Video Puisi

Seorang Kawan Yang Sudi

Seruling Nelayan Solo

Pengalaman yang menggetarkan

Meniti Kehidupan

Nikmat keinsanan

Sekeping potret lama

Suatu Hari nanti

Mengapa aku tidak dapat melupakan

Andainya Kita Tidak Lagi Berpaling 2

Keinginan Ku


Surat-Surat Lama

Surat Cinta Lepas Kawin

Kemesraan

Seorang Dot

Tidak dapat
melupakan mu


Rawatan Perasaan



Pada tahun 1981 aku pernah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Kejadian itu berlaku pada hari rabu lebih kurang jam 11.00 pagi. Aku menunggang motorsikal , jenis suzuki cub, dalam perjalanan dari pusat bandar Alor Setar ke Hospital Alor Setar. Dalam perjalanan itu aku melalui jalan stadium. Apabila tiba di bulatan berhadapan dengan komplek belia bersebelahan kuil hindu, aku membelok ke kiri. Semasa aku membelok ke kiri itu lah kejadian itu berlaku. Aku rasa jalan di situ berpasir dan motorsikal yang aku pacu terbabas.

Bila aku sedar aku dapati diriku sedang terbaring dan di kiri kanan ku terdapat beberapa lembaga berpakaian serba putih. Selepas beberapa saat, pandangan aku semakin jelas dan aku mengenali mereka sebagai manusia yang berpakaian seragam putih. Seorang dari mereka ku kenali sebagai lelaki dari potongan pakaian yang di pakainya dan dari raut wajahnya dengan rambut yang pendek. Yang lain nya semuanya gadis-gadis muda yang kelihatan kemas dan cantik. Seorang dari mereka berdiri hujung kaki ku sebelah kanan. Aku memandang tepat ke arahnya kerana tertarik dengan kayuan wajahnya yang mungil itu. Bibir merahnya seakan-akan mengukir senyum yang ku andaikan istimewa untuk tatapan ku.
“ Saya ada di mana ? “
Itu lah soalan pertama yang ku tanya. Aku sendiri tidak tahu kepada siapa soalan itu ku tujukan. Tetapi pandangan ku tetap kepada gadis di hujung kaki ku itu.
“ Di hospital. “
Aku terdengar satu suara menjawab pertanyaan ku. Aku tidak tahu dari mana suara itu. Tapi apa yang jelas ianya bukan dari gadis yang menjadi perhatian ku.
“Di Alor Setar atau di Penang ? “
Aku bertanya lagi meminta penjelasan.
“ Alor Setar “ Suara yang sama juga yang menjawab.

Pada masa ini aku sudah dapat membezakan yang mana doktor dan yang mana jururawat di anatara mereka itu. Bahkan aku dapat membaca nama jururawat yang sejak tadi menjadi perhatian ku. Sebelum aku sempat bertanya lagi, doktor yang berada di situ berusara, “Emak dan ayah tinggal di mana ? “

“Dah mati. “ Itu jawapan yang aku berikan tanpa teragak-agak.
Pada masa itu doktor dan jururawat kelihatan berpandangan antara satu sama lain. Kecuali Azizah, jururawat yang sejak tadi menjadi perhatian ku. Dia kelihatan memandang ku dengan pandangan yang mencurigakan. Mukanya kelihatan sedikit terangkat manakala matanya yang sejak tadi kelihatan lembut terbuka dengan lebih luas.

“Adi, awak jatuh motor seorang diri. Bagaimana pula emak dan ayah awak boleh meninggal. “ Kata doktor tadi.

“Saya tahu doktor, saya jatuh motor seorang . Emak saya mati pada tahun 1978 dan ayah saya pula pada tahun 1976“.

Tak sangka pula jawapan ku itu membuat kan doktor yang tadi kelihatan risau tersenyum sehingga menampakkan giginya yang tersusun rapi sementara jururawat di kelilingku pula ketawa perlahan. Tapi jururawat yang ku perhatikan sejak tadi kelihatan tersenyum malu-malu. Dia menundukkan mukanya sambil mengadang bibirnya yang nipis itu dengan tapak tangan kanannya. Sementara itu mata nya kelihatan mencuri pandang ke arah aku dengan jelingannya yang sungguh mengusik.

“ Hari ni hari apa ? “ Aku bertanya pula.
“ Khamis. “ Kata seorang jururawat di sebelah kiri ku. Suaranya kedengaran seperti orang yang mahu marah saja.

