Video Puisi
Seorang Kawan Yang Sudi
Seruling Nelayan Solo
Pengalaman yang menggetarkan
Meniti Kehidupan
Nikmat keinsanan
Sekeping potret lama
Suatu Hari nanti
Mengapa aku tidak dapat melupakan
Andainya Kita Tidak Lagi Berpaling 2
Keinginan Ku
Surat-Surat Lama
Surat Cinta Lepas Kawin
Kemesraan
Seorang Dot
Tidak dapat melupakan mu
Terlerai Kasih
Mentafsir Kehidupan
Benih-Benih Kasih
|
Minta Ekor
Aku baru balik dari laut dengan membawa ikan temenu.
Ada la sekitar 100 ikan. Begitulah biasanya bila dapat ikan.
Setiap awak bot akan diberikan sedikit ikan yang dipukat untuk di buat
lauk pada hari itu. 100 ikan itu banyak. Setiap ikan berukuran
sekitar 15 cm dan lebar 5 cm. Ikan temenu bersaiz ini di kira cukup
besar. 100 ikan untuk aku makan hari itu bersama abang aku dan dua
lagi bujang yang tinggal di rumah itu, tak kas habis di makan.
Biasanya aku bawa balik sikit saja . Selebihnya aku jual dekat peraih.
Tapi hari itu aku bawa balik semua sebab aku nak buat ikan kering.
Sedang aku siang ikan ditempat mandi belakang rumah , Kak Na yang
tinggal di sebelah tegur aku . Katanya , Siang ikan Bahadot.
Ya kak Na. Aku menjawab sambil bergumam dalam hati ku,
dia nampak aku siang ikan di tanya lagi. Aku sebenarnya
malas nak layan bercakap. Aku penat baru balik dari laut.
Aku nak segera siapkan kerja aku , nak mandi dan rehat.
Tambahan pula hari tu aku belum nampak kelibat gadis hitam manis
pujaan ku. Jadi mood aku kurang baik.
Bagi dua ekor nak buat tawar.
Aku jadi bingung. Ekor ikan temenu nak dibuat apa. Kalau ekor
lembu boleh juga di buat sup. Aku malas nak tanya banyak takut
di katakan kurang ajar. Jadi aku berilah dua ikan dekat kak Na.
Kak Na ambil ikan itu dan masuk semula ke dalam rumah nya.
Aku meneruskan siang ikan yang selebihnya untuk disapu garam .
Keesokkan nya, abang tanya aku kenapa aku beri dua ikan saja bila
kak na minta. Aku pun beritahu abang aku sebab kak Na minta dua ekor.
Tak kan nak bagi ekor ikan saja.
Aku kena tegur. Kata abang hang bagi dua ekor kat depa mana nak cukup
makan.
La, dia minta dua ekor. Dia kata nak buat tawar.
Selalunya ikan kalau dibuat tawaq ni tak banyak. Itulah yang aku faham.
Ingatkan depa dah ada ikan lain untuk makan hari tu.
Kalau dia nak banyak cakap lah nak banyak.
Lain kali bagi la lebih sikit. Rumah depa ramai. Dua ekor mana
nak cukup.
Lebih la tu. Dia minta ekor, saya bagi ikan.
Itulah cerita minta dua ekor. Nasib baik aku bagi ikan,
tak bagi ekor ikan.
Cuba tanya Shimah, dia ingat lagi tak cerita minta ekor itu ?
|
!third colum
Seorang Anak Kampung
Jodoh Bujang Solo
Matinya sekeping hati
Bertemu Kekasih
Surat Kekasih 1
Surat Kekasih 2
DI Pasar Sandakan 1985
Di Ganggu Kenangan
Baju Berbintik-Bintik
Kenduri Arwah
Di Bangsal Usang
Selepas Risikan
Rawatan Perasaan
Seruling Bambu
Yanti dan Kawan Kawan
Lembaran Kasih
Buat Kopi
Video
Mahligai Impian
|