Make your own free website on Tripod.com
Ini ialah rumah tempat aku tinggal. Ku anggap rumah ini adalah istana impian ku. Aku telah membinanya sedikit demi sedikit dengan hasil usaha ku selama beberapa tahun.

Plan rumah ini ku reka sendiri. Menara di puncaknya adalah untuk pengumpulan udara panas yang akan mengalir keluar melalui tingkap kecil yang akan di pasang di sekeliling bahagian atasnya. Ini akan melancarkan peredaran udara di bahagian dalam rumah dan menyenyukkannya.

Selain dari melakukan sendiri kerja kerja kecil seperti pemasangan pintu, tingkap, konkrit lantai, seluruh pendawaian elektrik di rumah ini aku sendiri yang melakukannya. Dengan itu aku dapat menjimatkan sedikit perbelanjaan.
Rumah Kelahiran Ku Ke Laman depan