Make your own free website on Tripod.com


Video Puisi

Seorang Kawan Yang Sudi

Seruling Nelayan Solo

Pengalaman yang menggetarkan

Meniti Kehidupan

Nikmat keinsanan

Sekeping potret lama

Suatu Hari nanti

Mengapa aku tidak dapat melupakan

Andainya Kita Tidak Lagi Berpaling 2

Keinginan Ku


Surat-Surat Lama

Surat Cinta Lepas Kawin

Kemesraan

Seorang Dot

Tidak dapat
melupakan mu


Seruling Bambu



Seruling Bambu Seruling in banyak kisah nya. Dari kampung halaman, ke menara gading, hinggalah ke negeri bawah bayu. Di menara gading, seruling ini lah satu satunya teman ku yang sejati. Lagu ini jugalah yang sering dialunkan tanpa jemu. Biarpun lagu ini ringkas, aku menikmatinya kerana aku sendiri yang mengolahnya dan aku sendiri yang memainkannya . Lagi pun itu lah satu satunya lagu yang mahir aku alunkan dengan seruling itu. Dan hingga sekarang lagu itu belum di beri nama .

Suatu hari di perpustakaan.
Tingkat paling atas bangunan perpustakaan itu memang tidak ramai orang, menjadikannya lengang . Banyak buku buku sains ada tersusun pada rak terbuka . Meja tempat pelajar duduk pula besar, mampu menampung enam kerusi setiap meja. Aku duduk di salah satu meja yang ada di tingkat itu. Bersama aku terdapat beberapa buah buku fizik yang aku ambil dari rak terbuka tadi. Menjadi kebiasaan ku merujuk beberapa buah buku untuk memahami dan mengusai sesuatu konsep.

“Boleh kami duduk di sni ?”

Tiba tiba aku di sapa oleh seorang pelajar . Dia dan seorang lagi yang bersama dengan nya terus duduk di hadapan ku tanpa menunggu jawapan ku. Aku sedikit terperanjat. Entah masa mana mereka tiba tiba saja berada di hadapan ku .

Aku tidak begitu mengenali mereka walaupun sering bertegur sapa ketika berselisih diperjalanan. Nama mereka juga aku tidak tahu. Tak pernah sebelum ini ada pelajar yang datang duduk semeja dengan aku untuk belajar selain dari Noraini. Kebetulan hanya 8 orang saja pelajar Atomic Physics pada semester itu dan hanya kami berdua pelajar melayu. Jadi sering juga Ani bertanya aku tajuk tajuk yang dia kurang faham .

“Ada apa ni, tiba tiba datang duduk semeja dengan saya.” Aku bertanya untuk kepastian kerana mereka bukan sama kursus dengan aku.

“Kami bawa pesanan dari kawan untuk sampaikan ini.” Gadis itu menghulurkan satu sampul surat dan meletakkannya di atas meja di hadapan ku. Di atas sampul itu jelas tertulis perkataan “ Untuk peniup seruling malam. “ Aku tersenyum membaca tulisan itu. Aku rasa itulah senyuman ku yang asli dan tidak dibuat buat. Aku mencapai sampul itu dan membalik balikannya . Sampul itu nipis seperti tiada isi.

“Peniup seruling malam ?”

Kata ku kehairanan. Sementara mereka berdua hanya tersipu sambil senyum melerek. Aku membuka sampul yang tidak digam itu dan mengeluarkan sekeping wang kertas RM 10 dari dalamnya.

“Syukur Alhamdulillah. “ Aku melipat wang kertas itu dan memasukkannya dalam poket. “Tanya la siapa yang beri. “ Gadis dihadapan ku merengek.

“Tuhan yang berikan duit ini pada saya. Syukur Alhamdulillah. “ Aku sengaja mengusik gadis manis yang kelihatan sedikit kecewa dengan tingkah ku. Mereka tertawa mengikik sambil menutup mulut dengan tangan masing masing. “Siapa yang kirim ni ? “ Aku bertanya.

Rakan di sebelahnya kelihatan tersipu sambil menjeling ke arah gadis itu. “Peminat. “ Katanya ringkas sambil bangun dan memulakan langkah menuju anak tangga turun kebawah.

“Sampaikan ucapan terima kasih saya pada nya. “ Sempat juga aku melontarkan lata lata itu sebelum mereka hilang dari pandangan.

Hingga ke hari ini aku tidak tahu siapa insan berhati mulia itu .


Seorang Anak Kampung

Jodoh Bujang Solo

Matinya sekeping hati

Bertemu Kekasih

DI Pasar Sandakan 1985

Di Ganggu Kenangan

Baju Berbintik-Bintik

Selepas Risikan

Kenduri Arwah

Di Bangsal Usang

Merawat Perasaan

Video Nyanyian

Mahligai Impian