Video Puisi

Seorang Kawan Yang Sudi

Seruling Nelayan Solo

Pengalaman yang menggetarkan

Meniti Kehidupan

Nikmat keinsanan

Sekeping potret lama

Suatu Hari nanti

Mengapa aku tidak dapat melupakan

Andainya Kita Tidak Lagi Berpaling 2

Surat-Surat Lama

Surat Cinta Lepas Kawin

Kemesraan

Seorang Dot

Tidak dapat
melupakan mu


Keinginan Ku

Kemana Perginya Mereka ?

Cerpen ini disiarkan di Berita Minggu pada 3 Februari 1980. Penulisnya menggunakan nama pena Bardot Hadi.



Adi memusingkan badannya ke kiri. Kain gebar lusuh ditariknya hingga ke paras leher. Adiknya Ida sedang sibuk menyediakan sarapan di dapur. Adiknya yang dua orang lagi bersiap hendak ke sekolah.

Adi menggeliat beberapa kali sebelum bangun. Dia pergi ke sungai untuk mandi. Air sungai yang jernih dan dingin itu membuatkannya enggan mandi. Tapi tabiatnya yang suka mandi pagi semasa sekolah dulu tetap menang. Dia turun berendam dalam sungai. Gelombang air yang dibuatnya menyebabkan pohon-pohon rumput di tebingnya berlenggang lenggok penuh seni. Anak ikan yang bersembunyi di bawahnya mengocak air dan berenang ke tempat lain. Ular air yang sedang menyusup mencari katak juga beredar dari situ.

Setelah puas mandi, Adi balik ke rumah. Badannya di lap hingga kering dengan sehelai tuala lusuh. Dia memakai seluar panjang buruk peniggalan aruah bapanya. Seluar yang longgar itu diikat dengan tali pisang kering. Dikenakannya pula baju lusuhnya yang berbintik bintik. Kemeja itu lusuh benar. Bintik bintik di bahagian belakangnya sudah banyak yang pudar. Kemudian dia ke dapur untuk sarapan.

Dia duduk bersila mengadap hidangan pagi itu. Nasi rendang yang dicampur dengan telur itik itu dimakannya dengan lahap. Tak cukup sepinggan ditambahnya lagi.

Kerja yang akan dibuatnya pagi itu memerlukan tenaga yang banyak. Sebab itu dia perlu membuat persediaan yang cukup. Jika tidak, tentu dia tidak akan kuat bekerja. Tidak kuat kerja boleh menyebabkan dia ketinggalan. Dan dia tidak mahu ketinggalan.

Bila dirasanya cukup kenyang, dia berhenti. Air kopi yang hitam pekat itu dihirupnya pula. Tiga kali teguk, cawan sudah kering. Ditambahnya lagi dan diminum sampai habis. Adi turun ke tanah. Dia mengambil topi buruk yang tergantung di tepi tiang dan berjalan ke sawah. Hari masih pagi benar. Cahaya matahari masih lagi terlindung oleh kampung yang dibelah timur kawasan sawah itu. Embun yang membasahi tangkai padi dan rumput-rumput hijau masih belum kering.

Adi terus berjalan ke arah sawah Pak Abu. Hari itu Adi dan beberapa orang rakannya akan memukul padi Pak Abu. Dari jauh Adi nampak Awang sedang berdiri terpacak di permatang sawah Pak Abu sambil menikmati udara pagi yang nyaman itu. Deraman baru sampai dengan sebiji tong di atas bahunya. Awang membantu Deraman menurunkan tong itu ke tanah. Dua biji tong lagi sudah sedia tergolek di tepi bendang Pak Abu itu. Tentu tong-tong itu telah dibawa oleh menantu Pak Abu petang kemarin lagi.

Adi berdiri di situ, berbual dengan Awang dan Deraman. Makcik-makcik yang akan mengerat belum pun nampak batang hidung mereka. Memang sudah menjadi adat orang mengerat. Selagi ahli ahli dalam kumpulan mereka belum cukup berkumpul, mereka tidak akan turun ke sawah.

