visitor counter


Video Puisi

Seorang Kawan Yang Sudi

Seruling Nelayan Solo

Pengalaman yang menggetarkan

Meniti Kehidupan

Nikmat keinsanan

Sekeping potret lama

Suatu Hari nanti

Mengapa aku tidak dapat melupakan

Andainya Kita Tidak Lagi Berpaling 2

Keinginan Ku


Surat-Surat Lama

Surat Cinta Lepas Kawin

Kemesraan

Seorang Dot

Tidak dapat
melupakan mu


Terlerai Kasih

Mentafsir
Kehidupan


Benih-Benih Kasih


Seorang Pemuda Kampung

Kemarin aku terima email dari seorang kawan. Ceritanya agak menyedihkan. Tidak pula terlalu sedih.Tapi aku tetap menitiskan air mata. Mungkin kerana aku ni terlalu sensitive dan prasaan ku mudah tersentuh. Sebenarnya aku baru mula belajar untuk menikmati perasaan suka dan duka. Baru hendak mula mengerti apa itu simpati.

Sebelum ini aku ni seperti robot. Menerima sesuatu hanya sebagai ransangan gelombang bunyi dan cahaya yang langsung tiada hubungan dengan rohani. Aku tidak mengerti apa itu kecantikan, sedih atau suka. Pada aku apa saja yang ku pandang hanyalah pantulan gelombang cahaya dari suatu objek yang menembusi kanta mata ku dan jatuh ke atas retina. Dari sana saraf optik menyalurkan isyaratnya ke otak lalu di terjemahkan menjadi objek yang ku pandang. Dan objek itu pada ku tiada makna apa-apa, kerana yang ku pandang hanyalah cahaya berwarna.

Begitu juga jika aku mendengar orang berbicara. Yang ku dengar tidak lebih dari hanya gelombang bunyi yang di sebabkan oleh perubahan tekanan udara ke atas gegendang telinga ku. Isyarat itu di salurkan ke otak ku melalui saraf auditori dan seterusnya di terjemahan oleh otak ku sebagai bunyi. Sungguh pun begitu, minda tetap mengatakan suara itu hanyalah gelombang hasil dari perubahan tekanan udara.

Tapi setelah aku membaca cerita dari kawan ku ini, entah mengapa perasaan ku tersentuh. Baru ku tahu rupanya aku ini berjiwa sentimental.

Sebagai menjawab email teman ku itu, aku ceritakan pada nya cerita ini. Mudah mudahan cerita ini meringankan tekanan perasaan yang di alami oleh teman ku itu.

Suatu waktu dulu ada seorang pemuda kampung. Dia adalah anak kedua dalam keluarga yang mempunyai 5 adik beradik. Kakak nya ketika itu sudah berkahwin dan hidup bersama suaminya sementara adik-adiknya yang lain masih bersekolah. Ibu nya pula mengidap sejenis penyakit sawan. Apabila terkena sawan itu, dia tidak sadarkan diri.

Ayahnya yang sudah tua mengerjakan sedikit tanah sawah untuk menampung hidup dan memberi pelajaran kepada dia dan adik-adik nya. Pendapatan pesawah sekitar tahun 1970 han bukan lah lumayan. Untuk menambah pendapatan , ayahnya sering kelaut menangkap ikan sementara menungu hasil padi di tuai.

Semasa pemuda itu dalam Form Six Upper, pada 28 februari 1976, hari sabtu , ayahnya meninggal dunia. Hilanglah tempat brgantung hidup mereka sekeluarga. Tahun itu adalah tahun yang mmerlukan banyak wang . Dia akan menduduki pperiksaan HSC (aliran sains), adik perempuannya akan mengambil peperiksaan SPM dan seorang lagi adik perempuan nya menduduki peperiksan SRP. Yuran peperiksaan untuk ketiga-tiga peperiksaan itu boleh menjangkau ratusan ringgit. Dan dia tidak tahu di mana dia boleh dapat wang sebanyak itu. Pada ketika itu tidak ada PIBG untuk merayu dan tidak ada badan kebajikan di sekolah. Jika ada pun murid sekolah tidak tahu menahu mengenainya.

Mulanya di berfikir untuk berhenti saja sekolah dan bekerja untuk meneruskan kehidupan mereka sekeluarga. Tapi adik perempuannya, yang sedang beljar dalan tingkatan 5 tidak setuju. Katanya, sekarang ini kita susah. Jika berhenti sekolah pun belum tentu kita dapat mengubah keadaan.

Memikirkan kata-kata adiknya itu, pemuda itu pun bertekat untuk terus bersekolah. Untuk menampong keperluan hidup seharian, dia melakukan apa saja kerja yang mampu seperti membaiki radio, buat wiring di rumah orang-orang kampung. Pulang dari sekolah, dia turun ke laut menggunakan perahu peninggalan aruah ayahnya. Pulang sebelum subuh . Jika dia sempat tidur, dia tidur lah sekejap. Jika tidak dia terus mandi dan bersiap terus ke sekolah. Sekolah nya terletak kira-kira 15 batu(24 km) dari rumah. (Sekolah berhampiran rumah nya tidak ada form six science). Dia terpaksa mngayuh basikal sejauh itu untuk sampai ke sekolah.

