Make your own free website on Tripod.com

Seorang Kawan Yang Sudi

Seruling Nelayan Solo

Pengalaman yang menggetarkan

Meniti Kehidupan

Nikmat keinsanan

Sekeping potret lama

Suatu Hari nanti

Mengapa aku tidak dapat melupakan

Andainya Kita Tidak Lagi Berpaling 2

Keinginan Ku

Lakaran kehidupan












Bertemu Kekasih

Sebaik aku melangkah keluar dari kereta, aku terpandang dua gadis sedang duduk diatas kusyen kereta yang terletak ditepi dinding dalam bengkel itu. Aku perasan seorang daripadanya tersenyum kearah ku. Aku tercari cari di ingatan ku di mana pernah ku temui gadis berwajah putih bersih itu. Rasanya seperti aku selalu bertemu dengannya. Tapi dengan berseluar jean dan berbaju-T itu agak sukar untuk aku mengingatinya. Walau bagaiaman pun aku melangkah juga ke arahnya. Dengan penuh hati hati aku membalas senyumannya, takut kalau kalau aku tersalah orang . ” Kenapa dengan kereta ? ” . Aku membuka perbualan. Sebenarnya aku ingin sekali menyebut namanya. Tapi ketika itu aku benar benar tidak pasti. Adakah dia orang yang ku kenali . ”Kereta sepupu. ” Lunak suaranya. Kelembutannya nadanya melupakan aku akan hakikat bahawa bunyi yang ku dengar itu hanyalah mampatan dan regangan udara ke atas gegendang telinga ku. Jelingannya sunggunh mengasyikkan hingga dengan sendirinya aku mengenepikan isi jawapan nya yang terpesong dari soalan. Lirik matanya membuat aku terkedu. Aku hanya berharap lirikan itu istimewa untuk ku.

”Kereta cikgu kenapa ? ” Sekali lagi kelembutan suaranya menusuk gegendang telinga ku. Ketika ini aku sudah dapat mengingati kembali detik pertama kali aku bertemu dengannya. Minda ku juga beruapaya menjejak namanya yang sejak beberapa detik lalu aku tercari cari. Dan aku pula kembali menguasai diriku yang sejak tadi tergamam dan terkedu. ”Kereta saya ada masalah brek. ” Aku mengambil tempat di hadapan Kekasih. Mata ku menjamah seluruh tubuh nya bermula dari hujung kaki dan perlahan lahan mengimbas susuk tubuhnya yang sempurna itu. Akhirnya pandangan ku berhenti menatap wajahnya yang bersih dipenuhi kelembutan itu. Aku menikmati senyumannya dengan penuh minat. Senyumannya sungguh istemewa. Ku katakan istemewa kerana ianya meransang senyuman ku sendiri. Aku dapat merasakan itulah senyuman asli ku yang pertama setelah lebih 20 tahun hati ku mati. Aku juga dapat merasakan seolah olah hati ku yang telah lama mati itu seperti bertunas kembali. Dengan senyuman asli ku yang bersahaja, aku terus menatap wajahnya sehingga dengan tiba tiba Kekasih mengalihkan pandangannya ke arah lain seperti mahu menghindari dari renungan nakal mata ku. . Tapi matanya tetap terus melirik. Lirikannya membuat kan jantung ku yang selama ini hanya berdenyut hambar itu kembali bergetar dengan debaran yang membingungkan.

”Jauhnya datang baiki kereta di sini. ” Aku memberi komen sekedar ingin menimbulkan kemesraan. Disamping itu aku terus juga menikmati senyuman nya yang mendamaikan perasaan.