Adi, Awang dan Deraman berborak-borak sesama mereka. Rancak sekali mereka berkira-kira tentang upah yang akan mereka dapat nanti. Awang dan Deraman bercita-cita hendak mengambil peperiksaan S.P.M lagi sekali sebagai calon persendirian. Adi pula berkira-kira hendak membelikan adiknya pakaian sekolah yang baru. Perbualan mereka banyak tertumpu kepada soal pelajaran. Kemudian melerek sampai soal politik, soal Rancangan Malaysia Ketiga dan macam-macam lagi. Bila terkeluar soal perempuan, terkekeh-kekeh mereka ketawa kerana merebut anak dara Pak Abu.

Bila orang-orang yang hendak mengerat muncul, menantu Pak Abu juga datang. Tangan kanannya membinbit beberapa biji guni yang diikat dengan tali. Tangan kirinya pula memegang bakul yang berisi goreng pisang dan dua bekas air. Semua isi bakul itu khas untuk mereka yang akan memukul padi Pak Abu.

Adi, Awang dan Deraman menikmati air kopi panas dan goreng pisang. Sementara itu, makcik-makcik sudah memulakan kerja mereka. Rumpun demi rumpun padi-padi yang masak itu dipotong perdunya dan diletakkan di celah-celah tunggul padi menjadikan kedap. Sambil bekerja riuh sekali suara mereka berceloteh. Pokok pangkal percakapan mereka tak dapat dipastikan.

Sudah hampir setengah relong padi dipotong Adi dan rakan-rakannya pun mula menarik tong masing-masing ke dalam sawah. Layar tong dipasang dan kerja pun dimulakan. Kedap diangkat satu persatu dan dihempas kedalam tong. Berderaulah bunyi biji-biji padi bercerai dari tangkainya, lalu jatuh melalui celah-celah tangga ke dasarnya. Miang padi pun berterbangan hinggap pada kulit mereka yang terdedah.

Matahari semakin tinggi. Panas makin galak membakar. Peluh mengalir membasahi dahi dan belakang masing-masing. Mereka terus juga bekerja tanpa memperdulikan itu semua. Begitulah gigihnya mereka untuk hidup dan mengejar cita-cita yang belum tentu akan tercapai.

Bila tong sudah penuh, isinya dikaut dan dimasukkan ke dalam guni. Satu demi satu guni-guni gemok tergolek ke atas jerami. Semakin matahari tinggi, guni-guni gemuk semakin bertambah.

Bila matahari sudah terpacak di atas kepala, mereka berhenti. Mereka pergi ke rumah Pak Abu untuk berehat dan makan di sana. Hidangan hari itu tentu lebih istimewa dari hari-hari lain. Tapi itu tidak penting. Apa yang penting perut mereka perlu diisi. Apa saja yang ada sedap belaka. Itulah peluang mereka menyindir anak dara Pak Abu yang masih bersekolah dalam tingkatan lima itu.

Pak Abu yang memang sedia faham dengan telatah budak-budak sekolah itu tidak berkata apa-apa. Dia hanya tersenyum-senyum seolah-olah memberi galakan kepada mereka untuk terus berceloteh.

Selesai makan gurau senda mereka bertambah rancak. Awang dan Deraman suka memadan-madankan Ilah, anak dara Pak Abu, dengan Adi. Ilah hanya terseyum-senyum malu. Masa itu dia kelihatan lebih cantik dan menawan. Ingin juga Adi hendak memiliki hati anak gadis itu.

Petangnya mereka meneruskan kerja mereka lagi. Masa petang mereka lebih bersemangat bekerja kerana biasanya Ilah yang membawa minuman.

Itulah kerja mereka dimusim menuai. Sesiapa saja yang memerlukan tenaga mereka, mereka akan memberi sumbangan.Tapi sumbangan itu bukan percuma. Semua sudah maklum dengan hal itu. Dalam memberi sumbangan yang minta dibayar itu, mereka memilih juga. Kalau kena tuan tanah yang cerewet, alamat padi nya akan reput ditangkailah pada musim yang akan datang.

