Video Puisi

Seorang Kawan Yang Sudi

Seruling Nelayan Solo

Pengalaman yang menggetarkan

Meniti Kehidupan

Nikmat keinsanan

Sekeping potret lama

Suatu Hari nanti

Mengapa aku tidak dapat melupakan

Andainya Kita Tidak Lagi Berpaling 2

Keinginan Ku

Surat-Surat Lama

Surat Cinta Lepas Kawin

Kemesraan

Seorang Dot

Tidak dapat
melupakan mu


Terlerai Kasih

Mentafsir
Kehidupan


Benih-Benih Kasih

Selepas Risikan


… dengan itu berlalulah sebuah sejarah yang telah bernokhtah …

Bagi aku sejarah itu telah pun tamat selepas mnerima sepucuk surat dari kawan ku itu semasa aku di Sandakan. Dan surat itu aku jawab beberapa hari kemudian.

...... Sepatutnya dilenyapkan semua sekali bukan sj.surat malah apa2 saja yg.berkaitan dng aku ....

Meskipun rentetan riwayat itu tamat di situ tanpa ada kesinambungan, namun aku tak terfikir untuk melenyapkan sisa sisa peninggalan sejarah itu. Biar pun terdapat cebisan cebisan tertentu dalam sisa sisa runtuhan sejarah itu yang menguris hati dan perasaan, namun ada juga diantaranya menginsafkan aku tentang budi yang ku terima . Dan aku tidak mahu menjadi seorang yang tidak mengenang budi dengan melupakan doa iklas untuk kesejahteraan dan kegigihan ku mengharungi hidup berkelana di kampus.

Pisang emas di bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh di bayar
Hutang budi dibawa mati

Pada hari aku diberitahu bahawa risikan ku terlewat dua minggu, aku segera kembali ke Sandakan walaupun cuti persekolahan masih tersisa beberapa minggu. Aku kembali untuk menenangkan diri ku. Aku menghabiskan masa cuti di Sandakan dengan mengulang baca surat-surat lama yang ku pelihara dengan sempurna. Buku buku elektronik dan quantum physics yang ku beli di USM ku biarkan tidak terusik. Aku tidak jemu mengulang baca Lembaran Lembaran Kasih itu berkali kali. Setiap kali aku selesai membaca semuanya, ku susun mengikut urutan tarikh nya dan ku simpan dalam sebuah kotak yang ku khususkan untuk tujuan itu.
Kadang kala aku ke sekolah , duduk di meja ku dalam bilik guru , sambil menyusun atur bahan bahan pengajaran bagi persediaan persekolahan tahun berikutnya. Menjadi kebiasaan guru guru dari semenanjung bersantai di sekolah masa cuti ,terutamanya guru guru bujang.
Bila aku rasa bosan di sekolah , aku ke pusat bandar Sandakan yang jaraknya kira kira lima belas minit berjalan kaki dari sekolah tempat aku bertugas.

Biasanya aku naik bas pulang ke rumah sewa ku di Sri Taman, batu empat jalan labuk sekitar jam sebelas pagi setelah membeli sedikit keperluan dapur. Aku lebih suka masak sendiri daripada makan di kedai. Biarpun masakan ku ringkas, aku lebih yakin dengan kebersihannya. Biasanya selepas zohor, aku bersantai di rumah sambil membaca buku atau meniup seruling .

Suatu pagi, ketika aku tiba di sekolah, aku tertegun melihat sampul surat bersetem di atas meja ku di bilik guru. Aku tertegun melihat tulisan nama ku dan alamat sekolah di atas sampul itu. Aku kenal benar tulisan bertinta hitam itu. Bertahun lamanya aku merindui tulisan penuh seni itu dan sangat berharap untuk menatapnya, walau pun aku tahu harapan ku akan hanya tetap tinggal harapan. Lama aku menatap tulisan di atas sampul itu. Aku tidak pernah menduga akan dapat menatap semula tulisan itu setelah sekian lama.

Tetapi bagaimana mungkin. Bagaimana mungkin surat itu boleh sampai di sana. Aku tidak pernah meninggalkan alamat ku kepada sesiapa di kampung jauh sekali pada tuan punya jari jari halus yang menarikan pena di atas sampul itu. Tak mungkin tuan punya jari itu mengetahui alamat ku di Sandakan. Hanya setelah debaran jantung ku mengiringi bacaan surat itu, menyedarkan aku akan kelalaian ku yang telah tertinggal Quran kecil semasa aku ke Pulau Pinang. Quran itu sering menemani ku ke mana mana. Sesungguhnya perancangan Allah mengatasi segala galanya.

Surat itu aku simpan bersama dengan surat surat lain dengan baik. Aku menulis jawapan beberapa hari kemudian , bagi melenyapkan keraguan penulis surat itu tentang status tulisannya. Aku hanya berharap dapat meringankan bebanan penulis surat itu dengan mengetahui tulisannya telah di baca dan difahami.

Semua surat yang diberi
Disimpan sempurna di dalam peti
Selepas kawin beberapa hari
Semuanya hilang tak jumpa dicari

Suatu hari semasa aku berjalan jalan di pekan Sandakan, aku tertarik dengan perkakasan komputer yang dipamerkan dalam sebuah kedai. Aku singgah di kedai itu dan setelah diberi sedikit taklimat oleh juru jualya, aku buat keputusan ntuk membelinya. Untuk tujuan itu aku menggunakan simpanan perkahwinan yang tak kesampaian itu.

Hari hari selepas membeli komputer waktu ku banyak dihabiskan dengan mempelajari selok belok perkakasan dan pengunaan komputer itu. Ketika itulah aku mula berkenalan dengan CPU, RAM, DOS, disket, serta lain lain istilah pengkomputeran yang kebanyakannya baru bagi ku , walaupun tidak begitu asing. Mungkin juga kerana aku mahir berbahasa inggeris dan penguasaan pengetahuan elektronik ku banyak membantu aku menguasai pengunaan komputer dengan pantas bagi seorang yang tak pernah terdedah dengan pengkomputeran sebelumnya.

Aku semakin jarang mengulang baca surat surat lama itu. Sungguhpun begitu, surat surat itu tetap ku pelihara dengan baik. Sekali sekala aku pasti mengulang membacanya, terutamanya ketika kesepian mencengkam perasaan.


Seorang Anak Kampung

Jodoh Bujang Solo

Matinya sekeping hati

Bertemu Kekasih

DI Pasar Sandakan 1985

Di Ganggu Kenangan

Baju Berbintik-Bintik

Selepas Risikan

Kenduri Arwah

Di Bangsal Usang

Merawat Perasaan

Seruling Bambu

Yanti dan Kawan Kawan

Lembaran Kasih

Video Nyanyian

Mahligai Impian