Video Puisi
Seorang Kawan Yang Sudi
Seruling Nelayan Solo
Pengalaman yang menggetarkan
Meniti Kehidupan
Nikmat keinsanan
Sekeping potret lama
Suatu Hari nanti
Mengapa aku tidak dapat melupakan
Andainya Kita Tidak Lagi Berpaling 2
Keinginan Ku
Surat-Surat Lama
Surat Cinta Lepas Kawin
Kemesraan
Seorang Dot
Tidak dapat melupakan mu
Terlerai Kasih
Mentafsir Kehidupan
Benih-Benih Kasih
|
Tahun Baru
Setiap awal tahun , aku lebih banyak terkenang ketika hari pertama
aku bersekolah. Masa itu aku tidak mengerti apa apa tentang nama
hari, bulan, tahun dan jauh sekali dari mengerti apa itu tarikh
dan masa. Dengan mengambil kira umur mula bersekolah ialah tujuh
tahun, bermakna aku mula bersekolah pada tahun 1963.
Aku masih ingat , malam sebelum hari persekolahan, dalam chahaya
redup pelita minyak gaaih, emak aku memberitahu aku bahawa nama
ku adalah Abu Hassan. Aku di-ajar menyebut nama ku beberapa kali
oleh ibu ku. Kata ibu ku lagi, satu hari aku akan menjadi seorang
guru. Berkemungkinan, doa ibu ku-lah yang meletakkan aku ke-dalam
profession perguruan.
Aku di-tempatkan dalam darjah satu C. Chikgu kelas aku yang pertama,
yang juga guru yang mengajar aku mengenal huruf dan angka adalah
chikgu Yaakub. Hari pertama aku bersekolah, aku balik sebelum
tamat hari persekolahan. Aku masih ingat, chikgu suruh keluar,
Jadi aku sangka bila keluar bermakna sekolah dah tamat. Aku terus
balik rumah. Bila sampai di-rumah, emak aku tanya kenapa balik
awal. Aku chakap chikgu suruh keluar. Aku hanya pergi semula
ke-sekolah pada keesokkannya.
Aku agak lambat menyesuaikan diri di-sekolah. Aku boleh di-katakan
tiada kawan dalam kelas. Sejak kechil pergaulan ku hanya terhad pada
keluarga ku sahaja.
Aku rasa aku chepat belajar. Semasa aku darjah dua, aku sudah
boleh menbacha dengan lancar. Aku pernah membacha buku bertajuk
Aku Di Sebuah Pulau yang aku jumpa dalam Khutub Khanah .
Rasanya generasi sekarang tidak tahu apa itu Khutub Khanah.
Susahnya belajar masa dulu. Nak baca buku kena pergi ke-kutub.
Masa itu masih ejaan lama.
Aku tidak faham pun cherita dalam buku itu. Bila aku ke-sekolah
menengah, aku terjumpa buku itu di-Library dan aku membacha-nya sekali lagi. Baru- lah aku faham. Buku itu menceritakan pengalaman se-biji buah kelapa, yang jatuh ke-dalam sungai lalu di-hanyutkan ke-laut dan terdampar di-sebuah pantai. Lalu tumbuh menjadi se-pohon kelapa.
Guru bahasa inggeris aku semasa darjah satu ialah Mr. Alwi.
Seingat aku sepanjang enam tahun aku di-sekolah rendah,
aku tidak pernah mendengar Mr. Alwi berchakap bahasa melayu.
Yang pelik-nya aku boleh faham. Semasa aku darjah lima B,
Mr. Alwi tu juga-lah yang mengajar aku bahasa inggeris.
Ada sekali Mr. Alwi suruh aku duduk di-depan dan murid lain datang
membacha di-hadapan aku. Kalau mereka buat salah aku di-suruh
pukul tangan mereka dengan pembaris. Salah seorang murid yang
kena dengan aku ia-lah Che Mah Pak Leh, yang tinggal selang lima
buah rumah dari rumah aku. Che Mah tu keqiyau keluar ayer mata.
Kesian kat dia.
Maaf saya Chikgu, saya orang lama, guna ejaan lama.
|
Seorang Anak Kampung
Jodoh Bujang Solo
Matinya sekeping hati
Bertemu Kekasih
Surat Kekasih 1
Surat Kekasih 2
DI Pasar Sandakan 1985
Di Ganggu Kenangan
Baju Berbintik-Bintik
Kenduri Arwah
Di Bangsal Usang
Selepas Risikan
Rawatan Perasaan
Seruling Bambu
Yanti dan Kawan Kawan
Lembaran Kasih
Video
Mahligai Impian
|