Make your own free website on Tripod.com

 Cikgu Sporting

Gambar ini di ambil pada hari sukan tahunan Sekolah Menengah Sung Siew  Sandakan pada tahun 1986. Acara sukan tahunan ini di adakan di padang bandaran Sandakan. Pada hari itu Cikgu di tugaskan di padang sebagai pembantu penyelia peserta. Itu sebabnya cikgu memakai topi.

 

Selesai acara padang, cikgu beredar mencari minuman yang di sediakan untuk para petugas. Tak sangka pula, ketika cuba minta bantuan dari girl guides ini, cikgu diheret untuk bergambar sebelum di berikan minuman. Dua pelajar berketurunan cina dan kadazan ini bertanya, “Cikgu, mana kuda cikgu ? “ Cikgu kata, kuda tidak dibenarkan di bawa masuk ke padang. Kami sama ketawa. Mereka kelihatan begitu riang dan seronok.

 

Apabila gambar ini siap, mereka bersungut, kerana muka cikgu masam macam cuka. Sebelum gambar ini di berikan kepada cikgu, sekali lagi mereka paksa cikgu menghadiahkan mereka sebuah senyuman. Cikgu tak hampakan harapan mereka. Jika mereka dapat gambar ini, tentu mereka akan lebih gembira.