Sajak
Seorang Kawan Yang Sudi |
Nikmat keinsanan- Istimewa buat
seorang teman
Aku
bukanlah seorang pujangga Yang bijak mengatur kata kata Dan
petah memainkan bahasa Namun ku gagahi jua
Menyusun
bait-bait berirama Sekedar
untuk tidak menghampakan Seseorang
yang penuh mengharap Sesuatu
yang istemewa Dari
seorang yang di anggap sahabat Suatu masa dulu Pernah
aku terbaring di sana Di
katil rawatan Tiada
pula ku rasakan Terasing dari kawan Meski
pun aku bersendirian Mungkin kerana Aku
memang biasa bersaorangan Meniti liku-liku kehidupan Masa
susah dan senang Di setiap kesempatan ku
hanya fikirkan keseronokan di
sebalik setiap kedukaan ku
hayati kebahagian di
samping setiap kegembiraan Di tempat asing itu ku
nikmati setiap layanan petugas
ku anggap dayang-dayang ku
usik dengan pelbagai sindiran yang
tidak keterlaluan namun
cukup menyenangkan pelawat
ku andaikan teman-teman yang
tidak pernah menggangu ketenteraman
aku bersendirian Di sana tinggal
seorang teman Terasing
dari rakan dan taulan Terputus
sebarang hubungan menanti
dengan penuh debaran Suatu
kesudahan Yang
tiada kepastian Harapan yang di berikan Hanyalah kemungkinan yang tidak pasti Kadang-kadang menambah kecelaruan Yang sukar di rungkaikan Simpati yang datang Banyak
bermula dengan perkataan jangan Yang
hanya menambah tekanan Permintaan yang di ajukan Ditunaikan
dengan pelbagai ungkapan Yang
bermula dengan perkataan tidak Tiada pula saranan Tentang
apa yang dibolehkan Selain
dari rehat dan makan Cubalah kau nikmati dan hayati Setiap
detik penantian Cubalah
kau terokai Menjelajah
setiap kemungkinan Melihat
keindahan di balik keburukan Mencari
kesempurnaan di balik kecacatan Merasai
kedamaian di balik kekalutan Mengecapi
keseronokan dalam kedukaan Baru
lah kita berhasil menjadi insan Jangan lah sampai terjadi Seperti
yang pernah ku alami Tinggal
jasad tanpa perasaan Tinggal
nyawa tanpa jiwa Apabila Hati
ku kering dan mati DotSolo 27 December 2002 |
|
Cerita |
||
Rencana
|