potret lama

Suatu Hari nanti

Mengapa aku tidak dapat melupakan

Andainya Kita Tidak Lagi Berpaling 2

Keinginan Ku

Lakaran kehidupan

Baju Berbintik Bintik



24 Januiari 2019
3.38 pm
Assalamualaikum…..
T.kasih. berkongsi gambar isteri… memang cantik… dan terima kasih juga pd isteri kerana melenyapkan 27 surat cinta ‘aku’ dulu…. Maka dengan itu berlalulah sebuah sejarah yg. Telah bernoktah… alhamdullillah

Bila aku terima jemputan dari Za, aku agak terperanjat. Aku percaya tentu ayah Ida yang meminta dia menjemput aku. Aku pernah terserempak dengan ayah Ida di pasar KK beberapa tahun yang lalu. Dan dia menjemput aku ke rumah. Aku rasa bersalah tidak memenuhi jemputannya. Jadi aku mengambil keputusan untuk pergi ke majlis itu . Aku telah menjangkakan kita akan terserempak di sana. Sebab itu aku sendirian ke sana. Kebetulan pada hari itu isteri ku ada keperluan ke tempat lain . Aku tidak mahu mengguris hati Isteri ku. Walau pun aku pernah menceritakan masa laluku pada nya dan dia menerimanya dengan hati terbuka, aku tetap berusaha mengelak dari mencalar hati dan perasaannya.

Ida tahu baju berbintik yang ku pakai dalam potret ku . Baju itu aku tenpah dari hasil pertama ku turun kelaut bersama bot pukat jerut Pak Omar. Aku sangat menghargainya. Panggu pertama yang aku terima itu lebih sedikit RM 400 . Aku memberikan RM 100 kepada ayah ku. Satu satunya bakti yang sempat aku sumbangkan pada orang tua ku. Dalam hal ini Ida lebih bertuah dari aku. Ida di beri peluang menabur banyak bakti pada ibu bapa.

Baju itu sudah lusuh benar. Bintik bintiknya sudah banyak yang pudar dan tidak jelas. Baju itu lah yang ku pakai semasa pertama kali mendaftar diri di USM pada tahun 1978. Dan baju itu jugalah yang aku pakai dalam penerbangan ku dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan seterusnya ke Sandakan untuk melapor diri bertugas pada hari pertama. Begitulah tingginya penghargaan ku pada baju petama dari hasil titik peluh ku sendiri.

Sayangnya, disebabkan kelalaian ku sendiri, baju itu tiba tiba hilang selepas beberapa hari aku kawin. Hilang bersama lebih lima puluh sembilan surat surat dari seorang kawan yang ku simpan sejak sekian lama.

Aku tidak pernah bertanya isteriku tentang ketiadaan baju dan surat surat itu sehinggalah suatu hari beberapa tahun kemudian, aku menceritakan pada isteriku tentang pengalaman ku berkerja di bot pukat jerut Pak Omar. Aku pun menyebut tentang baju pertama dari hasil titik peluh ku sendiri itu.

Masa itu lah isteriku menangis dan mengaku dia lah yang membuang baju lusuh itu kerana baju itu sudah terlalu lusuh. Banyak bintik-bintik nya sudah pudar, terutama di bahagian belakang. Sangka nya baju itu tetap dalam simpanan ku dan ku pakai sekali sekala kerana ianya pemberian dari bekas kekasih ku dan aku tidak ingin melupakannya. Aku sendiri rasa pelik, bagaimana baju yang ku tempah pada awal tahun 1975 itu masih selesa ku pakai sehingga tahun 1989. Baju itu seperti membesar bersama fisikal jasmani ku.

Sejak itu aku sangat berhati hati dalam tutur kata ku terhadap isteri ku demi untuk menghindar dari mencalar hatinya. Aku belajar mengawal emosi ku , terutamanya nada suara ku apabila berkata kata bukan saja di rumah, tetapi juga di sekolah. Sungguh pun begitu, aku tetap juga dikenali sebagai guru yang garang di sekolah. Pernah ku bertanya pada rakan sejawat tentang lebal yang diberikan murid murid kepada ku itu. Kata mereka aku tidak pernah mengukir senyum.

Aku agak terkedu mendengar komen itu. Lebih-lebih lagi apabila isteri ku sendiri turut berpendapat demikian bila aku bertanya kepadanya. Katanya dia tak pernah melihat aku senyum dan air muka ku sentiasa kelihatan serius .

Aku rasa sangat bersalah terhadap isteri ku bila mengetahui perkara ini. Sejak itu aku sentiasa cuba memberi senyuman pada nya setiap masa, walaupun aku sering merasakan senyuman ku tidak asli. Ini mengingatkan aku kepada seseorang di USM yang satu ketika pernah minta aku mengukir senyuman untuknya. Dan apabila aku cuba berbuat demikian, dia dan rakannya ketawa. Kata mereka senyuman ku kelihatan lucu. Bila aku mengamati gambar gambar ku yang lama, aku dapati hanya ada satu saja gambar ku yang kelihatan aku tersenyum. Tetapi senyuman dalam gambar itu bukanlah senyuman yang sebenarnya. Ianya lebih kepada ketawa.

Semua surat yang diberi
Disimpan sempurna di dalam peti
Selepas kawin beberapa hari
Semuanya hilang tak jumpa di cari

Malam gelap sunyi sepi
Tiada lampu , pasang pelita
Aku tidak berhati-hati,
Baju ku turut menjadi mangsa.

DotSolo


DotSolo- Physics Teacher

Seorang Anak Kampung

Jodoh Bujang Solo

Matinya sekeping hati

Bertemu Kekasih

DI Pasar Sandakan 1985

Di Ganggu Kenangan

Rawatan Perasaan

Seruling Bambu

Yanti dan Kawan Kawan

Lembaran Kasih

Coretan Seorang Kawan

Video Nyanyian

Mahligai Impian