14 Januari 2019
Ptg . ni. .. nak buat qeja malaih sungguh… dok layan coretan seorang
^kawan^ …
Terima kasih telah sudi malayan coretan seorang kawan yang tidak
seberapa itu. Coretan coretan itu di tulis hanya untuk memenuhi masa
terluang.
Aku pernah berkhidmat di sebuah sekolah di mana seorang kawan yang ku
anggap sangat istimewa pernah menjadi murid di sana sekitar tahun 1970
han. Aku berkhidmat di situ mulai awal tahun 1996 hingga sekitar
November 2000. Aku menerima tawaran biasiswa dengan cuti belajar
bergaji penuh selama 2 tahun untuk menyambung belajar di Universiti
Utara Malaysia dalam bidang Teknologi Maklumat. Asalnya aku bercadang
untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Fizik.
Disebabkan untuk program sarjana Fizik aku perlu berulang alik
ke USM di Pulau Pinang, aku memilih Teknologi Maklumat yang ada
ditawarkan di UUM. UUM lebih dekat dengan tempat tinggal ku ketika itu.
Lagi pun selain fizik, IT juga satu bidang yang aku minati.
Apabila aku siap menyempurnakan semua tugasan dan memenuhi semua
keperluan pengijazahan, cuti aku masih ada tersisa lagi sebulan.
Memenuhi masa cuti yang tersisa itulah aku membina laman web ini
dan menulis cerita cerita yang terpapar di sana.
Puisi puisi nya pula kebanyakkannya sumbangan beberapa rakan cyber
yang tidak ku kenali wajah mereka. Ada juga satu dua karya aku sendiri
sebagai jawapan kepada tulisan seorang dua rakan cyber yang mengirim
karya mereka melalui email. Mereka agak teruja bila melihat puisi
mereka terpapar dalam web, dan mencadangkan aku mempelbagaikan bahan
di dalamnya, sehinggalah paparannya seperti yang dilihat sekarang.
Kebanyakkan cerita itu telah lama aku tulis dan berada dalam
simpanan ku. Kebanyakkannya berusia lebih 20 tahun.
Bila aku membuka laman web ini, aku dapat idea memuatkannya di sini.
Ada dua tajuk yang agak istimewa. Tajuk tajuk ini di tulis sekitar
tahun 1980 han, iaitu
Surat Kekasih 1
dan
Surat Kekasih 2.
Ke dua-dua nya adalah antara karya-karya awal yang di muatkan
di laman ini. Keduanya telah dikeluarkan kerana bimbang kandungannya
akan mengguris hati dan perasaan pembaca tertentu.
Aku tidak mengharapkan ramai pengunjung ke laman ini.
Laman ini hanya laman biasa yang tiada nilai komersial.
Masyarakat hari ini pula tidak begitu peduli dengan bidang
penulisan untuk melihat sesuatu tulisan dari sudut kesusasteraan
dan nilai seni berbahasa.
Aku percaya kawan ku itu dapat menyelami hakikat sebenar disebalik
cerita cerita yang ku tulis itu dan mengenali watak watak utama
di dalamnya. Cuma aku penasaran bagaimana penerimaan orang orang
yang dekat di sekelilingnya terhadap cerita cerita itu dan sejarah
sebenar mengenainya. Atau mungkin mereka langsung tidak tahu apa-apa
tentang sejarah masa lalu berkaitan dengan cerita-cerita di laman ini.