Di samping itu dia ada juga menerima biasiswa prsekutuan sebanyak RM 55 sebulan. Dengan wang itu dan pendapatan dari pelbagai usahanya, dia membiayai kehidupan keluarga yang daif itu. Akhirnya degan segala susah payah, dia berjaya juga mengumpul wang untuk membayar yuran peperiksaan di samping perbelanjaan lain. Dan diakhir tahun itu, dia pun menduduki peperiksaan HSCnya.

Selepas peperiksaan tamat, dia bekerja di sebuah kilang membuat kasut. Kilang itu terletak kira-kira 10 batu (16 km) dari rumahnya. Gajiya ialah RM 3 sehari. Dia mengayuh basikal untuk pergi dan balik ari kerja. Kerja di kilang ini di lakukannya pada waktu malam. Pada waktu siangnya dia mengambil upah melakukan berbagai kerja kampong untuk menambah pendapatan.

Apabila keputusan periksaan di umumkan, dia hanya lulus dua mata pelajaran sahaja. Iaitu matematik (Subsidary) dan Physics (Odinary level). Adiknya pula mendapat gred 3 (35 agregat, Jika aggregat nya 34, gred 2, dan boleh melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6).

Walaupun dia tidak mendapat sijil penuh, namun pencapaiannya itu melayakkannya memohon mengikuti kursus sains Asas di Universiti Sains Malaysia. Kursus ini setaraf dengan matrikulasi.

Dia diterima masuk ke universiti untuk kursus tersebut. Lagi sekali dia berhadapan dengan dilemma sama ada hendak meniggalkan ibu dan adik-adiknya berusaha menyambung hidup sendiri atau melupakan peluang itu. Sekali lagi adiknya memberi perangsang. Dan dengan berat hati dia pun meninggalkan kampung dan mula belajar di USM.

Kehidupannya di Universiti terpaksa melalui banyak ringtangan. Pada masa itu tidak ada skim bantuan seperti sekarang di mana setiap tawaran memasuki insitusi pengajian tinggi di sertakan dengan cek berilai RM 1500 dan boleh di tunaikan serta merta. Walaupun dia mendapat dermasiswa, namun wang dermasiswa itu seringkali lewat di terima. Sementara menunggu bayaran wang biasiswa itu, terpaksalah dia beriktiar sendiri untuk memenuhi keperluan harian dan keperluan pelajarannya. Dia tidak mahu meminta apa-apa dari adiknya di kampung kerana tidak mahu menyusahkan nya.

Pada tahun 1978, ketika peperiksaan akhir tahun bagi kursus ASASI SAINS itu sedang berlangsung, dia menerima berita kematian ibunya. Kebetulan pada hari dia mnerima berita sedih itu, tidak ada peperiksaan bagi kursus yang dia ambil, dia pulang untuk menatap wajah ibunya buat kali terakhir. Kepulangannya hanya sebentar kerana dia harus segera kembali untuk menduduki peperiksaan.

Kehidupan nya selepas itu sudah tidak menentu lagi. Adiknya yang baru berumur 18 tahun berkahwin. Sementara yang gagal SRP bekerja sebagai pembantu di rumah seorang pengusaha kantin. Adiknya yang bongsu belajar dalam tingkatan 6 dan tinggal di asrama di sebuah sekolah. Dia tidak begitu jelas tentang pembiayaan persekolahan adik bongsunya itu. Dia jadi bingung seperti orang hilang akal.

Dia pernah menjadikan sebuah stor tukang sapu (dengan kerjasama tukang sapu) untuk menyimpan pakaian serta barang-barang nya dan tidur di bilik sembahyang di asrama untuk menjimatkan perbelanjaan sewa bilik di universiti. Pernah dia tidak makan selama dua hari kerana tiada wang untuk membeli makanan. Sering kali dia mengintai dalam tong sampah untuk mendapatkan kertas yang di cetak sebelah muka sahaja. Muka yang kosong itu di gunakannya untuk menulis nota. Jika dia terjumpa wang siling di masjid, dia akan ambil secara diam-diam dan dikumpulkan sehingga cukup untuk membeli sepinggan nasi goreng kosong di waktu pagi. Semasa cuti universiti, dia bekerja mencuci pingan mangkuk di kantin untuk mendapatkan sedikit wang dan makanan.

Kerana dia lebih banyak memikirkan bagaimna hendak meneruskan kehidupan daripada bagaimana hendak menamatkan pengajian, banyak kali dia gagal dalam peperiksaan. Dia hampir berputus asa. Namun bila mengingatkan pengorbanan adik-adiknya, dia terus juga berusaha dengan segala kemampuan yang ada . Dan akhirnya dia berjaya juga mendapat Ijazah sekali pun terpaksa melanjutkan tempoh pengajian nya selama 2 tahun. Ijazah itu lah yang telah banyak mengubah nasibnya hingga kini.


DotSolo

19 November 2002


Seorang Anak Kampung

Jodoh Bujang Solo

Matinya sekeping hati

Bertemu Kekasih

DI Pasar Sandakan 1985

Di Ganggu Kenangan

Baju Berbintik-Bintik

Kenduri Arwah

Di Bangsal Usang

Selepas Risikan

Rawatan Perasaan

Seruling Bambu

Video

Mahligai Impian