Make your own free website on Tripod.com

 

Surat  kekasih 1

Cikgu,

Saya menggangu cikgu lagi. Walau bagaimana pun saya percaya dan yakin, cikgu masih mempunyuai banyak masa untuk berehat sambil menatap isi surat saya kali ini, sebagaimana sekali sekala cikgu berpeluang keluar melihat pameran dan menghadiri majlis kawin rakan sejawat cikgu.

 

Cikgu, jika tak salah ingatan saya, sudah lebih lapan bulan saya nanti jawapan tegas dari cikgu. Tapi nampaknya cikgu lebih bahagia menyiksa batin saya dengan menggantong hati saya tanpa tali.

 

Cikgu, semasa cikgu di MPSI dulu, cikgu pernah mengagumi kegigihan seorang insan berhadapan dengan liku-liku hidup dalam mengejar cita-cita. Saya juga kagum, bahkan hairan dengan kegigihan Cikgu. Saya kagum kerana Cikgu begitu bersungguh sungguh dalam usaha cikgu. Dan saya rasa hairan kerana seorang yang tinggi budi dan maruah seperti cikgu sanggup melakukan apa yang telah cikgu lakukan . Tapi sayang, kegigihan yang cikgu tunjukkan itu tidak pada tempatnya. Cikgu begitu gigih berusaha mempermainkan hati dan perasaan seseorang yang cikgu kagumi kegigihannya, walau pun cikgu sendiri pernah menasihati nya supaya tidak mempermainkan hati dan perasaan orang lain, khasnya kaum sejenis cikgu.  Bahkan cara yang cikgu lakukan itu adalah cara yang tidak terduga sama sekali dilakukan oleh seorang yang sering memperingatkan dan mempamerkan tentang ketinggian budi.

 

Mulanya Cikgu memberinya harapan dengan menyakinkannya bahawa cikgu tidak akan KABUR dengan NEON-NEON di MPSI. Maka insan yang cikgu kagumi kegigihannya itu pun terimalah harapan itu dengan penuh keyakinan dan kepercayaan. Setiap lambaran yang di terimanya dari cikgu dipeliharanya dengan baik sebagai tanda penghargaan. Mungkin juga padanya surat-surat itu lebih berharga dari PERMATA. Kemudian apabila cikgu BUTA dengan lampu-lampu di jalan, cikgu cuba pula menutup kelemahan cikgu dengan cerita yang bukan-bukan. Saya tidak tahu sejauh mana cerita cikgu itu benar. Tapi kalau benar ada orang yang menceritakan pada Cikgu bahawa insan itu sudah mempunyai seseorang yang istemewa di USM ketika itu, saya hairan bagaimana cikgu boleh mempercayainya, sedangkan orang yang menceritakan perkara itu tidak pun mengenali dan tidak pula pernah bertemu muka dengan hamba Allah tadi. Sungguh pun begitu insan itu hanya menafikan perkara itu tanpa berkata apa-apa pada cikgu. Bahkan perkara itu diterimanya dengan tabah dan tenang, dan masih menghormati cikgu sebagai kawan dan sebagai manusia, walaupun hati dan perasaannya ketika itu……. HANYA TUHAN SAJA YANG TAHU. Dia masih sanggup berkawan dengan cikgu disamping berusaha mengenepikan perasaan cintanya terhadap cikgu. Dan apabila usahanya hampir berhasil, dan apabila lampu-lampu jalan yang membutakan mata cikgu itu beransur padam, secara halus cikgu rayu dia. Cikgu belai jiwanya yang kosong itu dengan surat-surat cikgu. Cikgu siram dia dengan kata-kata yang menyebarakkan semula api cinta yang telah hampir padam dari hatinya. Akhirnya Cikgu berjaya. Sekali lagi insan lurus dan masih daif dalam soal-soal hati dan perasaan itu menaruh harapan dengan penoh kepercayaan terhadap Cikgu.

 

Cikgu, setelah cikgu berjaya menjerat hatinya insan malang itu, cikgu berusaha pula mempermainkannya dengan berbagai cara dan helah. Mulanya cikgu mencabar dia supaya memilih jalan hidupnya sendiri, seolah-olah selama ini insan itu bergantong hidup pada orang lain. Begitulah rendahnya pandangan cikgu terhadap dirinya. Tidak berapa lama kemudian, cikgu beriktiar pula menyakitkan hatinya dengan helah yang cikgu ada-adakan. Mula nya Cikgu jarang jarang menjawab suratnya dengan alasan tiada masa walau pun semasa cuti. Kemudian Cikgu cabar dia pula supaya mengatakan apa saja yang nak dikatakannya pada cikgu. Mungkin juga matlamat cikgu ialah untuk menguji kesabaran dan kecekalan hatinya supaya cikgu dapat peluang untuk menyingkirkkannya. Cikgu lupa, insan yang telah lama bergelumang dengan pelbagai ketidak sempurnaan kehidupan itu telah lali dengan seribu ujian.  Setelah tindakkan cikgu itu kurang berkesan untuk mencapai matlamat cikgu, cikgu beriktiar pula mencari kesalahan-kesalahan nya. Apabila cikgu gagal menemui kesalahan-kesalahan nya yang besar, cikgu perbesarkan kesilapan-kesilapannya yang kecil.

