visitor counter !third colum


Video Puisi

Seorang Kawan Yang Sudi

Seruling Nelayan Solo

Pengalaman yang menggetarkan

Meniti Kehidupan

Nikmat keinsanan

Sekeping potret lama

Suatu Hari nanti

Mengapa aku tidak dapat melupakan

Andainya Kita Tidak Lagi Berpaling 2

Keinginan Ku


Surat-Surat Lama

Surat Cinta Lepas Kawin

Kemesraan

Seorang Dot

Tidak dapat
melupakan mu


Terlerai Kasih

Mentafsir
Kehidupan


Benih-Benih Kasih
Minta Ekor

Aku baru balik dari laut dengan membawa ikan temenu. Ada la sekitar 100 ikan. Begitulah biasanya bila dapat ikan. Setiap awak bot akan diberikan sedikit ikan yang dipukat untuk di buat lauk pada hari itu. 100 ikan itu banyak. Setiap ikan berukuran sekitar 15 cm dan lebar 5 cm. Ikan temenu bersaiz ini di kira cukup besar. 100 ikan untuk aku makan hari itu bersama abang aku dan dua lagi bujang yang tinggal di rumah itu, tak kas habis di makan. Biasanya aku bawa balik sikit saja . Selebihnya aku jual dekat peraih. Tapi hari itu aku bawa balik semua sebab aku nak buat ikan kering.

Sedang aku siang ikan ditempat mandi belakang rumah , Kak Na yang tinggal di sebelah tegur aku . Katanya , Siang ikan Bahadot.

Ya kak Na. Aku menjawab sambil bergumam dalam hati ku, dia nampak aku siang ikan di tanya lagi. Aku sebenarnya malas nak layan bercakap. Aku penat baru balik dari laut. Aku nak segera siapkan kerja aku , nak mandi dan rehat. Tambahan pula hari tu aku belum nampak kelibat gadis hitam manis pujaan ku. Jadi mood aku kurang baik.

Bagi dua ekor nak buat tawar.

Aku jadi bingung. Ekor ikan temenu nak dibuat apa. Kalau ekor lembu boleh juga di buat sup. Aku malas nak tanya banyak takut di katakan kurang ajar. Jadi aku berilah dua ikan dekat kak Na. Kak Na ambil ikan itu dan masuk semula ke dalam rumah nya. Aku meneruskan siang ikan yang selebihnya untuk disapu garam .

Keesokkan nya, abang tanya aku kenapa aku beri dua ikan saja bila kak na minta. Aku pun beritahu abang aku sebab kak Na minta dua ekor. Tak kan nak bagi ekor ikan saja.

Aku kena tegur. Kata abang hang bagi dua ekor kat depa mana nak cukup makan.

La, dia minta dua ekor. Dia kata nak buat tawar.

Selalunya ikan kalau dibuat tawaq ni tak banyak. Itulah yang aku faham. Ingatkan depa dah ada ikan lain untuk makan hari tu. Kalau dia nak banyak cakap lah nak banyak.

Lain kali bagi la lebih sikit. Rumah depa ramai. Dua ekor mana nak cukup.

Lebih la tu. Dia minta ekor, saya bagi ikan.

Itulah cerita minta dua ekor. Nasib baik aku bagi ikan, tak bagi ekor ikan.

Cuba tanya Shimah, dia ingat lagi tak cerita minta ekor itu ?


Seorang Anak Kampung

Jodoh Bujang Solo

Matinya sekeping hati

Bertemu Kekasih

Surat Kekasih 1

Surat Kekasih 2

DI Pasar Sandakan 1985

Di Ganggu Kenangan

Baju Berbintik-Bintik

Kenduri Arwah

Di Bangsal Usang

Selepas Risikan

Rawatan Perasaan

Seruling Bambu

Yanti dan Kawan Kawan

Lembaran Kasih

Buat Kopi

Video

Mahligai Impian