Aku memandang tepat kepada Azizah. Kelihatan dia tersipu-sipu. Aku meneliti raut wajahnya dan dengan perlahan-lahan mata ku menatap Azizah dari atas ke bawah dan kemudian terhenti pada tangan nya yang kelihata halus dan dilengkari oleh seutas jam.

“Azizah, sekarang pukul berapa ? “

Aku memanggil namanya dan bertanyakan masa ketika itu. Dia keihatan sedikit terperajnjat. Agaknya dia tidak menyangka yang aku akan memanggilnya dengan nama nya. Matanya menjeling ke arah jam yang melingkari lengannya yang keilhatan halus. Setelah beberapa detik dia pun menjawab, “Sekarang pukul 5 petang. Kenapa ?“

Aku terdiam sejenak sambil meneliti keadaan diriku. “Dah hampir 30 jam saya tidak sedar. “ Dalam keadaan terbaring itu aku dapati dada kiriku telah di masukkan satu saluran plastik lutsinar sebesar pensil dan di hujungnya di ikatkan satu karung plastik kecil. Saluran itu di lekatkan di dada ku dengan tampalan plaster putih. Aku tidak merasa sebarang kesakitan.

Selepas jururawat mengambil tekanan darah dan suhu badan ku, seorang demi seorang dari mereka meninggalkan aku untuk merawat pesakit lain. Akhir sekali tinggal lah Azizah yang masih terpegun di hujung kaki ku.

“Bagaimana rasa sekarang ? “ Aku menikmati sepenuhnya senyuman manis yang terukir di bibirnya serta kelunakan suara yang kedengaran sangat manja di telinga ku.

“Saya rasa cukup selesa. Tapi jika Azizah duduk dekat saya, saya akan rasa lebih selesa dan selamat.“ Aku cuba mengusiknya. Sekali lagi dia kelihatan tersipu. Sungguhpun begitu, Azizah berjalan kesebelah kanan ku dan berdiri rapat ke katil tempat aku dibaringkan.

“Ada apa-apa yang saya boleh bantu? Saya ada kerja ni. “ Dia menawarkan khidmatynya. Semenmtara itu jari jarinya sibuk mengemas cadar dan bantal yang menampong kepala ku. Dia seolah olah tidak puashati dengan kedudukan bantal dan selimut yang menutupi tubuh ku.

“Saya nak minum air. “ Aku menjawab ringkas.

“Nanti saya ambilkan. “

Azizah berlalu pergi. Sebentar kemudian dia kembali dengan segelas air di tangannya. Kali ini dia berdiri lebih hampir kepada ku. Aku cuba hendak mencapai gelas di tangannya. Tetapi dia menolak tangan ku dengan lembut dan perlahan-lahan meletakkan tangan ku di atas dada ku.

“Jangan banyak bergerak. Adi perlu berehat. “ Katanya sambil menyuapkan gelas ke bibir ku. Aku minum perlahan lahan supaya lebih lama dapat menikmati saat saat indah itu. Sementara itu aku merenung kedua matanya. Bibirnya tetap mengukir senyuman. Tetapi anak matanya dilarikan memandang ke arah gelas air yang sedang di suapkannya ke pada ku.

Sebelum air itu habis ku minum aku melarikan bibir ku dari gelas di tangannya. Dia memahami maksud ku lalu meletakkan gelas itu di atas meja kecil di sebelah katil ku.
“Azizah. “ Aku memangil namanya perlahan.
“Ya. Adi nak apa lagi ? “ Dia bertanya sambil memandang ke arah ku.
“Jika dapat minum susu tentu lebih sedap. Lebih-lebih lagi susu yang boleh di hisap “ Aku berkata perlahan seperti berbisik. Takut kalau-kalau di dengar oleh pesakit lain.

Azizah menarik muka masam. Pada masa yang sama ku rasakan satu cubitan keras di rusuk sebelah kanan ku. Azizah bingkas bangun dan terus berjalan pergi. Belum pun jauh dia meninggalkan ku, dia berhenti sebentar dan berpaling ke belakang sambil melemparkan senyuman mengodanya.

Hari hari berikut nya Azizah semakin mesra dengan ku. Kami bergurau senda seperti kawan lama. Setiap empat jam dia akan membawa empat biji pil yang perlu aku telan bersama segelas air. Aku lebih suka Azizah yang membawa pil itu untuk aku telan. Apabila giliran dia yang bertugas, dan memberikan aku pil, aku akan berusaha untuk melengah lengahkannya supaya aku dapat mengusiknya lebih lama.