”Sepupu kata dia dah biasa dengan kedai ini. Cikgu selalu baiki kereta di sini juga ? ” Aku dapat merasakan ada nada kemesraan dari suara lunak itu. Aku senang sekali mendengar suaranya. ”Biasanya saya buat sendiri . Tapi hari ni saya rasa malas. Ini kali pertama saya datang di kedai ini. Tak sangka saya bertuah .”
“Kenapa kata bertuah? “ Kekasih kelihatan sedikit kebingungan.
“Dapat bertemu kekasih di sini. ”
Kekasih mengikik perlahan. Kini aku dapat menikmati pula lesung pipitnya yang menghiasi wajah putih bersih itu.
”Kekasih tinggal di mana ? ” Aku kembali bertanya. ”AB ” Jawabnya ringkas. Tapi senyumnya meleret. Wajahnya memaparkan keiklasan, ketulusan . Dan aku tidak jemu memandang wajahnya itu. Sorotan matanya memancarkan kebersihan hati dan budi. Dan di ketika itu aku merasakan sangat bertuah kerana berpeluang menikmati kesucian budi dari pancaran mata Kekasih. ” Emak dan ayah Kekasih masih ada.? ” Aku mengatur kata kata dengan penuh hati hati, bimbang kalau kalau tutor kata ku menyingong perasaan atau menyentuh peribadinya. ”Ya. Sekarang tinggal dengan emak . ” Masa dia bercakap, matanya pejam celik. Dan kelihatan lucu. Dan sungguh menghairankan. Tiba tiba saja aku rasa seperti aku terseyum. Aku tidak tahu bagaimana rupanya senyuman ku, kerana aku bukan saja telah lama lupa bagaimana caranya mengukir senyuman, aku juga telah lama tidak pandai menghayati dan menikmati senyuman. Tapi hari ini Kekasih benar benar membuat kan aku bengun dari lamunan. Lamunan yang selama ini mematikan deria rohani dan melenyapkan nikmat keinsanan. ”Untung Kekasih masih mempunyai ibu dan ayah.”
Aku terus berbual dengan Kekasih. Tetapi Kekasih tidak banyak bercakap. Aku suka melihat tingkah nya yang agak serba tidak kena setiap kali aku bertanyakan sesuatu. Lebih lebih lagi perkara yang menyentuh peribadi. Terutamanya bila aku merenung mata galak nya yang jernih seperti delima murni itu.

Dengan tak semena mena sepupunya yang entah waktu mana muncul mengajak Kekasih pergi. Katanya kereta dah siap. Aku merasakan masa begitu pantas berlalu. Dan pertemuan itu terlalu singkat. Aku ingin sekali meneruskan perbualan itu. Kini dia akan beredar. Entah mengapa hatiku begitu berat untuk melepaskan nya . Aku berpesan kepadanya nya, ’’ hati hati memandu. ” ” Bukan saya memandu . ” suaranya begitu manis di pendengaran ku. Sepertinya hatiku yang mula bertunas itu kini begitu segar dan ceria.
Aku menuruti langkah nya ke kereta dengan pandangan mata ku. Entah mengapa ku rasakan pandangan ku kali ini berbeza daripada kebiasaan. Minda ku tidak lagi menyedari bahawa apa yang ku lihat hanyalah gelombang cahaya yang terfolus ke retina mata ku . Langkahnya penuh dengan kelembutan . Tergerak hati ku untuk membantunya membuka pintu kereta, tapi aku terlambat. Jari jari halusnya lebih pantas menarik tangkai pintu dan membuka pintu kereta. Aku bimbang sekali kalau kalau jari jari halus itu tercalar. Kekasih duduk di kerusi hadapan sebelah pemamdu. Aku terus melemparkan pandangan ke arahnya sambil cuba seboleh boleh nya mengukir senyuman yang telah lama aku lupakan. ”Jumpa lagi Kekasih . ” itu lah kata kata terakhir yang yang semapat ku katakan padanya sebelum dia melangkahkan kakinya kedalam kereta.
Pada masa yang sama aku menikmatai pandangan mata nya ke arah ku bersama senyuman yang mendamaikan perasaan. Entah bila sepupunya sudah bersedia di tempat pemandu dan kereta mula bergerak. Lambaian tangan ku hampir serentak dengan lambaikan tangannya menandakan selamat jalan. Ku turuti pemergiannya dengan pandangan mata ku yang engan berkedip. Hakikat bahawa pandangan itu hanyalah menefestasi cahaya yang melepasi kanta mataku lenyap dari ingatan . Sebaliknya luncuran kereta itu seperti meruntun hati dan perasaan ku pergi bersamanya .

”Kereta kena apa ? ” Aku di kejutkan oleh teguran makanik bengkel.




DotSolo- Physics Teacher

The Challange Towards Faster Microprocessor

Virus Control

Fibre Optics

Multimedia in education

Seorang Anak Kampung

Jodoh Bujang Solo

Matinya sekeping hati

DI Pasar Sandakan 1985

Di Ganggu Kenangan

Surat Kekasih 1

Surat Kekasih 2

Rawatan Perasaan

School-Based Research

Video Nyanyian

Mahligai Impian

Gambar Repeater Gunung Keriang










html hit counter