Surat
ke
Cikgu,
Terima kasih kerana masih sudi membalas surat saya walau pun isinya agak pahit
untuk di telan. Bahasa yang digunakan sungguh mengharukan dan sangat menghiris
hati dan perasaan.
Sekarang cikgu kata saya menulis dengan perasaan gila saya kerana cikgu paksa
saya berbuat demikian. Cikgu kata saya buat tuduhan melulu kerana menganalisa
sikap dan peribadi cikgu berdasarkan perbuatan dan tulisan-tulisan cikgu.
Cikgu kata saya tidak jujur kerana terlalu berterus terang. Cikgu kata
saya racun maruah cikgu kerana saya tak pernah sentuh kulit cikgu. Dan cikgu
kata saya cuba menegakkan benang basah kerana Cikgu berusaha membasahkan
benang kering.
Cikgu, latar belakang pendidikan yang saya terima, mengajar saya supaya
tidak membuat sesuatu anggapan itu tanpa alasan-alasan yang konkrit. Saya di
latih, supaya tidak membuat sesuatu kesimpulan tanpa penyiasatan yang teliti
dan objektif. Itulah sebabnya saya sering bertanya apa, Siapa, Mangapa,
Bagaimana dan Di mana, Setiap kali Cikgu memberitahu saya sesuatu. Dan itulah
juga sebabnya saya sering bertanya apakah asas yang Cikgu gunakan setiap kali
Cikgu mengambil sesuatu kesimpulan. Tapi Cikgu tidak pernah menganggap
pertanyaan saya itu mustahak, dan jarang sekali Cikgu memberi saya jawapan
selain dari tidak penting atau tidak perlu. Kalau pun ada jawapan yang lain
dari dua ungkapan itu, ia nya tidak pernah disertakan dengan alasan alasan
yang konkrit dan menasabah.
Cikgu, bersama ini saya sertakan semua surat-surat yang pernah Cikgu kirimkan
untuk saya. Saya percaya , Cikgu masih kenal dengan tulisan tangan Cikgu
sendiri. Dan saya juga percaya, orang JUJUR seperti Cikgu tidak perlukan BUKTI
untuk mengakui bahawa semua surat-surat ini ditulis oleh Cikgu dan di tujukan
kepada saya. Sekarang Cikgu bacalah surat yang ditandakan dengan angka tiga
pada sampulnya. Surat ini Cikgu tulis ketika Cikgu mula menghirup udara MPSI,
dalam bulan Mei, tahun 1978 dulu. Cikgu tidak perlu membaca semuanya. Saya
faham, Cikgu sekarang terlalu sibuk. Perhatikan muka surat yang kedua, bermula
dari baris keempat dari atas.
Dan
bagi aku buat masa ini meskipun ada kebebasan tapi mata ku tak mungkin akan
KABUR dengan neon di MPSI ini dan aku harap kau akan faham.
Itu janji Cikgu. Janji Cikgu lebih lima tahun dulu. Saya bukan suka
membangkit bangkitkan janji yang tak dapat cikgu tunaikan. Apa yang merobekkan
hati saya ialah sikap Cikgu dalam menghadapi kenyataan tentang diri Cikgu
sendiri. Bila Cikgu BUTA dengan lampu-lampu di jalan, ingat apa yang Cikgu
katakan pada saya ? Kononnya Cikgu dengar kabar bahawa saya sudah mempunyai
seseorang yang istimewa di USM ketika itu. Saya hanya menafikan kenyataan itu
tanpa berkata apa-apa pada Cikgu. Kerana saya lebih memuliakan sikap Cikgu
yang berterus terang itu daripada menghina sikap Cikgu yang mengada ngadakan
helah dan alasan untuk menutup kelemahan tekat Cikgu, dengan harapan Cikgu
mendapat pengajaran dari nya. Jika Cikgu sudah lupa dengan helah yang Cikgu
reka ini, Lihat lah surat Cikgu yang ke sembilan. Saya rasa berita yang
disampaikan kepada saya dalam surat yang saya terima itu tidak penting. Tetapi
apa yang tertulis di muka surat terakhir itu memberikan gambaran betapa
jengkelnya alasan yang Cikgu berikan untuk mewajarkan tindakan Cikgu.