Dalam mmusim menuai itu, mereka dapat mengumpul antara tiga ratus hingga empat ratus ringgit tiap-tiap seorang. Duit sebanyak itu mereka perlakukan apa yang mereka mahu perlakukan. Awang dan Deraman membanyar yuran periksa dan membeli buku-buku sebagai persediaan. Adi pula banyak membelanjakan wangnya untuk pelajaran adik-adiknya dan makan minum rumah tangganya.

Adi menggeliat sambil menggosok-gosok matanya dengan tangan. Terpampanglah bumbung rumah yang penuh dengan sarang labah. Dia tidak lagi mendengar sebarang suara dari dapur atau dari mana-mana. Baru disedarinya bahawa dia kesaorangan dalam rumah itu. Dia bangun menuju tingkap yang sudah usang. Daun tingkap itu dibuka dengan hati-hati. Terpampanglah hamparan emas di hadapannya. Matahari yang semakin terik itu menyilaukan matanya.

Tiba-tiba dia mendengqar suara menderam dari tengah sawah. Matanya tertumpu pada seekor gergasi merah sedang merangkak perlahan-lahan dalam sawah Haji Sarban. Jentera itu gagah sekali membaham pohon-pohon padi masak di hadapannya dengan rakus dan memuntahkan batang-batang padi yang sudah menjadi jerami dari bahagian belakangnya. Sementara itu dia tidak henti-henti melepaskan asap yang berkepul-kepul naik ke udara.

Tiba-tiba Adi rasa sunyi. Kesunyian yang sangat jitu. Kesunyian yang tak dapat dipecahkan oleh deru injin jentera di tengah sawah Haji Sarban. Kesunyian yang disebabkan tiadanya lagi perempuan bongkok memotong padi di tengah sawah. Banyak lagi yang tiada di tengah sawah itu. Pemuda-pemuda gagah membanting padi tidak ada. Bayang-bayang layar tong pun tidak ada.

“Ah! Ke mana perginya mereka? Kemana perginya burung-burung yang dulu selalu mencuri padi? Semuanya sudah lari? Lari ke mana? Ke laut? Ke hutan? Ah! Boleh jadi ke gunung di sana. Ya, ya, kemungkinannya besar mereka semua lari ke sana. Kerana kau tidak kan lari jika dikejar. Tapi kau tidak kan datang jika ditunggu. Mengapa pula mereka begitu ghairah mengejar mu? Ya, ya, para seniman telah meletakkan kau di tempat yang sangat agung melalui ratusan karya–karya mereka. Ketinggian mu disamakan dengan ketinggian harapan seorang ibu. Keutuhan mu disamakan dengan keutuhan cita-cita seorang pejuang. Keunggulanmu disamakan dengan keunggulan seorang pendita. Keindahan mu disamakan dengan keindahan cinta anak muda.

Tapi, ah! Keindahan itu masih boleh dipersoalkan. Ah, gunung, keindahan mu akan lenyap bila mereka sampai ke sana. Mereka akan nampak jurang-jurang yang dalam dan duri-duri yang tajam. Lantas kau akan ditinggalkan.

Adi mengeluh. Dia pergi ke sungai untuk mandi. Sungai sudah tidak seperti dulu lagi. Airnya pekat seperti the susu. Rumput-rumput yang tumbuh ditebingnya kini sudah hitam. Di celah-celahnya tidak lagi terdapat anak-anak katak bersembunyi. Ular air juga tidak ada.

Adi mencuci muka dan terus balik ke rumah. Dengan sebuah beg kecil, dia meninggalkan rumah yang sudah usang itu.


DotSolo- Physics Teacher

Seorang Anak Kampung

Jodoh Bujang Solo

Matinya sekeping hati

Bertemu Kekasih

DI Pasar Sandakan 1985

Di Ganggu Kenangan

Rawatan Perasaan

Baju Berbintik-Bintik

Kenduri Arwah

Di Bangsal Usang

Video Nyanyian

Mahligai Impian