 

Cikgu saya tidak kisah sangat dengan apa yang cikgu lakukan terhadap orang yang cikgu kagumi itu, Saya tahu dia seorang yang tabah dan mampu berhadapan dengan kenyataan tentang diri dan hidupnya dengan tenang. Tapi apa yang cikgu lakukan seterusnya adalah satu perbuatan yang dirasakan terlalu kejam. Cikgu sengaja membakar hati dan perasaannya ketika dia sedang lemah. Ketika kesihatannya terganggu. Ketika fikirannya berkecamuk dengan persoalkan hidupnya. Cikgu tergamak menggunakan keadaan itu untuk kepentingan cikgu. Cikgu sanggup mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya di dengar ketika itu hatta dari seorang kenalan sekali pun, jauh sekali dari seorang yang di anggap kekasih. Lebih-lebih lagi dia bukanlah orangnya seperti yang dituduh itu.  Kemudian apabila dia bertanyakan sesuatu dengan berterus terang, cikgu bukan saja enggan memberikannya jawapan yang tegas, sebagaimana cikgu tidak pernah memberinya jawapan kepada soalan soalanya sebelum itu. Sebaliknya cikgu memusuhi nya tanpa sebab, seolah-olah dia telah melakukan sesuatu yang lebih dasyat dari fitnah yang cikgu reka terhadap dirinya. Berkali kali dia cuba berhadapan dengan cikgu untuk membincangkan perkara itu dengan baik tanpa mendapat sebarang sambutan. Saya percaya, jika Cikgu di pihak yang benar, cikgu tidak akan gentar untuk berhadapan dengan nya bagi membela diri cikgu dan pendirian yang cikgu ambil terhadap fitnah yang cikgu buat itu. Tapi pada cikgu itu TIDAK PENTING. Yang PENTING ialah MENYAKITKAN HATI nya terus menerus sehingga dia ambil keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan cikgu. Dengan itu cikgu akan mempunyai alasan yang teguh untuk menyalahkannya.  Tapi cikgu lupa, dia bukanlah orangnya yang begitu mudah untuk mengubah pendirian yang telah diambilnya terhadap sesuatu.

 

Cikgu, mengapa cikgu mesti menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan pendirian cikgu terhadap sesuatu ? Apa salahnya jika cikgu katakan padanya dengan cara yang bersopan dan terus terang bahawa PENDIRIAN cikgu terhadap KEPUTUSAN yang cikgu buat dulu itu adalah satu kesilapan? Apa salahnya jika cikgu katakan pada nya cikgu tidak sanggup lagi untuk menerima KENYATAAN tentang diri dan hidupnya ?  Saya yakin, dalam keadaan kesihatannya yang demikian, dia tidak akan sampai dimasukkan semula ke hospital, jika cikgu BERTERUS TERANG sebagaimana yang di mintanya.

 

Cikgu, saya tidak minta cikgu terima kenyataan tentang diri dan hidup saya. Saya sedar, seseorang yang merempat seperti saya ini, sukar untuk mendapatkan seseorang yang benar-benar sanggup terima KENYATAAN tentang diri dan hidup saya. Kalau pun ada, jumlah nya tidak seberapa. Dan saya yakin, sembilan puluh sembilan peratus daripada yang segelintir itu pula lebih mengharapkan masa depan saya yang belum tentu daripada menerima kenyataan tentang diri dan hidup saya pada masa ini.

 

Cikgu, belajarlah BERANI berhadapan dengan KENYATAAN tentang diri CIKGU sendiri. JANGAN lah cuba MENUTUP KELEMAHAN PENDIRIAN cikgu dengan MENYHALAHKAN orang lain. Sebagai langkah pertama, NYATAKAN  dengan jelas dan TERUS TERANG PENDIRIAN cikgu terhadap KEPUTUSAN yang cikgu buat dahulu. Cikgu tidak perlu berpura-pura mencari helah dan alasan untuk menyingkirkan nya dari hidup cikgu. Percayalah, insan gigih itu tetap mempunyai hati yang cekal untuk terus berhadapan dengan hari hari yang mendatang dalam hidupnya.

 

Sekian selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya, MAAF ZAHIUR BATIN

 

Yang benar,

Kelana di rantau.

Surat Kekasih 2