Aku tidak pernah menyangka, kedatangan ku ke kuala lumpur di waktu itu untuk membeli beberapa buah buku physics dari kedai buku di Universiti tidak dilaksanakan......................................... Sebaliknya aku membawa pulang sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup ku..

Sedang kami berbual-bual , tiba-tiba dari arah dapur, muncul seorang gadis menatang sebuah dulang berisi minuman. Mata ku terpaku ke arah gadis tersebut tanpa berkedip. Renungan mata ku mengikuti setiap langkah gadis tersebut dengan penuh minat. Ketika gadis itu berada di hadapan ku , tangannya yang putih bersih itu kelihatan sedikit menggeletar mengangkat cawan minuman dan meletakkan di atas meja. Sebelum beredar, matanya sempat melirik , darah ku tersirap .


Lambang Kegigihan Kembali ke Laman utama