Aku
ada dengar kabar yang kau pun telah ada
. di sana, (dari kawan ku di sini),
baguslah kalau begitu, aku doakan semuga bahagia dan gembira selalu, jangan
selalu bergadoh, biar ia berpanjangan, dan berkekalan. Hanya satu pesan ku,
itu pun kalau kau nak ikut, kalau tak nak ikut pun tak apa la. Cintailah hanya
seorang gadis dan jangan mempermainkan kaum seperti itu.
Terima kasih Cikgu. Pesan Ckgu itu saya hargai. Saya ingat dan saya
amalkan sampai hari ini. Tapi sayang, saya lupa untuk berpesan pada cikgu
supaya menyintai hanya seorang jejaka, dan jangan mempermainkan kaum sejenis
itu. Kerana lelaki juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Sekarang ini saya rasa sudah terlambat.
Cikgu, saya rasa saya perlu minta maaf sebelum saya teruskan tarian mata
pena yang tumpul ini. Tapi saya
tidak mahu berbuat demikian kerana Cikgu sudah tidak sanggup untuk memaafkan,
sebagaimana kata cikgu dalam surat cikgu yang ke lima puluh sembilan.
maaf memang senang untuk diucapkan apa lagi untuk di tulis hanya
mengadakan dua vokal dan dua konsenan maka terbentuklah perkataan maaf. Tapi
orang yang menerima perkataan maaf itulah yang tahu risikonya
Ini lah yang cikgu tulis sebagai jawapan kepada surat saya bertarikh 11
september 1981. Dan Cikgu tulis begitu semata-mata berdasarkan kepada
gurau-gurauan saya yang sengaja disalah ertikan. Entah apa tujuannya, hanya
Tuhan dan Cikgu saja yang tahu. Jadi kali ini saya tidak mahu minta maaf. Lagi
pun saya hanya menyatakan perkara yang benar, jadi tidak ada sebab saya mesti
rasa bersalah.
Apa yang hendak saya katakan tadi ialah, Cikgu hanya pandai berpesan. Tapi
cikgu tidak pandai mengamalkan pesanan cikgu sendiri. Buktinya Cikgu lihat lah
sendiri orang yang jadi mangsa permainan cikgu. Lihatlah betapa montoknya
tulang pipinya. Betapa dalam mata cengkongnya. Betapa longgar pakaian yang di
pakainya. Itulah kenyataan tentang jasmaninya sekarang. Dan kalau cikgu nak
tahu, kenyataan keperibadiannya
juga sudah jauh berubah, sebagaimana berubahnya hati dan perasaan Cikgu
terhadap dirinya. Dia bukan lagi seorang periang dan peramah
sebagaimana yang cikgu kenal lapan tahun dulu. Jika cikgu tidak percaya dengan
hakikat ini, cikgu tanyalah orang yang membawa fitnah itu kepada cikgu. Mudah
mudahan orang berkenaan berlaku jujur kali ini.
Apa, Cikgu engan mengaku dia jadi mangsa permainan Cikgu ?
Cikgu
lihat pula surat surat ini. Ini adalah rangkaian surat-surat yang cikgu
kirimkan kepada saya setelah lampu-lampu di jalan yang membutakan cikgu itu
akhirnya membakar diri cikgu sendiri. Ada
lapan pucuk semuanya, sebelum cikgu berjaya menundukkan hatinya. Ada juga di
antaranya yang di tulis dan diposkan dalam tempoh dua hari berturut turut.
Lihatlah kesenian tulisan tangan pada sampulnya itu. Terlalu indah, seperti
mana indahnya kata kata yang tertulis di dalam surat surat itu.
..aku jalani peperiksaan itu dalam suasana yang
..(tak dapat nak
digambarkan).
..fahamilah keadaan ku sekarang, jumpa lagi INSYAALLAH.
.tanpa
makan nasi, aku terus membaca surat kau, antaranya
..
Walau apa pun yang terjadi, mengertilah, aku tetap mendoakan semuga jiwa
mu tenang dan
damai,
..
Untuk pengetahuan mu, aku hanya menulis untuk kau sahaja, lain manusia,
aku dah lama pencen, termasuk
.
Begitulah diantara petikan-petikan dari surat cikgu yang menyentuh perasaan
dan hati nuraninya, yang selama ini memang kosong. Lantaran jiwanya yang
kekosongan sejak bertahun-tahun itu, maka hatinya pun terjebak keperangkap
Cikgu. Dan setelah Cikgu berjaya menjebak hatinya, cikgu mula berusaha
menyakitkan hatinya. Seribu satu macam cara yang cikgu gunakan
..
Yang
benar,
Kelana di rantau.