Suatu hari Azizah membawa jarum suntikan bersama nya. Setelah menarik tirai pengadang mengelilingi katil ku, dia menyuruh aku mengiring. “Saya hendak Injeck Adi ni. “

“Kenapa pula nak injek Zah ? “ Aku pura-pura tidak faham .
“Denda. Sebab Adi nakal. “
Sebaik saja ku rasa jari-jari halusnya menyentuh bahagian belakang ku, aku terus menjerit perlahan. “Aduh.. aduh sakit Zah. Sakit. “

“Hai ! belum injek lagi dah sakit. Diam lah. Tak malu . macam budak kecik. “ Katanya separuh mengejek. Aku ketawa perlahan. “ Saya memang begitu Izah. Belum kenal orangnya, dah berkenan. “

Azizah diam. Tapi tugasnya tetap di teruskan. Aku tidak dapat melihat wajahnya ketika itu kerana dia berada di belakang ku, sedang membuat persediaaan untuk menyuntik aku dengan jarum suntikan.
“Sudah “ .
Mendengar suara itu, aku berpaling , membaringkan diri sambil terus menerus menatap wajahnya yang kelihatan serius seolah olah sedang menyembunyikan senuyuman. Dia kelihatan menarik sekali dalam keadaan begitu.

“Adi, bangun. “ Dia memerintah sambil menarik sebuah kerusi dan duduk di tepi katil di sebelah kanan ku. Aku pun bangun dan duduk menyandarkan belakang ke bantal yang di letakan oleh Azizah. Selepas itu, jari jari halus nya lincah sekali menanggalkan baju hospital yang ku pakai dan melepaskannya ke sisi.

“Izah nak buat apa ni ?” Aku bertanya ragu ragu. Malu juga aku rasa di bogelkan seperti itu. Dalam wad tu bukan aku seorang saja yang ada. Beberapa pesakit lain juga sedang terbaring di atas katil masing masing.

“Mandi “ . Suara Azizah keras seperti memerintah. Agaknya dia sengaja mengeraskan suaranya supaya tidak menampakan kemesraannya pada ku kepada pesakit lain.

Aku tergamam. Baru aku sedar sudah beberapa hari aku tidak mandi. Saluran plastik yang melekat di dada ku menghalang aku dari mandi. Lagi pun, aku tidak ada tuala dan kain untuk tujuan itu. Bagaimana pula aku akan di mandikan kali ini.

Azizah bangun dan pergi. Dia kembali beberapa ketika kemudian dengan membawa sehelai tuala yang putih bersih di tangannya. Dengan tuala itu muka, kepala, tangan dada dan perut aku di lap. Geli geleman juga aku di buatnya. Sungguhpun begitu aku hanya bertahan, sambil cuba menikmati sentuhan sentuhan kecil tangannya yang kadang kadang terkena kulit ku.

“Terima kasih Izah. Izah ni bukan saja cantik, tapi juga baik hati.“ Aku mengusik. Sebuah senyuman terukir juga di bibirnya meski pun senyuman itu cuba di sembunyikan. Sebentar kemudian Azizah mengeluarkan baju hospital yang bersih dan memakaikan nya pada ku.

“Terima kasih Izah. Sekarang saya rasa lebih selesa “. Sekali lagi aku berterima kasih setelah baju itu siap di pakaikan. Azizah pergi lagi tanpa berkata apa apa dan datang semula sebentar kemudian dengan segelas minuman di tangannya.

“Nah. Minum ni. “ katanya sambil duduk di atas kerusi sebelah katil ku.
“Apa ni Izah ? “ Aku bertanya, walaupun aku dapat mengangak isi gelas itu dari warna minuman di dalamnya.

“Kata nak susu. “ Katanya sambil menyuakan gelas itu ke bibir ku. “Susu ini saja yang ada. Botol tidak ada di wad orang dewasa ni. “ Katanya mengingatkan usikan ku ketika pertama kali aku minta minuman dari nya. Aku mengambil peluang menghirup minuman itu sambil merenung matanya. Walau pun anak matanya memandang gelas minuman ditangannya, aku tetap dapat menikmati keayuan wajah jururawat yang manis itu.

Aku memegang tangan nya setelah puas minum. Jari jari halus itu ku usap perlahan lahan sambil menolak tangan nya ke samping. Izah tak berkata apa apa . Dia juga tidak cuba melarikan tangan nya dari gengaman ku.

Suatu petang Azizah datang melawat ku pada waktu rehat. Dia memakai baju kurung berwarna biru lembut, warna kegemaran ku. Dia kelihatan lebih anggun dari masa ketika dia bertugas. Aku memandangnya. Kami berbual sepanjang tempoh waktu lawatan itu. Dia banyak bertanya tentang diri ku. Mula mula aku ceritakan bagaimana aku boleh terlibat dengan kemalangan yang membawa aku berada di situ.

