visitor counter !third colum


Video Puisi

Seorang Kawan Yang Sudi

Seruling Nelayan Solo

Pengalaman yang menggetarkan

Meniti Kehidupan

Nikmat keinsanan

Sekeping potret lama

Suatu Hari nanti

Mengapa aku tidak dapat melupakan

Andainya Kita Tidak Lagi Berpaling 2

Keinginan Ku


Surat-Surat Lama

Surat Cinta Lepas Kawin

Kemesraan

Seorang Dot

Tidak dapat
melupakan mu


Terlerai Kasih

Mentafsir
Kehidupan


Benih-Benih Kasih
Coretan Seorang Kawan


14 Januari 2019
Ptg . ni. .. nak buat qeja malaih sungguh… dok layan coretan seorang ^kawan^ …

Terima kasih telah sudi malayan coretan seorang kawan yang tidak seberapa itu. Coretan coretan itu di tulis hanya untuk memenuhi masa terluang.

Aku pernah berkhidmat di sebuah sekolah di mana seorang kawan yang ku anggap sangat istimewa pernah menjadi murid di sana sekitar tahun 1970 han. Aku berkhidmat di situ mulai awal tahun 1996 hingga sekitar November 2000. Aku menerima tawaran biasiswa dengan cuti belajar bergaji penuh selama 2 tahun untuk menyambung belajar di Universiti Utara Malaysia dalam bidang Teknologi Maklumat. Asalnya aku bercadang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Fizik. Disebabkan untuk program sarjana Fizik aku perlu berulang alik ke USM di Pulau Pinang, aku memilih Teknologi Maklumat yang ada ditawarkan di UUM. UUM lebih dekat dengan tempat tinggal ku ketika itu. Lagi pun selain fizik, IT juga satu bidang yang aku minati.

Apabila aku siap menyempurnakan semua tugasan dan memenuhi semua keperluan pengijazahan, cuti aku masih ada tersisa lagi sebulan. Memenuhi masa cuti yang tersisa itulah aku membina laman web ini dan menulis cerita cerita yang terpapar di sana.


Puisi puisi nya pula kebanyakkannya sumbangan beberapa rakan cyber yang tidak ku kenali wajah mereka. Ada juga satu dua karya aku sendiri sebagai jawapan kepada tulisan seorang dua rakan cyber yang mengirim karya mereka melalui email. Mereka agak teruja bila melihat puisi mereka terpapar dalam web, dan mencadangkan aku mempelbagaikan bahan di dalamnya, sehinggalah paparannya seperti yang dilihat sekarang.

Kebanyakkan cerita itu telah lama aku tulis dan berada dalam simpanan ku. Kebanyakkannya berusia lebih 20 tahun. Bila aku membuka laman web ini, aku dapat idea memuatkannya di sini.

Ada dua tajuk yang agak istimewa. Tajuk tajuk ini di tulis sekitar tahun 1980 han, iaitu Surat Kekasih 1 dan Surat Kekasih 2. Ke dua-dua nya adalah antara karya-karya awal yang di muatkan di laman ini. Keduanya telah dikeluarkan kerana bimbang kandungannya akan mengguris hati dan perasaan pembaca tertentu.

Aku tidak mengharapkan ramai pengunjung ke laman ini. Laman ini hanya laman biasa yang tiada nilai komersial. Masyarakat hari ini pula tidak begitu peduli dengan bidang penulisan untuk melihat sesuatu tulisan dari sudut kesusasteraan dan nilai seni berbahasa.

Aku percaya kawan ku itu dapat menyelami hakikat sebenar disebalik cerita cerita yang ku tulis itu dan mengenali watak watak utama di dalamnya. Cuma aku penasaran bagaimana penerimaan orang orang yang dekat di sekelilingnya terhadap cerita cerita itu dan sejarah sebenar mengenainya. Atau mungkin mereka langsung tidak tahu apa-apa tentang sejarah masa lalu berkaitan dengan cerita-cerita di laman ini.


Seorang Anak Kampung

Jodoh Bujang Solo

Matinya sekeping hati

Bertemu Kekasih

Surat Kekasih 1

Surat Kekasih 2

DI Pasar Sandakan 1985

Di Ganggu Kenangan

Baju Berbintik-Bintik

Kenduri Arwah

Di Bangsal Usang

Selepas Risikan

Rawatan Perasaan

Seruling Bambu

Yanti dan Kawan Kawan

Lembaran Kasih

Video

Mahligai Impian