|
Gambar ini diambil sekitar tahun 1985 atau 1986. Tempatnya ialah di dalam bilik guru di sekolah menengah Sung Siew Sandakan. Pakaian tidak rasmi itu menandakan hari gambar ini di ambil ialah samada pada hari sabtu atau ahad. Kehidupan saya di
Sandakan boleh di katakan tenang. Saya bertemu dengan kenalan baru yang
menjadi kawan dalam masa yang singkat. Sungguh pun begitu saya tidak begitu
gembira. Kesan dari kepincangan hidup sebagai pelajar semasa di Universiti
masih menghantui saya ketika itu. |