“Lain kali naik motor kena lah berhati hati. Jangan sampai kemalangan lagi. “ Katanya memberi nasihat selesai aku bercerita.

“Kan bagus kemalangan. Dapat jumpa Izah selalu. “ Kata ku menduga perasaannya.

“Hish ! Adi ni, orang minta selamat, dia pula minta bala.“ Tingkahnya seperti orang merajuk.

Seterusnya aku menceritakan tentang beberapa kisah kehidupan. Mula mula kuceritakan pengalaman ku bekerja dengan bot nelayan. Kemudian ku ceritakan kisah aku bekerja di sebuah kilang kasut di Alor Setar. Seterusnya ku ceritakan bagaimana aku melakukan beberapa jenis pekerjaan lain sehingga aku masuk ke Universiti. Aku juga tidak lupa menceritakan bagaimana kehidupan ku di Unviersiti. Azizah seolah olah tenggelam menghayati cerita ku yang tidak putus putus. Aku terlalu asyik bercerita hingga aku tak sedar waktu mana air mata nya tergenang dan mengalir di pipi.

“Izah, maafkan saya Izah. Saya telah membuatkan Izah sedih.“ Aku menyatakan kekesalan ku.

“Tidak Adi, Adi tak perlu minta maaf. Cuma Izah yang tak dapat menahan sebak. Aku terdiam melihat keadaan itu. Azizah juga diam. Aku lah yang memecahkan kesunyian setelah beberapa ketika kami sama sama membisu.

“Izah, Nak tanya sikit boleh tak ? “ kata ku separuh berbisik. Azizah menggerakan badannya supaya lebih dekat ke katil tempat aku terbaring.

“Semasa saya pengsan, siapa yang tanggal kan pakaian saya ? “

Azizah yang tadi kelihatan sedih tertawa mengikik, tetapi tidak terlalu kuat. Sungguh pun begitu, kedua bahunya bergoncang sementara kedua tapak tangannya menutup bibirnya seperti tidak ingin gigi putihnya yang tersusun rapi itu di lihat orang. Badannya bergoyang kedepan dan kebalakang silih berganti hinggakan rambut nya yang panjang terjuntai itu sesekali menyentuh bahu ku.

Tiba-tiba, “Aduh ! Sakit ni Izah. “ Aku terjerit kerana merasakan kesakitan pada peha kanan ku.
“Tu la. Adi ni nakal sangat. Rasakan. “ Katanya manja.
“Janganlah cubit Izah. Sakit. Kalau nak cubit pun , cubit la tempat luka tu. Boleh lah saya tinggal di sini lebih lama lagi.“ Aku mengusik nya.

Azizah terdiam. Perlahan lahan di mengusap peha kanan ku di bahagian yang masih bertampal dengan plaster menutupi jahitan luka. Wajahnya kelihatan seperti dalam keadaan rissau. “Izah harap Adi cepat baik. Bila Adi keluar dari sini, kita kan masih boleh berjumpa. “

Aku terdiam. Fikiran ku bercelaru. Banyak yang ku fikirkan tentang kata kata Azizah itu. Mungkin kah aku akan dapat bertemu dengannya selepas ini. Izah terlalu mengharap Izah. Buat masa ini, aku bukanlah orang yang sesuai untuk di buat teman. Aku tidak mahu membawa orang lain menempuh kerenah hidup yang tidak menentu bersama ku. Biar lah aku sendiri Izah. Izah terlalu baik untuk menemani ku.

“Adi, kenapa Adi. Kenapa Adi menangis ? “
Tiba-tiba aku merasakan ada jari halus yang mengusap pipi ku dengan tisu. Dan bila aku berpaling mataku terpandang wajah Izah di sebelah ku. Aku tidak sedar waktu mana air mata ku mengalir.

“Tak apa-apa Izah. Cuma mata ku terasa pedih. “ Aku cuba juga mengukir sebuah senyuman sambil menjeling ke arahnya untuk cuba menyembunyi kan gelora yang bermain dalam fikiran ku.


Seorang Anak Kampung

Jodoh Bujang Solo

Matinya sekeping hati

Bertemu Kekasih

DI Pasar Sandakan 1985

Di Ganggu Kenangan

Baju Berbintik-Bintik

Kenduri Arwah

Di Bangsal Usang

Merawat Perasaan

Video Nyanyian

Mahligai Impian

Seruling Bambu

Yanti dan Kawan Kawan

Lembaran Kasih